Waktu Operasi UTC 2024 Terkini Seluruh Negara Terkini. Operation hours buka dan tutup pusat transformasi bandar (UTC) di seluruh negara .

Waktu Operasi UTC 2024 Seluruh Negara Terkini (Perkhidmatan Kaunter)

Perhatian buat semua rakyat Malaysia, anda pasti pernah mendengar malah pergi ke Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre yang lebih dikenali sebagai UTC tapi ramai tak tahu waktu operasi UTC. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pertukaran waktu operasi bagi UTC di seluruh negara. Berikut adalah waktu operasi UTC bagi seluruh negara yang terkini termasuklah perkhidmatan kaunter.

UTC adalah sebuah pusat sehenti atau one stop centre bagi seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga perkhidmatan swasta seperti bank dan pos semuanya di bawah satu bumbung.

Waktu Operasi UTC Seluruh Negara Terkini mulai 22 januari 2019

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah melaksanakan kajian sebelum ini bagi melihat kesesuaian waktu operasi UTC. Sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, waktu operasi UTC seluruh negara telah dipendekkan kepada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Walau bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh orang ramai memohon agar operasi di beberapa lokasi UTC perlu dipanjangkan semula sehingga 10.00 malam. Oleh itu, MOF telah melakukan kajian sekali lagi dan menetapkan tujuh buah UTC yang lokasinya terletak di dalam pusat membeli-belah agar dilewatkan waktu operasinya.

Waktu Operasi UTC Terkini Seluruh Negara

Kementerian Kewangan (MOF) yang mengambil kira situasi semasa wabak Covid-19 dan permintaan pelanggan telah mengumumkan waktu operasi baharu bagi semua UTC bermula 20 Jun 2022 (Isnin). Oleh yang demikian, Waktu Operasi UTC di seluruh negara dipinda mengikut agensi atau pejabat yang beroperasi di atas kapasiti dan kepentingan seperti berikut :-

TERKINI : JPJ memaklumkan perubahan waktu operasi di UTC yang terpilih bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Waktu Operasi Pusat Transformasi Bandar

Di bawah adalah waktu operasi yang dikemaskini berdasarkan Facebook Rasmi cawangan-cawangan UTC. Bagi cawangan yang tiada kemaskini pada waktu operasi, sila rujuk kepada agensi kerajaan yang dibuka berdasarkan maklumat berikut :-

MAKLUMAN: Waktu operasi agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan LHDN bagi cawangan UTC yang lain adalah sama kecuali negeri yang cuti am pada hari Jumaat dan Sabtu.

1. UTC Selangor @ Anggerik Mall

Berikut adalah senarai agensi yang beroperasi di UTC Selangor semasa bermula 20 Jun 2022

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

  • Isnin-Khamis : 1.00 petang – 10.00 malam /
  • *Jumaat : 2.45 petang – 10.00 malam *Waktu Rehat Malam: 7.00 petang – 8.00 malam
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang/
  • ** Tutup semasa Cuti Umum

Tabung Haji

• Isnin – Jumaat Kecuali Cuti Umum
• 8.00 pagi – 5.00 petang

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 9.00 malam
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Waktu Rehat (Jumaat) : 12.15 tengah hari – 2.45 petang

Pejabat MARA Daerah Shah Alam

• Isnin – Jumaat Kecuali Cuti Umum
• 8.00 pagi – 5.00 petang

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

  • Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Waktu Rehat ( Jumaat ) : 12.15 tengah hari – 2.45 petang
  •  Tidak beroperasi pada cuti umum Persekutuan/Negeri
  • Tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

• Isnin – Jumaat Kecuali Cuti Umum
• 8.00 pagi – 5.00 petang
• Waktu Rehat (Jumaat) : 12.15 tengah hari – 2.45 petang

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

• Isnin – Jumaat Kecuali Cuti Umum
• 8.00 pagi – 5.00 petang
• Waktu Rehat (Jumaat) : 12.15 tengah hari – 2.45 petang

Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

• Sila hubungi talian 03 5520 2222

JPJ

**Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) **

  • Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 9.00 malam
  • Jumaat : 8.00 pagi – 9.00 malam (Waktu Rehat : 12.15 tengahari – 2.45 petang)
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang

2. Keramat/Pudu Sentral/Sentul, Kuala Lumpur (UTC Kuala Lumpur / KL)

JPJ

  • Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang (Waktu Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)

3. Johor Bahru, Johor (Galleria)

  • Ahad – Khamis : 8.00 pagi – 9.00 malam
  • Jumaat & Sabtu : 8.00 pagi – 5 petang
  • Sabtu Minggu Kedua : 9.30 pagi – 5 petang (Sempena car free morning)
  • Waktu rehat Jumaat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang
  • Dibuka setiap hari kecuali cuti umum

4. Alor Setar, Kedah

•Ahad – Khamis
8.00 am – 9.00 pm
•Jumaat – Sabtu
8.00 am – 5.00 pm (Waktu Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

•Ahad – Rabu
8.00 am – 4.45 pm
•Khamis
8.00 am – 3.15 pm

Jabatan Imigresen

•Ahad – Khamis
1.00 pm – 10.00 pm
•Jumaat – Sabtu
8.00 am – 5.00 pm (Waktu Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)

Tabung Haji

• Ahad – Khamis Kecuali Cuti Umum
• 8.00 pagi – 5.00 petang

5. Seremban, Negeri Sembilan

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 9.00 malam  (Waktu Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5 petang

6. Kota Bharu, Kelantan

  • Ahad – Khamis : 8.00 pagi – 9.00 malam
  • Jumaat – Sabtu : 8.00 pagi – 5 petang (Waktu Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)

7. Kuala Terengganu, Terengganu

•Ahad – Khamis
•8.00 pagi – 9.00 malam

•Jumaat – Sabtu
•8.00 pagi – 5.00 petang
•Rehat Solat Jumaat
•12.15 tengahari – 2.45 petang

8. Kota Kinabalu, Sabah. Keningau, Sabah. Tawau, Sabah

  • Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 7.00 malam
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5 petang (Waktu Rehat : 11.30 tengah hari – 2.00 petang)

9. WP Labuan

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 9.00 malam  (Waktu Rehat : 12.15 tengah hari – 2.45 petang)
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5 petang

9. Kuching, Sarawak. Miri, Sarawak. Sibu, Sarawak

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 7.00 malam  (Waktu Rehat : 11.45 tengah hari – 2.15 petang)
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5 petang

JPJ UTC Sibu

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 7.00 malam  (Waktu Rehat : 11.45 tengah hari – 2.15 petang)
  • Sabtu – Ahad : 8.00 pagi – 5 petang

10. Kangar, Perlis. Sungai Petani, Kedah. Ipoh, Perak. Bandaraya Melaka, MelakaPasir Gudang, Johor. Kuantan, Pahang

•Isnin – Jumaat
•8.00 pagi – 9.00 malam
•Solat Jumaat
•12.15 tengahari – 2.45 petang
•Sabtu & Ahad
•8.00 Pagi 5.00 Petang

Untuk merujuk maklumat lebih terperinci, berikut adalah makluman rasmi waktu operasi kaunter jabatan kerajaan atau negeri di UTC untuk tahun 2024 :

Diharapkan perkongsian di atas yang terkini ini dapat membantu memudahkan urusan semua rakyat Malaysia dalam mendapatkan perkhidmatan di pusat berkenaan. Semoga segala urusan anda berjalan dengan lancar.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *