Berita baik buat para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Sudahkah anda membuat application ke Universiti Awam (UA), ILKA, Politeknik atau Kolej Komuniti secara atas talian menerusi UPU? Selain aplikasi atas talian, urusan berkaitan application dan penawaran UPU serta e-panduan kini boleh dilakukan menggunakan aplikasi telefon pintar UPU Pocket 2.0. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan buat rujukan semua.
Buat makluman semua, UPUPocket merupakan suatu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh BPKP, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia samada para pemohon atau ibu bapa untuk mendapatkan perkhidmatan serta rujukan dalam urusan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Senarai Isi Kandungan
Aplikasi Mobile UPUPocket 2.0 (e-Panduan Pelajar)
Apa itu UPUPocket?
“UPUPocket is a mobile application developed by the Management of Student Admission Division, Department of Higher Education, Ministry of Higher Education which aims to assist Malaysians, especially applicants and parents to obtain services and references in admission of students to Public Universities, Polytechnics, Community Colleges and Public Skills Training Institutions”
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan yang merangkumi pautan untuk memuat turun aplikasi, panduan penggunaan serta maklumat lain.
Pautan Muat Turun Aplikasi UPU Pocket 2.0
Untuk memuat turun aplikasi UPUPocket 2.0 di telefon pintar atau apa-apa peranti mudah alih, klik pautan yang disediakan di bawah. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iOS.
DOWNLOAD APLIKASI
Sila Klik :-
Fungsi Utama Aplikasi UPUPocket 2.0
Berikut dikongsikan antara fungsi atau urusan yang boleh dilakukan menggunakan aplikasi UPUPocket 2.0.
Check Status UPU
A) Check Status
- Klik Check Application
- Isikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad dan pilih program pengajian
- Klik Semak
B) Sistem Result
- Klik Check Result
- Isikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Pilih jenis institusi dan program pengajian
- Klik Semak
C) Sistem Kelayakan
- Klik Check Kelayakan
- Isikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Isi Kata Laluan (Peringatan : Sila gunakan Kata Laluan UPU anda. Pastikan anda telah membuat pendaftaran UPU bagi membolehkan anda melakukan checking kelayakan program)
- Pilih Kategori
- Klik Semak
*Nota : Kelayakan Program hanya dapat disemak 5 hari setelah keputusan SPM atau STPM diumumkan (hanya untuk lepasan SPM, STPM, Matrik dan STAM tahun semasa sahaja)
e-PANDUAN
A) e-Panduan SPM
- Klik e-Panduan SPM
- Pilih Universiti Awam dan Kategori
- Klik Carian
B) e-Panduan STPM / Setaraf
- Klik e-Panduan STPM
- Pilih Universiti Awam, Kategori dan Aliran
- Klik Carian
C) e-Panduan UPUSkils
- Klik e-Panduan UPUSkils
- Pilih Agensi / Institusi dan Program Pengajian
- Klik Carian
D) Carian Program
- Klik Carian Program
- Pilih Program Pengajian
- Klik Carian
E) Laluan Kerjaya
- Klik Laluan Kerjaya
- Pilih Universiti Awam dan Kategori
- Klik Carian
Fungsi Lain Aplikasi UPUPocket 2.0
Selain e-Panduan, berikut adalah fungsi lain yang disertakan dalam aplikasi UPUPocket 2.0:
- Direktori : Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan IPTA atau ILKA yang merangkumi alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan pautan kepada laman web rasmi
- Takwim : Memaparkan butiran tentang tarikh-tarikh penting UPU bagi sesi akademik semasa
- Notifikasi : Pengguna boleh mendapatkan notifikasi berkaitan info-info UPU baru yang dikemaskini
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi mobile ini, rujuk butiran di bawah:
No. Tel
- 03-8684 2363
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga sistem aplikasi yang dibangunkan KPM dapat memudahkan urusan anda.