Tema Hari Guru 2024. Tema sambutan hari guru tahun 2024 disambut pada tarikh 16 mei setiap tahun Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani.

Tema Hari Guru Tahun 2024 #Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Hari Guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei setiap tahun akan kembali menemui kita semua. “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani” telah dipilih sebagai Tema Hari Guru 2024 di Malaysia untuk sambutan tahun ini. Tema ini adalah rasmi seperti diumumkan di Facebook Rasmi KPM. Untuk memberi pengiktirafan kepada jasa guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru pada tarikh 16 Mei setiap tahun dengan pelbagai program diadakan yang menjurus ke arah penghargaan kepada guru

Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik, Di zaman yang teknologi yang serba canggih menjadikan tugas seorang guru semakin mencabar. Dengan pelajar yang bermacam ragam menjadikan tugas guru untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan penuh dengan cabaran.

Tema Hari Guru 2021 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Tema Hari Guru 2024 : Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Berikut dikongsikan informasi berkaitan tema hari guru, definisi dan huraian logo Guru, Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani yang telah dipilih sebagai Tema Hari Guru tahun 2024.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tema ini pada 9 Mac 2024. Sambutan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang pada 14 hingga 16 Mei 2024.

Tema yang dipilih adalah bagi menyokong salah satu daripada Tujuh Teras Nadi Keunggulan  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sambutan Hari Guru 2023

“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” : Tema Tahun 2023

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengumumkan tema sambutan hari guru ini pada Majlis Pelancaran Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Konsep tema ini adalah untuk membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke 52 Tahun 2023 akan diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 14 hingga 16 Mei 2023.

Maklumat lain seperti logo dan lagu sambutan hari guru tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sambutan Hari Guru 2022

“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” : Tema Tahun 2022

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

Logo Sambutan Hari Guru 2022

Konsep Hari Guru 2022 membawa maksud :-

KPM memperkenalkan satu konsep Sekolahku SEJAHTERA untuk memupuk etika dan kerohanian setiap murid dalam menghadapi cabaran masa kini dan hadapan

Oleh itu, tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera telah dipilih selaras dengan konsep tersebut

Sekolahku SEJAHTERA adalah penerapan nilai, etika, kerohanian dan identiti nasional bagi melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran negara, masyarakat, negara dan komuniti global

Disebalik perkataan SEJAHTERA, ia merupakan gabungan akronim kepada 14 nilai-nilai murni iaitu:

S : Selamat, Seronok dan Sihat

E : Etika dan Empati

J : Jati Diri

A : Adab sopan

H : Harmoni

T : Tekun, Teliti dan Terampil

E : Eksplorasi

R : Rasional

A : Artikulasi

Selain itu, konsep ini juga menggalakkan setiap aktiviti di sekolah yang memerlukan penyatuan tiga (3) domain pembelajaran iaitu kognitif, sosioemosi dan tingkah laku. Ketiga-tiga domain ini perlu diintegrasikan dalam setiap aktiviti institusi pendidikan yang menekankan kepentingan ilmu, nilai murni dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.

Lagu “Sekolahku SEJAHTERA” (Lirik)

Di sini bermula, mengenal dunia
Bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Kesihatan di utama, kebersihan di jaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Sambutan Hari Guru 2021

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” : Tema Tahun 2021

Berguru Demi Ilmu, Demi Generasi Baharu telah dipilih sebagai Tema Hari Guru tahun 2021

Tema Hari Guru 2021 Memberi Maksud:-

-Menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

-Murid hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh itu, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu.

-KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu’ ini mampu memberi semangat baru kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari

Berikut adalah lirik lagu – Kami Guru Malaysia dan ikrar Hari Guru :-

Lagu ” Kami Guru Malaysia” (Lirik)

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Senarai Tema Sambutan Hari Guru Di Malaysia Setiap Tahun

Untuk rujukan, berikut adalah senarai tema Hari Guru dari tahun 1972 hingga tahun 2023.

2023 : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

2021 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

2017 : Guru Pembina Negara Bangsa

2016 : Guru Pembina Negara Bangsa

2015 : Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

2014 : Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2013 : Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda

2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 : Guru Pembina Negara Bangsa

2009 : Guru Pembina Negara Bangsa

2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 : Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama

2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 : Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 : Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan

1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 : Guru dan Pembangunan Negara

1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi

1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Selamat menyambut Hari Guru tahun 2024 dengan tema – Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *