Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2025 (Bonus Penjawat Awam dan Pesara), Bila tarikh bonus bayaran bantuan khas kewangan kakitangan awam.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2025 (Bonus Penjawat Awam dan Pesara)

Berita baik untuk penjawat awam di negara ini. Pembayaran bantuan khas sempena hari raya Aidilfitri 2024 pada 5 April 2024. Jika sebelum ini menerusi pengumuman pada Bajet, Perdana Menteri telah mengumumkan pada Majilis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam, Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak akan menerima RM500 sebagai bantuan tunai yang akan dibayar pada bulan April 2024. Tidak dilupakan pesara kerajaan yang akan menerima bayaran khas berjumlah RM250. Jadi bilakah tarikh pembayaran bantuan khas untuk penjawat awam sempena menyambut Aidilfitri Tahun 2025?

Pembentangan PREPR telah dibuat oleh Perdana Menteri ke lapan, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Jumaat, 27 Mac 2020. Manakala Perdana Menteri ke sepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Pemberian bayaran khas atau bantuan tunai kali ini untuk kakitangan awam dilihat adalah sama seperti jumlah bayaran tahun yang lepas bagi bayaran khas aidilfitri 2023.

Tarikh Pembayaran Bantuan khas penjawat awam bonus

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kakitangan Awam Tahun 2024

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM 2025

Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam yang akan disalurkan pada bulan Februari 2025. Bantuan berjumlah RM500 untuk Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak., manakala RM250 bagi pesara kerajaan, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteren tidak berpencen.  Maklumat lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI 2024

Menurut pengumuman perdana menteri, Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 diberikan untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah. Manakala bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen akan diberikan sebanyak RM250. Bayaran akan dibuat mulai hari Jumaat, 5 April 2024.

BAYARAN INSENTIF AWAL KAJIAN SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM 2024

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Menteri Kewangan mengumumkan bonus penjawat awam akan diberikan pada akhir bulan Februari 2024. Kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • RM2,000 : semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk juga kepada lantikan kontrak
  • RM1,000 : semua jawatan utama sektor awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform
  • RM1,000 : pesarak kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen

BANTUAN KHAS PENGHARGAAN PENJAWAT AWAM 2023

Pada 27 Julai 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam yang akan disalurkan dalam tempoh dua minggu lagi pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani. Bantuan berjumlah RM300 untuk Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak., manakala RM200 bagi pesara kerajaan, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteren tidak berpencen. Bayaran akan dibayar pada 10 Ogos 2023.

Pembayaran Bonus/ Bantuan Khas Penjawat Awam/ Pesara Bajet 2024

Berikut adalah jadual tarikh pembayaran bantuan khas penjawat awam dan pesara pada Bajet 2024 :-

NO KAKITANGAN AWAM JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN
1BAYARAN KHAS 20242,000FEBRUARI 2024
2BAYARAN KHAS HARI RAYA5005 APRIL 2024
3JUMLAH BAYARAN2,500
NO PESARA KERAJAAN JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN
1BAYARAN KHAS 20241,000FEBRUARI 2024
2BAYARAN KHAS HARI RAYA2505 APRIL 2024
3JUMLAH BAYARAN1,250

Kategori Pegawai Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024

1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service

2. Pegawai yang bercuti bergaji penuh

3. Pegawai yang bercuti separuh gaji

4. Pegawai yang bercuti tanpa gaji

5. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

6. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 5 April 2024 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut

7. Guru interim

8. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya

9. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Kategori Pegawai Yang Tidak Layak Terima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024

1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas

2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024

3. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024

4. Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 5 April 2024

5. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun yang diasingkan saraan.

Maklumat lanjut berkaitan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bonus atau Bayaran Khas, sila rujuk kepada Surat Edaran JPA.800-3/2/4(43) Tahun 2024

Bayaran Khas Aidilfitri 2024

1. Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2024 akan dibayar pada 5 April 2024

2. Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri bagi tahun 2024

3. Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri 2024 adalah seperti berikut:-

i) RM500 – Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah (hampir 1.5 juta orang)

ii) RM250 – Pesara Kerajaan (hampir 0.8 juta orang)

4. Pembayaran akan dilakukan pada 5 April 2024

5. Bantuan akan diberikan kepada pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service, Pegawai Sambilan Harian (serta lantikan daripada MySTEP)

Bayaran Khas Aidilfitri 2024 Penjawat Awam Negeri

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk Kakitangan Awam negeri yang terlibat.

Berikut adalah senarai Kerajaan Negeri yang memberikan Bantuan Khas Kewangan sempena perayaan Aidilfitrii untuk Penjawat Awam Negeri masing-masing beserta jumlah dan tarikh pembayaran bantuan khas :-

NO KAKITANGAN AWAM NEGERI JUMLAH (RM) TARIKH PEMBAYARAN
1PERAK1,000
2PULAU PINANGSetengah bulan gaji atau minimum RM1,20015 Mac 2024
3SELANGORSebulan gaji atau minimum 1,0008 April 2024
 4JOHORSetengah bulan gaji atau minimum 1,500April 2024
5KEDAHRM5008 April 2024
6NEGERI SEMBILANRM5005 April 2024
7SARAWAK
8MELAKA
9PAHANG1,000Sebelum Hari Raya Aidilfitri
10KELANTANRM5008 April 2024
11SABAH
12TERENGGANU
13PERLISRM500Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Bantuan Khas ini boleh dijadikan panduan dalam membuat jadual perbelanjaan untuk tahun depan. Antaranya untuk perbelanjaan persekolahan, cuti sekolah dan sebagainya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *