Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Tahun 2025. Berita baik buat murid yang berkelayakan. Satu lagi bantuan kewangan akan diteruskan untuk tahun 2025 iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dahulunya dikenali sebagai BKAP1M. Berikut dikongsikan maklumat Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2025 dan syarat kelayakan BAP buat panduan murid dan ibu bapa semua.
BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa. Bantuan dikhususkan untuk murid sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 kebawah bermula dari tahun 1 hingga Tingkatan 5. Bagi tahun 2023, Perdana Menteri mengumumkan bantuan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira jumlah pendapatan ibu bapa. Tahun 2025 menyaksikan sebanyak RM791 juta akan diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan wang bantuan berjumlah RM150 yang akan dimanfaatkan oleh murid yang layak.
Senarai Isi Kandungan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 Tahun 2025
Bilakah tarikh pembayaran bantuan awal sekolah 2025? Dalam pembentangan Bajet 2025 dan sebelum ini, semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM150. Jumlah bantuan yang meningkat sebanyak RM50 daripada RM100 sebelum ini.
Tarikh Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan RM150 Tahun 2025
Bantuan Wang Persekolahan 2025 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada lebih kurang 5 juta murid. Bantuan BAP akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
- Tahun 2025 :
- Mulai 13 Januari 2025 bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4
- Mulai 16 Februari 2025 kepada murid TIngkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 Sesi 2025/2026
- Mulai 1 Julai 2025 kepada murid TIngkatan 6 Sesi 2025/2026
- Tahun 2024 : Mulai 11 Januari 2024
- Tahun 2023 : Mulai 12 Janauri 2023
- Tahun 2022 : 17 Januari 2022
Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP)
Berikut adalah syarat kelayakan dalam menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 bagi tahun 2025:
- Murid warganegara Malaysia
- Mempunyai sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
- Bersekolah di:
- Sekolah Kerajaan,
- Sekolah Bantuan Kerajaan,
- Sekolah Agama Rakyat/ Negeri
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2025/ 2026
Dokumen Yang Diperlukan
Penyediaan Dokumen adalah bergantung kepada pihak sekolah masing-masing. Pihak sekolah perlu memastikan yang ibu/ bapa/penjaga mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan seperti berikut;-
- Slip gaji terkini atau penyata cukai pendapatan terkini bagi ibu bapa yang mempunyai majikan; atau
- Sekiranya ibu/ bapa/ penjaga tidak mempunyai dokumen di atas, mereka perlu melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. Maklumat pendapatan yang dikemukakan hendaklah mendapat pengesahan daripada salah seorang daripada:-
- a. Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional);
- b. Pengerusi JKKK;
- c. Penyelia Pembangunan Mukim;
- d. Penghulu;
- e. Penggawa; atau
- f. Ketua Kampung.
Sekolah boleh menangguhkan agihan bantuan, sekiranya ibu/bapa/penjaga tersebut gagal mengemukakan dokumen berkenaan.
Surat Siaran dan Garis Panduan BAP 2025
Di bawah, surat siaran dan garis panduan pemberian Bantuan Persekolahan tahun-tahun sebelum ini adalah seperti berikut:
Garis Panduan BAP Untuk Murid Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK):
KPM telah berkongsi Soalan Lazim BAP bagi tahun 2023 untuk panduan semua pada pautan berikut:
Semoga Bantuan Awal Persekolahan RM150 Tahun 2025 mampu meringkan beban ibu bapa pelajar ketika memulakan persekolahan. Moga ianya dapat membantu golongan yang berkelayakan dalam menitiberatkan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka walaupun dengan pendapatan yang kecil.