Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2025/ 1446H Malaysia, Seluruh umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa bulan awal 1 Ramadan 1446 Hijrah

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2025/ 1446H Malaysia

Tarikh Mula Berpuasa Bulan Ramadhan 2025 Di Malaysia. Bilakah tarikh mula Puasa Ramadhan tahun ini? Untuk makluman, tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan untuk tahun 2025 bersamaan 1446 Hijrah di Malaysia akan diumumkan oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada tarikh yang akan dikemaskini melalui radio dan televisyen utama sekitar jam 800 malam.

Pengumuman mula puasa akan dilakukan selepas tamatnya program cerapan/ melihat anak bulan Ramadan di lokasi-lokasi mencerap di seluruh Malaysia pada petang 1 Mac 2025, 29 Syaaban 1446 Hijrah). Cara penetapan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan adalah berdasarkan kepada rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan cara matematik dan astronomi).

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2019 - Awal Ramadhan 1440H

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan Tahun 2025/ 1446H Di Malaysia

Merujuk kepada tarikh-tarikh penting Islam 2025 yang diterbitkan oleh JAKIM. Tarikh mula Puasa Ramadhan 2025 untuk seluruh negeri di Malaysia adalah pada tarikh berikut :-

TARIKH MULA PUASA RAMADHAN 2025/ 1446H

  • HARI SABTU, 2 MAC 2025 (1 RAMADHAN 1446H) *

* Tarikh yang tepat (RASMI) telah diumumkan oleh Pemohon Mohor Raja-Raja pada 1 Mac 2025 (Jam 800 malam)

** Awal Ramadhan adalah hari cuti umum buat Negeri Kedah, Johor dan Melaka

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 1446H

Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada tarikh yang akan dikemaskini bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan. Menyatakan bahawa tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan adalah di 15 kawasan terpilih seluruh Malaysia bagi tahun 2021. Bagi tahun 2025 akan dikemaskini.

Tempat melihat anak bulan adalah di lokasi berikut :-

  1. Pontian Kecil di Johor
  2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka
  3. Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan)
  4. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
  5. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak)
  6. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang)
  7. Menara Alor Setar (Kedah)
  8. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu)
  9. Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu (Kelantan)
  10. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak)
  11. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah)
  12. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang)
  13. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan)
  14. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  15. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Pengisytiharan Pengumuman Hari Mula Puasa 2025 Ramadhan

Ikuti Pengisytiharan Puasa 1446H/ 2025M oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad di saluran RTM sekitar jam 800 malam pada 1 Mac 2025.

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2025/ 1446H-1447H Di Malaysia adalah seperti berikut :-

TARIKH HIJRI 1446TARIKH MILADI (2025)HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab27 JanuariIskraj Mikraj
 1 Ramadhan *2 MacAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2025
 17 Ramadhan18 MacNuzul Al-Quran
 1 Syawal *31 MacHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah29 MeiAwal Zulhijjah
 10 Zulhijjah *7 JunHari Raya Qurban/ Aidiladha
 1 Muharram 1447H27 JunAwal Muharram/ Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1447H5 SeptemberMaulidur Rasul
 Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. SUMBER : JAKIM

Diucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan untuk semua. Moga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Related : panel pakar falak ppf jabatan kemajuan islam malaysia jakim, islam tahun 2024 1445-1446h, tarikh penting dalam islam, awal ramadan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *