Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa atau dikenali sebagai Pameran MAHA untuk tahun 2024 akan kembali lagi. Tarikh MAHA 2024 akan diadakan adalah pada 11 hingga 22 September 2024. Maklumat bagi penganjuran tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor telah dipilih sebagai lokasi pameran.
Sebelum ini, seramai 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara telah mengunjungi pameran pertanian yang terhebat dan popular di Malaysia. Pameran kali ini menawarkan 22 segmen menarik melibatkan program secara fizikal dan hibrid. Antaranya di luar dewan pameran terdapat laman padi, laman floriculture, laman nanas, laman ternakan dan Food Truck. Manakala di dalam dewan pula terdapat pengisian Agro Tech, Agro Tourism dan Agro Job Fair.
Senarai Isi Kandungan
MAHA 2024 : Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa
Pihak MAEPS akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi tujuan penganjuran MAHA kali ini.
Tarikh MAHA 2024 Dan Waktu Dibuka
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pameran MAHA 2024 meliputi tarikh/ masa, lokasi dan maklumat lain pameran.
- Mula : 11 September 2024
- Tamat : 22 September 2024
LOKASI : MAEPS SERDANG
*Nota : Waktu pameran adalah daripada 10 pagi sehingga 10 malam
Tema Pameran Maha 2024
Pameran akan mengekalkan tema seperti berikut :-
- ‘Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom’
MAHA 2024 turut menampilkan buah nanas, kelapa dan tenusu selain daging sebagai sumber rezeki baharu pertanian. Ianya mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan mereka yang mampu muncul sebagai jutawan, dengan menjana kekayaan menerusi hasil pertanian
Maklumat Lanjut MAHA 2024
Maklumat MAHA 2024 akan dikemaskini setelah diperincikan lanjut oleh penganjur. Berikut adalah maklumat MAHA 2024 sebagai rujukan
- Sebanyak 1,500 khemah jualan dibuka termasuk lebig 500 menu juadah popular dari semua negeri, produk industri asas tani, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak pokok dan bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar
- 14 pavilion negeri dan wilayah persekutuan akan dibuka, menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung
- Terdapat enam (6) zon utama yang telah dibahagikan iaitu:
- Zon 1 : Selamat Datang & Kawasan Perdana
- Zon 2 : Gaya Hidup Agro
- Zon 3 : Pavillion Negeri
- Zon 4 : Keajaiban diwaktu malam & aktiviti air
- Zon 5 : Agri Park
- Zon 6 : Taman Sambutan, veterinar & Taman Kejuruteraan Agro
- Semua halaman seperti laman perikanan, laman nanas, laman ternakan dan sebagainya akan ditampilkan supaya pengunjung dapat menikmati sendiri pengalaman aktiviti pertanian secara langsung
- MAHA 2024 akan menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian (Agroteknologi) dalam industri Agromakanan negara. Pameran pertanian ini adalah platform dinamik untuk :-
- Mempamerkan teknologi pertanian terkini, produk pertanian dan perkhidmatan agro-makanan dan agro
- Menerokai peluang perniagaan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi
- Memperkembangkan rangkaian perniagaan
- Membangunkan pasaran import dan eksport
- Pelancaran produk dan perkhidmatan baru yang inovatif
- Menerokai peluang kerjaya dan keusahawanan
- Memperdalamkan lagi hubungan dengan pelanggan sedia ada
- Pendedahan kepada trend pasaran terkini dan meningkatkan daya saing pasaran anda
- Fokus MAHA 2024 adalah Sambutan 100 tahun MAHA, pertanian, kelestarian, Modal Insan Madani, Teknologi, Agro pelancongan, MAHA GO Global dan Pelaburan
PETA LOKASI MAHA 2024
Selamat datang ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa di MAEPS Serdang pada tarikh MAHA 2024. Bawalah keluarga dan anak-anak agar mereka tahu akan kepentingan aktiviti pertanian buat Malaysia.
Maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi MAHA 2024.