Bilakah tarikh bayaran faedah PERKESO? Penerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/ SOCSO) pasti ingin mengetahui bilakah tarikh bayaran Faedah Bulanan PERKESO tahun 2024. Menerusi makluman Laman Web Rasmi PERKESO, berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran PERKESO yang memaparkan bulan, hari, tarikh dan catatan pembayaran.
Untuk makluman, PERKESO menyediakan dua skim faedah keselamatan sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pension Ilat. Baru-baru ini PERKESO ada mengumumkan kenaikan kadar pension di antara 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan bermula 26 Disember 2017. Seramai 328,056 akan menerima bayaran tunggakan pelarasan dengan peruntukkan sebanyak RM72.62 juta bagi pembayaran penerima faedah membabitkan hilang upaya kekal, orang tanggungan, pension ilat dan pension penakat.
Senarai Isi Kandungan
Jadual Tarikh Pembayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2024
Berikut dikongsikan jadual pembayaran setiap bulan Faedah PERKESO untuk sepanjang tahun 2024. Untuk maklumat yang lebih jelas, penerima boleh merujuk kepada jadual yang dikongsikan di bawah ini.
Tarikh Bayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2024
Senarai lengkap tarikh pembayaran untuk 12 bulan di tahun 2024 (jadual pembayaran bulanan sosco)
- JANUARI
- 31.01.2024: RABU
- FEBRUARI
- 1.03.2024: JUMAAT
- MAC
- 1.04.2024: ISNIN
- APRIL
- 30.04.2024: SELASA
- MEI
- 24.05.2024: JUMAAT (30 MEI PESTA KEAAMATAN/ 1 JUN 2024 PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK)
- JUN
- 11.06.2024 : SELASA ( 17 JUN 2024 BERSAMAAN HARI RAYA QURBAN)
- JULAI
- 01.08.2024: KHAMIS
- OGOS
- 30.09.2024 : JUMAAT
- SEPTEMBER
- 01.10.2024: SELASA
- OKTOBER
- 25.10.2024: JUMAAT (31 OKTOBER 2024 HARI DEEPAVALI)
- NOVEMBER
- 29.12.2024: JUMAAT
- DISEMBER
- 19.12.2024: KHAMIS (25 DISEMBER BERSAMAAN HARI KRISMAS)
Grafik Tarikh Bayaran Faedah Bulanan PERKESO Tahun 2024
Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran jadual pembayaran bulanan sosco 2024 boleh dijadikan panduan buat pernerima faedah dalam merancang perbelanjaan seharian sekeluarga. Moga anda dapat menggunakan bayaran yang diberikan dengan berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini.