Takbir adalah bertujuan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya. Ianya adalah cara yang dianjurkan oleh Islam untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kita di atas ibadah wajib dan sunat yang kita lakukan pada Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari Tasyriq. Bagaimana cara lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha?
Berikut dikongsikan cara lafaz atau bacaan takbir raya buat panduan umat Islam. Umat Islam di sunatkan untuk bertakbir pada Aidil Fitri dan Aidil Adha. Disunatkan agar bertakbir bermula dari malam Hari Raya (selepas masuk waktu Maghrib). Bagi Aidilfitri tempoh bertakbir adalah sehingga Imam mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri pada pagi raya. Sedangkan Hari Raya Haji pula, tempoh bertakbir adalah dari solat Subuh Hari Arafah 9 Zulhijjah sehingga sebelum masuk waktu Maghrib pada hari yang ke-13 Zulhijjah.
Senarai Isi Kandungan
Cara Lafaz Takbir Hari Raya
Perayaan Aidilfitri dan Aidiladha hendaklah disambut dengan acara-acara yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu:
a. Membanyakkan Ucapan Takbir
Firman Allah: “Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (AlBaqarah : 185) Sabda Rasullullah s.a.w. pula: “Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid.” Di dalam kitab-kitab Fiqh dijelaskan, takbir itu terbahagi kepada dua:
i) Takbir Mursal
Ia juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa.
Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.
ii) Takbir Muqayyad
Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, apabila masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu.
Sunat dilakukan sekalipun anda solat di rumah sama ada berjemaah atau bersendirian.
Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.
Waktu Bertakbir Untuk Hari Raya
Terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah waktu takbir raya seperti dikongsikan dari MuftiWP :
Kaifiat berikut kita peroleh daripada perbuatan Nabi SAW dan para sahabat, seterusnya diwarisi kepada generasi ulama seterusnya.
i) Hari Raya Aidiladha : Waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.
Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah. Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.
ii) Hari Raya Aidilfitri : Waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.
Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha
Berikut dikongsikan bacaan lafaz Takbir buat panduan umat Islam semua.
Atau Klik Grafik 1 @ Klik Grafik 2
Dalam Rumi
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Ulang 3 kali
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu
Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun
Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah
Wanashara ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Erti & Maksud
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah
Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang
Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah
melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun
dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati
janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera alAhzab
dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.
Video
Berikut adalah video buat rujukan
Kepentingan Bertakbir
Bertakbir dianggap penting sebagai:
1. Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah.
2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan.
3. Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia.
4. Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan.
5. Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Sembilan
Semoga perkongsian dan panduan di atas ini bermanfaat buat semua.
Related : Allah swt, disunatkan untuk, aidiladha dan hari raya, takbiratulihram solat hari raya, hari arafah, dan berterusan takbir muqayyad waktu subuh hari arafah, malam raya, tan sri muhyiddin yassin, menunaikan haji, 1 syawal, waktu asar, ا و و, tiada tuhan melainkan allah dan allah maha besar allah maha besar allah maha besar, ertinya apabila masuk waktu maghrib 1 syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat hari raya aidilfitri,