Syarat IPG Terkini, Meliputu syarat kelayakan apply Institut Pendidikan Guru malaysia 2024 program pendidikan maktab perguruan lepasan spm

Syarat IPG Terkini Institut Pendidikan Guru (Lepasan SPM)

Syarat Kelayakan IPG PISMP 2024 Online. Panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk menjadikan profesion guru atau cikgu sebagai kerjaya masa depan. Apakah syarat masuk IPG menjadi guru melalui intake ke Institut Pendidikan Guru (Dahulunya Maktab Perguruan) ? Berikut adalah syarat kelayakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) terkini buat rujukan pelajar. Untuk makluman PISMP dan KPLSPM adalah program yang sama.

Application PISMP untuk pelajar lepasan SPM pada kelazimannya akan dibuka sekitar bulan Mac setiap tahun. Bermula sesi pengambilan 2021, application ke IPG adalah melalui sistem PISMP. Bagi tahun 2024 ia dibuka pada 14 Mac 2024 hingga 15 April 2024. Kursus pengajian yang ditawarkan pada tahun 2024 adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC).

Syarat Kemasukan IPG Terkini Institut Pendidikan Guru

Syarat Kelayakan Mohon IPG Terkini 2024 (Institut Pendidikan Guru Malaysia)

Sebelum dikongsikan syarat-syarat kelayakan memohon PISMP atau Syarat Kelayakan IPG, berikut adalah sedikit maklumat berkaitan dengan Program PPISMP/ PISMP.

A. Apa Itu PISMP/ PPISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Untuk sekolah Menengah, pelajar perlu memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA) melalui Sistem PISMP.

Pemohon yang berjaya adalah dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN untuk mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

B. Syarat Kelayakan IPG Terkini (Intake 2024)

Berikut adalah syarat dan kelayakan asas beserta syarat pengkhususan ke IPG ambilan tahun 2024 buat panduan calon lepasan SPM/ setaraf yang ingin memohon.

Laluan Akademik Untuk Menjadi Seorang Guru

  • Iaitu Guru Sekolah Rendah (SK)/ Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Menengah (SM)/ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Syarat kelayakan ipg maktab perguruan
Laluan Menjadi Seorang Guru Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah. Kredit Kaunselor Halatuju di pautan http://halatuju.com/mustaffabdullah/

C. Calon Yang Tidak Layak Memohon IPG

Berikut adalah senarai calon-calon yang tidak layak untuk memohon ke IPG.

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program PISMP atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

D. Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan Di IPG

Berikut adalah bidang pengkhususan untuk Pendidikan Rendah (SK/ SJKC/ SJKT) yang ada ditawarkan buat calon di IPG:-

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk & Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah

Senarai lengkap bidang pengkhususan PISMP tahun 2024 boleh dirujuk di Bidang Pengajian IPG.

E. Prosedur Application

Untuk memohon, calon perlu mengikuti langkah dan proses seperti berikut :-

  • Apply Secara online di Sistem PISMP
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Amali (Bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Muzik dan Pendidikan Islam)
  • Temuduga
  • Pemilihan dan penawaran

Maklumat Lanjut

  • Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM

Sila hubungi alamat seperti berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan IPG:

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
  • No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
  • emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

Semoga perkongsian syarat diatas boleh dijadikan panduan buat para pemohon PISMP tahun 2024. Moga anda melepasi syarat kelayakan dan seterusnya berjaya dalam intake ke IPGM nanti.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *