Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2025 Online, cara mohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh terkini atas talian.

Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 Ambilan Tahun 2025 Online

Perhatian buat pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR tahun 2024. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan SBP Tingkatan 1 (Satu) dan Permohonan SBP Tingkatan 4 (Empat) ambilan 2025 untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh akan di buka mulai 1 Ogos 2024.

Bermula ambilan 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP hanya untuk Tingkatan 1. UKSBP juga diperluaskan ke kemasukan tingkatan 4 bermula tahun 2019 untuk kemasukan tahun 2020.

Terkini: Melalui Kenyataan Media, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah berkaitan iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bermula tahun 2021 dan diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.

Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Selain SBP, pelajar juga boleh memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4. SBP dan MRSM adalah diantara sekolah terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4

Permohonan SBP Tingkatan 1 2022 Online

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 1 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 1 2025 yang memaparkan tarikh penting, soalan lazim – FAQ, applikasi permohonan dan syarat permohonan.

Bagi kemasukan tahun 2025, akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Tarikh Permohonan Tingkatan 1 SBP 2025

  • Tarikh Buka: 1 Ogos 2024
  • Tarikh Tutup: 8 September 2024

*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut mengenai application SBP

Applikasi Permohonan Tingkatan 1 2025 Online

  • Klik https://spskt1.moe.gov.my untuk membuat permohonan
  • Pentaksiran Baharu Kemasukan SK (PKSK) Tahun 2025 – Pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di pusat pentaksiran seluruh negara.
  • PKSK akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan dan akan dilaksanakan pada 7 hingga 17 Oktober 2024. Tiada pentaksiran ulangan akan dilaksanakan

Maklumat Penting permohonan sebagai rujukan dan panduan.

Maklumat Lanjut

Informasi kemasukan SBP 2025 buat rujukan pemohon.

  1. Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang single entry point kemasukan
  2. Pelajar yang boleh memohon adalah :-
    • Murid Tahun Enam 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
    • Murid Tingkatan Tiga 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
    • SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
  3. Untuk mengkakses sistem, pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama
  4. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil penglibatan dalam kokurikulum kepada BPSBP kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM)

Syarat Pemilihan Tingkatan Satu (1) SBP 2025

Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk ambilan tahun 2025 sebagai rujukan.

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada Tahun 2024
  3. Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan SK KPM (PKSK)
  4. Calon sihat tubuh badan;
  5. Calon aktif dalam penglibatan kokurikulum dan cemerlang dalam akademik
  6. Calon mencapai aras toleransi PKSK

Permohonan SBP Tingkatan 4 2020 Online

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2025 Tingkatan 4 Online

Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang sepatutnya menduduki peperiksaan PT3 2024. Untuk makluman, anda boleh membuat Permohonan Tingkatan 4 2025 secara online (Sekolah Berasrama Penuh) sekitar bulan Ogos / September. Pelajar tidak perlu menunggu keputusan PT3 kerana pemohon boleh memohon sebelum keputusan PT3 diumumkan. Permohonan akan ditutup pada sekitar September / Oktober.

Selain SBP, pelajar juga boleh membuat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 (Maktab Rendah Sains MARA). Umum sedia maklum yang SBP dan MRSM adalah diantara sekolah terbaik di Malaysia dan menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Tingkatan 4 (Form 4) 2024 yang memaparkan tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan.

Tarikh Penting Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Atas Talian

  • Tarikh Buka: 1 Ogos 2024
  • Tarikh Tutup: 8 September 2024

*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut mengenai application SBP

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan sebarang keterangan lanjut berkaitan permohonan terkini.

Applikasi Permohonan SBP Tingkatan 4 2024 Online

  • Klik https://spskt4.moe.gov.my/ untuk membuat permohonan
  • Pentaksiran Baharu Kemasukan Tahun 2025 – Pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di pusat pentaksiran seluruh negara. Tarikh check pusat dibuka bermula 13 September hingga 3 Oktober 2024 dan pelaksanaan pentaksiran akan berlangsung pada 23 September 2024 hingga 3 Oktober 2024.

Maklumat Penting

Maklumat Lanjut

Informasi tambahan kemasukan SBP 2025 Tingkatan 4 adalah seperti berikut :-

  1. Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang single entry point kemasukan yang baharu diperkenalkan oleh KPM
  2. Pelajar yang boleh memohon adalah :-
    • Murid Tahun Enam 2024 yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
    • Murid Tingkatan Tiga 2024 yang yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
    • SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.
  3. Untuk mengkakses sistem, pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama
  4. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan sijil penglibatan dalam kokurikulum kepada BPSBP kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM)

Syarat Pemilihan Tingkatan Empat (4) SBP 2025

Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan Tingkatan 4 SBP untuk tahun 2025 sebagai rujukan :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Calon mestilah murid Tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan dan berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada Tahun 2024
  3. Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan SK KPM (PKSK)
  4. Calon sihat tubuh badan;
  5. Calon aktif dalam penglibatan kokurikulum
  6. Calon mencapai aras toleransi PKSK

Check Nama Layak Menduduki PKSK 

Bermula kemasukan 2024, kemasukan tingkatan 1 & 4 SBP diwajibkan menduduki peperiksaan PKSK sebelum layak masuk. Pelajar boleh check melalui pautan panduan berikut:

SBP Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)

Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

  • Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.

Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

  • Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pakej Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP

Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-

  1. Tingkatan 1 – Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan Ulul Albab

  1. Tingkatan 4 – Menawarkan 4 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama Ikhtisas, dan Tahfiz Sains (TMUA)

Selamat membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 dan 4 2025 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat Sekolah Berasrama Penuh ambilan tahun 2025.

Related : tingkatan 4 tahun,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *