Cara Permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Februari tahun 2025. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran (mengikuti aliran) dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024 yang sepatutnya menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tetapi dibatalkan. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan KV Kolej Vokasional 2025 Dan SMT secara Online.
Murid yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan 2025 seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh buka permohonan KV/ SMT pada tahun 2025 adalah dari 1 Ogos sehingga 8 September 2024.
- Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
- Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional
- Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan Untuk Program Kemahiran bagi Murid Tingkatan 3 PAV ke Kolej Vokasional
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan KV Dan SMT Ambilan Mac 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan KV Kolej Vokasional 2025 Dan SMT secara Online:-
KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan ke Sekolah terpilih seperti Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Satu sistem permohonan telah dibangunkan dan semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di pusat pentaksiran yang ditetapkan seluruh Malaysia.
Pentaksiran yang akan dijalankan merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%) dan Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian serta Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis. Maklumat lanjut berkaitan pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tarikh Penting Permohonan KV & SMT 2025
Tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan Mac 2025 adalah seperti berikut:
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP | PERKARA |
1 Ogos 2024 | 8 September 2024 | Permohonan Kemasukan Online |
13 September 2024 | 3 Oktober 2024 | Semakan Pusat Pentaksiran |
7 Oktober 2024 | 17 Oktober 2024 | Pelaksanaan Pentaksiran |
? | ? | Pemilihan & Sesi Temubual (bergantung kepada KV/SMT) |
31 Januari 2025 | – | Check Tawaran Kemasukan |
18 Februari 2025 | 18 Februari 2025 | Sesi Pendaftaran Aliran Perdana |
? | ? | Sesi Pendaftaran Aliran PAV |
? | ? | Sesi Rayuan Aliran Perdana |
? | ? | Sesi Rayuan Aliran PAV |
Program KV & SMT Yang Ditawarkan
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2024 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Mac 2025 seperti berikut :-
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Di Kolej Vokasional KPM
2. Aliran Teknikal
- Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Kemahiran/Apprenticeship Di Kolej Vokasional
di :-
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2025 Secara Online (Pautan Borang)
Pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Aplikasi Permohonan KV Dan SMT 2025 :
Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2024 seperti berikut:-
A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Klik PBS untuk memohon
B. Murid Lepasan PAV
Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.
- Klik PAV untuk memohon
C. Melalui Portal UP_TVET
- Majlis TVET Negara melancarkan satu portal untuk permohonan pengambilan kursus-kursus TVET melalui satu portal di pautan:
Makluman Permohonan
Makluman berkaitan proses permohonan adalah seperti berikut:
- Jika calon gagal mengakses sistem, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK.
- Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
- Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
Nota Penting Permohonan Online
Berikut adalah maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon. Sila masukkan kesemua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online.
- Sila pastikan semua bertanda * diisi
- Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
- Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
- Sila buat “checking” dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini
permohonan dapat dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan. - Cetak Permohonan untuk simpanan pemohon.
- Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan online.
Kelayakan Mohon KV Dan SMT 2025
Berikut adalah kelayakan umum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2025 sebagai rujukan :-
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada tahun 2024
- Murid mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan SK KPM
- Murid telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2024 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Calon sihat tubuh badan
- Mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
- Mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
- Calon berminat dengan program dipohon
Maklumat Lanjut Permohonan KV Dan SMT
Pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini untuk sebarang masalah atau pertanyaan. Pelajar boleh menghubungi BPTV di
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(No telefon : Hubungi 03-80008000 atau u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-8000 8000, 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)
Check Tawaran Ke KV Dan SMT 2025
Menerusi FAQ permohonan, Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm seperti tarikh penting berikut :-
- 2025 : 31 Januari 2025
- 2024 : 1 Mac 2024
- 2023 : 17 Mac 2023
- 2022 : 15 Mac 2022
- 2021 : 23 Mac 2021
- 2020 : 20 Januari sehingga 27 Januari 2020
- 2019 : 18 Januari 2019 sehingga 22 Januari 2019
Panduan tarikh penting dan maklumat tawaran KV klik Status application KV / SMT 2025.
Calon adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan pada tarikh yang ditetapkan. Pada tahun 2025, rayuan boleh dibuat mulai 31 Januari 2025 hingga tarikh yang akan dikemaskini.
Walk-in / rayuan kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan requirement yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid. Untuk makluman, Asrama ada disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.
Selamat membuat Permohonan KV Kolej Vokasional 2025 Dan SMT Online. Semoga permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.