Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berikut dikongsikan Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah yang merangkumi contoh soalan/ tugasan spesifik dan cadangan jawapan. Ianya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM yang merupakan Sejarah Tingkatan 4 Bab 5.
Nota ringkas berkaitan dengan Bab 5 iaitu Kerajaan Islam Di Madinah boleh dirujuk di Bab 5 Tingkatan 4. Manakala Koleksi Skema jawapan sejarah SPM untuk bab yang lain boleh dirujuk di Nota Sejarah.
Senarai Isi Kandungan
TEMA 7.1 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Merujuk kepada tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 5. Berdasarkan kepada tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan seperti berikut :-
- Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
- Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
- Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan
TEMA/TAJUK : TINGKATAN 4 BAB 5
Soalan : Huraikan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari Mekah ke Madinah dan hubung kaitkannya dengan peranan rakyat Malaysia dalam memajukan negara.
Peringatan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;
Sambungan
Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah (Cadangan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5)
Soalan : Huraikan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Makkah ke Madinah dan hubungkaitkannya dengan peranan rakyat Malaysia dalam memajukan negara.
Soalan/ Isi Dan Huraian/ Markah
1. Pengenalan (5 Markah) Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah
Jelaskan latar belakang peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.
- F1 Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah
- F2 Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 M.
- F3 Berlaku secara rahsia
- F4 Berperingkat-peringkat
- F5 Berhijrah bersama-sama sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq
- F6 Perjalanan memakan masa lebih kurang 12 hari
- F7 Umar Al-khattab berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya
2. Konsep Hijrah (15 Markah)
- F1 Maksud Hijrah ialah berpindah
- F2 Dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Mekah ke Madinah.
- F3 Dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
- F4 Strategi baru untuk menyebarkan Islam
- F5 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran
- F6 Meninggalkan keburukan dan kejahatan
- F7 Semangat ingin berubah
- F8 Dari segi sikap/ cara berfikir/ tingkah laku
- F9 Orientalis barat mentafsirkan hijrah secara negatif
- F10 Suatu perlarian
- F11 Disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat
- F12 Penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah
- F13 Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan rela dan meriah
- F14 Orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya
- F15 Dijamin keselamatan mereka
- F16 Nabi Muhammad saw telah dilantik sebagai pemimpin Madinah
- F17 Baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah
3. Sebab Dan Tujuan Hijrah (15 Markah)
- F1 Disebabkan perintah Allah
- F2 Menerusi wahyu surah al-Anfal
- F3 Menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
- F4 Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda segera berhijrah
- F5 Meneruskan penyebaran Islam
- F6 Di Makkah, ancaman daripada orang Arab Quraisy
- F7 telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam
- F8 Suasana aman ditempat baru akan memudahkan penyampaian dakwah islamiah
- F9 Hijrah juga membolehkan sesebuah masyarakat Islam bersatu padu dan sempurna diwujudkan.
- F10 Hijrah ke Madinah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
- F11 Yang sedang menghadapi pelbagai konflik.
- F12 Suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesama sendiri
- F13 Ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi
- F14 Orang Arab Madinah memerluka npemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w.
- F15 Baginda juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah
4. Jelaskan Kepentingan Hijrah (15 Markah) Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah
- F1 Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman
- F2 Tanpa berselindung lagi
- F3 Memberi peluang kepada baginda untuk mendamaikan suku Arab di Madinah
- F4 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah
- F5 Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan, ekonomi dan sosial.
- F6 Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
- F7 Orang Islam Madinah yang telah memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.
- F8 Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku/ budaya/ agama
- F9 Melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
- F10 Dapat menjalankan kegiatan ekonomi/ agama/ kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemamkmuran hidup.
- F11 Membina sebuah lagi masjid iaitu Masjid Al-Nabawi
- F12 Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat/ belajar/ tempat untuk bertemu / berbincang tentang masalah yang dihadapi oleh orang Islam
- F13 Kawasan persekitaran masjid, digunakan sebagai tempat melakukan kegiatan/ aktiviti harian seperti berjual beli
- F14 Takwim hijrah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa Al-rashidin kedua, iaitu Khalifah Umar bin Al-khattab.
- F15 Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah (Kota bercahaya)
- F16 Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong menolong
- F17 Melahirkan masyarakat cemerlang
- F18 Peranan wanita selain sebagai surirumah, dapat menggerakkan kemajuan sesebuah negara.
- F19 Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
- F20 Menunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan
- F21 Merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamakan Piagam Madinah
5. Bagaimanakah konsep hijrah dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia hari ini? (15 Markah)
- F1 Perpaduan dapat diwujudkan
- F2 Keamanan dapat dikekalkan
- F3 Keselamatan terjamin
- F4 Peningkatan sosio ekonomi
- F5 Meningkatkan taraf hidup
- F6 Membasmi kemiskinan
- F7 Meningkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan
- F8 Institusi masjid dapat diperkasakan lagi
- F9 Mengekalkan keharmonian rakyat
- F10 Kestabilan politik
- F11 Meninggikan taraf wanita
- F12 Perkembangan teknologi
(Mana-mana jawapan yang munasabah )
6. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara berpandukan konsep Hijrah (10 Markah)
- F1 Kemajuan ekonomi
- F2 Pemodenan pertanian
- F3 Perindustrian berkembang pesat
- F4 Perkembangan teknologi moden
- F5 Pelaksanaan K-Ekonomi
- F6 E-pendidikan
- F7 Hubungan antarabangsa berkembang
- F8 Tumpuan pelancong asing
- F9 Kemajuan sistem pengangkutan
- F10 Kemajuan sistem perhubungan
- F11 Kemajuan sistem komunikasi
- F12 Bangunan pencakar langit
- F13 Pertahanan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
7. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam membina negara bangsa yang maju. (5 Markah) Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah
- F1 Pencemaran
- F2 Tekanan daripada negara maju
- F3 Persaingan ekonomi dunia
- F4 Kenaikan harga barangan
- F5 Kekurangan tenaga mahir
- F6 Perpaduan kaum
- F7 Teknologi rendah
- F8 Kadar pengangguran tinggi
- F9 Masalah kemiskinan
- F10 Gejala sosial
- F11 Globalisasi
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
8. Langkah-langkah untukmengatasi cabaran di atas (5 Markah)
- F1 Memperkukuhkan perpaduan rakyat
- F2 Meneroka teknologi baru
- F3 Meningkatkan R&D
- F4 Memastikan wawasan 2020 dicapai
- F5 Konsep 1 Malaysia
- F6 Meneruskan dasar ekonomi baru
- F7 Meningkatkan mutu pendidikan
- F8 Memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
- F9 Meneroka pasaran baru
- F10 Menjadikan minda rakyat kelas pertama
- F11 Menjadi pusat kecemerlangan ilmu
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
9. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada peristiwa hijrah (10 Markah)
- F1 Berdikari
- F2 Memanfaatkan kurniaan tuhan
- F3 Tidak putus asa
- F4 Rajin berusaha
- F5 Berani
- F6 Tabah
- F7 Mencuba perkara baru
- F8 Kreatif
- F9 Bijak mengatur strategi
- F10 Bertolak ansur
- F11 Hormat-menghormati
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
10. Rumusan (5 Markah)
- Pengetahuan yang diperoleh
- Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
- Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
Semoga Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah boleh dijadikan panduan buat para pelajar Tingkatan 4 dan 5. Moga anda dapat menjawab soalan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5 dengan jayanya dan cemerlang.