Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang ingin memasuki UA atau gagal dalam permohonan dan rayuan UPU sesi ambilan 2024-2025. Berikut dikongsikan senarai Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua (second intake) untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta setaraf.
Pemohon yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi mereka ke Universiti Awam (UA) tempatan kini diberikan peluang sekali lagi untuk kemasukan pengambilan kedua (second intake) ambilan Februari dan Mac 2025.
Senarai Isi Kandungan
Universiti Awam Yang Membuka Pengambilan Kedua Sesi 2024-2025 Untuk Lepasan SPM & STPM/ Setaraf
Beberapa buah Universiti Awam (UA) terpilih di Malaysia ada menawarkan kemasukan pengambilan kedua buat pelajar.
Permohonan kemasukan kebiasaannya dibuka sekitar bulan September/ Oktober/ November 2024 dan pelajar perlu membuat permohonan terus ke UA yang berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.
Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua Sesi 2024-2025
Berikut adalah senarai Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua (second intake) untuk pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf sesi 2023-2024. Bagi sesi 2024-2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Nota*
Untuk memohon dan panduan permohonan, sila klik LINK UA yang disertakan.
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) / International Islamic University Malaysia (IIUM)
- Kemasukan Mac 2025
- Pemohon dari lulusan SPM/Setaraf dan STPM /Setaraf
- Permohonan terus melalui Laman Web UIAM e-Admission bermula dari 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024
Second intake untuk kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini dibuka kepada pelajar seperti lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM. Permohonan UIAM Januari/ Februari 2024 Ambilan Kedua dibuka secara online untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan PhD.
Tarikh Permohonan UIAM 2025
Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan ke UIAM bagi peringkat Asasi dan Sarjana Muda:
- Tarikh Buka : 1 November 2024
- Tarikh Tutup : 3 Disember 2024
Applikasi Permohonan UIAM 2025 Online
Untuk memohon, pelajar boleh mengkases Applikasi Permohonan di
Sila daftar akaun (jika berlum mendaftar) dan ikuti arahan/ langkah yang telah ditetapkan.
- Pemohon tidak perlu membeli no pin dan sebagainya, Anda boleh terus membuat permohonan jika memenuhi syarat kelayakan am dan khas kursus pengajian yang ingin dipohon.
Syarat Umum Kelayakan Permohonan UIAM
Untuk pelajar yang berminat, berikut adalah syarat kelayakan umum (akademik) untuk kemasukan ke program Ijazah Sarjana UIAM mengikut lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM:-
- Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
- Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf
- Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM / setaraf
Syarat Kelayakan Mengikut Kelulusan
Lepasan Diploma
Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
Lepasan STAM
Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
Lulusan Asasi UIAM
Semakan CGPA mengikut fakulti pengajian yang dipohon boleh dibuat di semak secara online di : CGPA CHECK
Lepasan STPM
- Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua [2] mata pelajaran lain yang diambil
- Memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon DAN universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Syarat Kelayakan Pemohon Dari Luar Negara
Keperluan akademik am untuk kemasukan ke program sarjana Ijazah IIUM adalah:-
- Sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan
ATAU
- Lulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi
ATAU
- Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai bersamaan dengan kelulusa di atas
Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
Program pengajian yang ditawarkan di UIAM boleh disemak secara online di UIAM COURSES 2024 (Akan dikemaskini)
2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kemasukan Mac 2024
- Tarikh permohonan dibuka bermula dari 18 Disember 2023 hingga 1 Februari 2024
- Permohonan terus melalui Laman Web UUM
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Pemohon dari lulusan STPM /Setaraf
- Kemasukan Mac 2025 Untuk Lepas STPM/Diploma/Setaraf
- Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM dari 25 Oktober 2024 hingga 2 Disember 2024
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kemasukan untuk Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
- Pemohon dari lulusan STPM /Setaraf
- Permohonan UPSI Februari 2025 melalui Laman Web UPSI bermula dari 2 hingga 29 Disember 2024 bagi program Sarjana Muda, 4 hingga 20 November 2024 bagi program Diploma
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kemasukan Mac 2025
- Lepasan STPM/Diploma/setaraf
- Permohonan UTHM ambilan kedua melalui Laman Web UTHM bermula dari 1 November 2024 hingga 30 November 2024
Perhatian buat pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang ingin menyambung pengajian tinggi ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA). Permohonan UTHM semester 2 secara online (Universiti Tun Hussein Onn) ke Program Ijazah Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2024/2025 akan dibuka pada bulan November 2024. Maklumat lanjut sila layari Facebook UTHM,
Untuk makluman, permohonan kemasukan perlu dibuat secara atas talian (online) :-
Iklan permohonan adalah pada bulan November 2024
- Tarikh Buka : 1 November 2024
- Tarikh Tutup : 30 November 2024
- Tarikh Pendaftaran : 9 Mac 2025
- Applikasi Permohonan : Klik wapps.uthm.edu.my/intake
Cara Membuat Permohonan UTHM Secara Online
Berikut dikongsikan prosedur permohonan UTHM semester 2 sesi 2024/ 2025 online. Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat pemohonan. Sila ikuti langkah-langkah di applikasi permohonan dalam membuat akaun baru
- 1. Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap semasa permohonan.
2. Sila muatnaik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
c. Salinan Transkrip Akademik Diploma
d. Salinan Sijil MUET
e. Salinan Keputusan Bahasa Melayu / Matematik Julai (Jika Ada)
f. Salinan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my/MQR/CAkreditasi.cfm)
3. Sila pastikan semua dokumen di atas di muat naik ke dalam sistem permohonan.
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses
Syarat Permohonan Kemasukan Ke UTHM Semester 2 Sesi 2024/2025
Berikut adalah syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Semester 2 :-
A. Syarat Am
Merupakan warganegara Malaysia
DAN
Memiliki kelulusan STPM atau Diploma atau kelulusan lain dalam bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
DAN
Mendapat keputusan tahap 2 (Band 2) dalam MUET
DAN
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah
DAN
Pelajar TIDAK aktif di mana-mana IPT
DAN
Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menanti prosiding jenayah
DAN
Memenuhi syarat minimum program yang ditawarkan
Syarat Tambahan Bagi Program Pendidikan
Berikut adalah syarat tambahan untuk program pendidikan
- Terbuka kepada warganegara sahaja.
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun
- Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/ Setaraf
- Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.
- Lulus kertas peperiksaan Sejarah Kod 1251 (Calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi Kohort 2013 – 2017)
- Untuk Syarat khas program pengajian, pemohon boleh merujuk kepada SYARAT KHAS UTHM.
Senarai Kursus UTHM Yang Ditawarkan Untuk Ambilan Semester 2 Sesi 2024/2025
Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2024/ 2025 di UTHM mengikut fakulti adalah seperti berikut:-
1. FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)
- BEJ – Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
- BEV – Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
2. FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)
- BDD – Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
- BDJ – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian
- BDM – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) dengan Kepujian
3. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)
- BBA – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian #
- BBC – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian #
- BBE – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian#
- BBF – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian #
4. FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSKTM)
- BIT – Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
5. FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI (FAST)
- BWC – Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian
- BWA – Sarjana Muda Sains (Matematik teknologi) dengan Kepujian
- BWW – Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) dengan Kepujian
6. FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)
- BNA – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian
- BND – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian
- BNE – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian
- BNF – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
- BNG – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
- BNM – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
- BNN – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian
- BNT – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel dengan Kepujian
7. FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM BINA (FKAAB)
- BFF – Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
# : Program Bertemuduga
Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.
Iklan Permohonan UTHM ambilan kedua sesi 2024-2025 boleh dirujuk di Portal UTHM
Tarikh Penting Permohonan UTHM Semester 2 2024/2025 Online
Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan UTHM Ambilan semester 2 sesi 2024/ 2025 buat panduan dan rujukan pelajar semua. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan di Laman Web UTHM dari semasa ke semasa.
- Tarikh Buka dan Tutup Aplikasi Permohonan Dalam Talian : 1 November hingga 3o November 2024
- Hebahan Status Keputusan Permohonan : 12 Februari 2025
- Pendaftaran Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2024/2025 : 9 Mac 2025
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tarikh 20 Mac 2024 dianggap gagal dan tidak berjaya.
Semakan Keputusan UTHM Semester II 2024/2025 Online
Untuk membuat semakan keputusan tawaran UTHM dan Ujian Medsi/ Panggilan Temuduga, sila klik :-
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor Darul Takzim
Waktu Operasi
- Ahad – Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
No Telefon : 07-453 7696 / 7689 / 7375 / 7685 / 7687 / 7690 - Faks : 07-453 6085
Email : ppa@uthm.edu.my
6. Universiti Malaya (UM)
- Ambilan Februari 2024
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan UM Februari melalui Laman Web Kemasukan yang dibuka sehingga 31 Januari 2024.
7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Kemasukan Februari 2025
- Lepasan STPM/Diploma/Setaraf
- Permohonan UTM Februari 2025 melalui Laman Web UTM bermula dari 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024
Permohonan UTM untuk kemasukan semester 2 sesi 2024-2025 secara online bagi program Ijazah Sarjana Muda terpilih termasuk program MJII akan dibuka pada bulan November 2024.
Pengajian sepenuh masa untuk program Ijazah Sarjana Muda UTM kemasukan Februari 2025 akan dijalankan di lokasi UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, tidak semua program pengajian peringkat Sarjana Muda ada ditawarkan pada sesi ambilan Februari 2025 ini.
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Kemasukan UTM Februari 2025 Online untuk Program Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan Diploma / STPM / Matrikulasi / Asasi / A-Level/ setaraf. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, program yang ditawarkan, aplikasi permohonan dan cara hubungi.
Tarikh Permohonan UTM Februari 2025 Online
Permohonan online UTM kemasukan Februari 2025 dibuka seperti tarikh berikut :-
- 1 November 2024 : Tarikh Buka
- 31 Disember 2024 : Tarikh Tutup
Aplikasi Permohonan Kemasukan Ke UTM
Pemohon boleh melayari Admission To UTM untuk membuat permohonan
Para pemohon juga boleh membuat semakan syarat permohonan serta mengetahui senarai dokumen permohonan yang diperlukan
Program Ijazah Sarjana Muda UTM Yang Ditawarkan
Senarai untuk sesi Februari 2025 akan dikemaskini. Program UTM yang ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2020 adalah seperti berikut :-
A. Lepasan Diploma (UTM Skudai)
- Bachelor of Engineering (Bio – Medical)
- Bachelor of Computer Science (Software Engineering)
- Bachelor of Computer Science (Network & Security)
- Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software)
- Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
- Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
- Bachelor of Technology with Education (Electric & Electronic)
- Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)
- Bachelor of Technology with Education (Living Skills)
- Bachelor of Science with Education (TESL)
- Bachelor of Science with Education (Sports Science)
- Bachelor of Science with Education (Islamic Studies)
B. Lepasan Diploma (UTM Kuala Lumpur)
- Bachelor of Electronic System Engineering
- Bachelor of Mechanical Precision Engineering
- Bachelor of Chemical Process Engineering
C. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level Atau Setaraf (UTM Skudai)
- Bachelor of Technology with Education (Building Construction)
- Bachelor of Technology with Education (Electric & Electronic)
- Bachelor of Technology with Education (Mechanical Engineering)
- Bachelor of Technology with Education (Living Skills)
- Bachelor of Science with Education (TESL)
- Bachelor of Science with Education (Sports Science)
- Bachelor of Science with Education (Islamic Studies)
D. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level Atau Setaraf (UTM Kuala Lumpur)
- Bachelor of Electronic System Engineering
- Bachelor of Mechanical Precision Engineering
- Bachelor of Chemical Process Engineering
Semakan Keputusan UTM Februari 2025
- Akan dikemaskini
- Keputusan kemasukan dan tawaran boleh disemak pada awal Januari 2025. Panduan semakan klik Semakan UTM Ambilan kedua 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan UTM dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
No Telefon : 07-5537 645/ 377961/ 37632
emel : upgrad@utm.my
8. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Ambilan Februari 2025
- Lepasan Diploma/STPM/Matriik/Asasi/Setaraf
- Permohonan UMK Februari 2025 melalui Laman Web UMK bermula dari 17 September 2024 hingga 6 Oktober 2024
Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang secara manual dan boleh dimuat turun pada link yang dikongsikan di bawah ini.
Syarat kemasukan dan program yang ditawarkan juga ada dikongsikan untuk panduan pemohon.
- Tarikh Buka Permohonan : 17 September 2024
- Tarikh Tutup : 6 Oktober 2024
- Semakan Keputusan : akan dikemaskini
- Pendaftaran Pelajar : akan dikemaskini
- Syarat Am : Terbuka Kepada pelajar lepasan Diploma sahaja (UA, Politeknik, IPTS, dan Vokasional) yang telah menamatkan pengajian
Pemohon dari kalangan lepasan Diploma/ setaraf perlu mengisi borang permohonan secara online melalui pautan di bawah
Arahan Kepada Pemohon
Borang permohonan UMK yang telah lengkap di isi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen yang disahkan untuk dimuat naik ke sistem seperti berikut:-
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
- Sijil SPM
- Sijil STPM
- Sijil STAM
- Sijil Matrik/ Asasi /Diploma
- Transkrip Matrik/ Asasi/ Diploma penuh/ transkrip semester
- Sijil MUET
Nota : Semua dokumen di atas hendaklah disahkan pegawai gred 41 ke atas/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
Program Pengajian UMK Yang Ditawarkan Pada Februari 2025
Sebelum membuat permohonan, pastikan pemohon telah terlebih dahulu mengenal pasti senarai program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pilihan yang telah ditetapkan.
Nota : *Sila pastikan pemilihan setiap program memenuhi keperluan Syarat Am dan Syarat Khas Kemasukan.
- Sila Layari : Semakan syarat kelayakan UMK
Senarai program Ijazah Sarjana Muda UMK bagi sesi Februari 2023/2024 adalah:
A. UMK Kampus Kota : Fakulti Sains Data dan Komputeran ( Lepasan STPM/ MATRIK/ ASASI/ Diploma )
- 1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
B. UMK Kampus Bachok : Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan ( Lepasan STPM/ MATRIK/ ASASI/ Diploma )
- Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian)
- Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)
Diantara Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ada ditawarkan pada ambilan kedua Februari 2023 adalah seperti berikut :-
FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (PROGRAM TEMUDUGA)**
- SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERUNCITAN) DENGAN KEPUJIAN
- KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (LOGISTIK & PERNIAGAAN PENGEDARAN) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN**
FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
- SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (HOSPITALITI) DENGAN KEPUJIAN
- KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN
- SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR (PROGRAM TEMUDUGA)
- DOKTOR PERUBATAN VETERINAR
FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PRODUK) DENGAN KEPUJIAN
- SAINS GUNAAN (AGROTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (JAMINAN MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI SAINS BUMI
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (GEOSAINS) DENGAN KEPUJIAN
- SAINS GUNAAN (SAINS KELESTARIAN) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS SUMBER ASLI) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BIOINDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN
- SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BAHAN) DENGAN KEPUJIAN
- SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI SUMBER HUTAN) DENGAN KEPUJIAN
9. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
- Ambilan Mac 2024
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan UTeM Mac 2024 melalui Laman Web UTeM bermula dari Disember 2023
Permohonan UTEM Mac 2024 secara online (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) ke Program Ijazah Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2023/ 2024 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2024. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda UTEM Semester 2 Sesi 2023/2024. Untuk makluman, permohonan kemasukan perlu dibuat secara atas talian (online).
Di bawah adalah tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke Universiti Teknikal Malaysia second intake kemasukan Mac 2024 :-
Tarikh Permohonan UTEM Mac 2024
- Tarikh Buka : 20 Disember 2023 (12.00 tengahari)
- Tarikh Tutup : 9 Januari 2024 (5.00 petang)
*Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh rasmi. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa
Cara Membuat Permohonan UTEM Secara Online
Berikut dikongsikan prosedur memohon UTEM semester 2 sesi 2023/ 2024 online. Permohonan perlu dibuat secara atas talian/ online.
Permohonan Secara Online boleh layari pautan berikut :-
Syarat Permohonan UTEM
Sebelum memohon, sila pastikan anda :-
- Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi Dan Diploma Yang Berkaitan Daripada UA/ Politeknik/ Universiti Swasta atau Setaraf
- Pemohon Perlu Memiliki Keputusan MUET Sekurang-kurangnya Band 2 Dan Tidak Aktif Di Mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta
Senarai Kursus UTEM Yang Ditawarkan Untuk Ambilan Februari
Lima (5) jenis kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2023/ 2024 di UTEM adalah seperti berikut.:-
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ( Proses Dan Teknologi ) Dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ( Reka Bentuk Produk ) Dengan Kepujian
Iklan Permohonan UTEM ambilan kedua sesi 2023-2024 boleh dirujuk di
Tarikh Penting Permohonan UTEM Semester 2 2023/2024 Online
Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan UTEM Ambilan Mac 2024 semester 2 sesi 2023/ 2024 buat panduan dan rujukan pelajar semua. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan di Laman Web UTEM dari semasa ke semasa.
- Tarikh Buka dan Tutup Aplikasi Permohonan Dalam Talian : 20 Disember 2023, 9 Januari 2024
- Hebahan Status Keputusan Permohonan : akan dikemaskini (12 tengah hari)
- Pendaftaran Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024 : akan dikemaskini
Semakan Keputusan UTEM Mac 2024 Online
Untuk membuat semakan keputusan tawaran UTEM, sila klik :-
- Semakan UTEM Semester II Sesi Akademik 2023/2024 (akan dikemaskini)
- Tempoh setuju/tolak tawaran: akan dikemaskini
Cara Hubungi
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
Alamat & Lokasi
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka
- Tel Bahagian Pengurusan Akademik: +606 270 1990/ 1960/ 1963/ 1964/ 2846/ 1967
- Emel: bpa@utem.edu.my
10. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Ambilan Mac 2024
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan USIM Mac 2024 melalui Laman Web USIM sehingga 29 Disember 2023 sahaja
11. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Pengambilan kedua sesi 2024/2025
- Kemasukan Mac 2025
- Program Sarjana Muda
- Permohonan UMP Ambilan Kedua melalui Laman Web UMP bermula 15 November 2024 hingga 25 Disember 2024
12. Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
- Kemasukan Januari 2025
- Lepasan STPM/ setaraf
- Permohonan JPPKK melalui Laman Web JPPKK bermula dari 4 Oktober 2024 hingga 4 November 2024
Semoga Senarai Universiti Yang Menawarkan Pengambilan Kedua sesi 2024-2025 boleh dijadikan buat pelajar lepasan SPM dan STPM/ setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke UA terpilih. Selamat membuat permohonan kemasukan ambilan kedua UA dan didoakan semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.