Tahniah kepada pemilih berdaftar yang berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dengan mengundi pada PRU yang lepas. Susulan pelantikan PM ke 10 oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November 2022, teka-teki mengenai Anggota Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan akan terjawab dan diumumkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit masa lagi. Berikut dikongsikan senarai Menteri Kabinet Malaysia terbaharu. Ianya mengandungi anggota kabinet iaitu nama menteri dan timbalan menteri, nama kementerian dan parti politik
Kerajaan sekarang yang dibentuk membabitkan penyertaan tiga komponen utama membabitkan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN – UMNO, MCA MIC)) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Lain-lain parti atau gabungan yang menyokong Kerajaan Perpaduan termasuklah GRS Sabah, Warisan.
Senarai Isi Kandungan
Ahli-Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2023
12 Disember 2023 : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan menteri kabinet Malaysia selepas setahun Kerajaan Madani. Rombakan Kabinet dibuat berdasarkan penyesuaian dan keperluan semasa bidang-bidang terlibat melibatkan rombakan seperti berikut :-
1. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II
2. Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Luar
3. Fadillah Yusof kekal Timbalan Perdana Menteri, pegang portfolio Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
4. Fahmi Fadzil dilantik Menteri Komunikasi, timbalan Teo Nie Ching
5. Zambry Abdul Kadir dilantik Menteri Pendidikan Tinggi
6. Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi yang baharu
7. Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo dilantik Menteri Digital
8. Dr Dzulkefly Ahmad dilantik sebagai Menteri Kesihatan
9. Armizan Mohd Ali dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
10. Dr Zaliha Mustafa dilantik Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan)
24 November 2022 : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di sini, 5.06 petang. Yang DiPertuan Agong (YDPA) memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ia selepas Seri Paduka mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (19 November) lalu.
21 November 2022 – Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media telah mengumumkan barisan senarai menteri kabinet Malaysia kerajaan perpaduan. Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Beliau mengumumkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof – yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) – sebagai timbalan perdana menteri.
Zahid juga dilantik menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti. Anwar pula memegang portfolio kewangan.
Barisan Menteri Kabinet 2023 Terkini (Kerajaan Perpaduan Di Bawah PM Anwar Ibrahim)
Berikut ialah senarai Ahli Jemaah Menteri susulan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari Selasa, 12 Disember 2023 beserta info nama, kementerian dan timbalan menteri:
1) Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim (kekal)
2) Menteri Kewangan 2
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (baharu)
Timbalan Menteri Kewangan
Lim Hui Ying (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan)
3) Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kekal)
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Rubiah Wang (kekal)
4) Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Datuk Seri Fadillah Yusof (kementerian baharu, pecahan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atau NRECC).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Akmal Nasrullah Mohd Nasir (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan)
5) Menteri Pengangkutan
Anthony Loke Siew Fook (kekal)
Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Hasbi Habibollah (kekal)
6) Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Datuk Seri Mohamad Sabu (kekal)
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Datuk Arthur Joseph Kurup (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)
7) Menteri Ekonomi
Rafizi Ramli (kekal)
Timbalan Menteri Ekonomi
Datuk Hanifah Hajar Taib (kekal)
8) Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming (kekal)
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Aiman Athirah Sabu (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
9) Menteri Luar
Datuk Seri Mohamad Hasan (bertukar portfolio, sebelum ini Menteri Pertahanan)
Timbalan Menteri Luar
Datuk Mohamad Alamin (kekal)
10) Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kekal)
Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Ahmad Maslan (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)
11) Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kekal)
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (kekal)
12) Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kekal)
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Liew Chin Tong (kekal)
13) Menteri Pertahanan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (bertukar portfolio, sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi)
Timbalan Menteri Pertahanan
Adly Zahari (kekal)
14) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Chang Lih Kang (kekal)
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Mohammad Yusof Apdal (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi)
15) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Nancy Shukri (kekal)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (baharu)
16) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
Datuk Seri Azalina Othman Said (kekal)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)
M Kulasegaran (baharu)
17) Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Nik Nazmi Nik Ahmad (kementerian baharu, pecahan daripada NRECC)
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Datuk Seri Huang Tiong Sii (kekal, kementerian baharu)
18) Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Ewon Benedick (kekal)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk R Ramanan (baharu)
19) Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (bertukar portfolio, sebelum ini Menteri Luar)
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia)
20) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Datuk Seri Tiong King Sing (kekal)
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Khairul Firdaus Akbar Khan (kekal)
21) Menteri Komunikasi
Fahmi Fadzil (kementerian baharu, pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)
Timbalan Menteri Komunikasi
Teo Nie Ching (kekal, kementerian baharu)
22) Menteri Pendidikan
Fadhlina Sidek (kekal)
Timbalan Menteri Pendidikan
Wong Kah Woh (baharu)
23) Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Anak Dagang (kekal)
Timbalan Menteri Perpaduan
Saraswathy Kandasami (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
24) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kekal)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Dr Zulkifli Hassan (baharu)
25) Menteri Belia dan Sukan
Hannah Yeoh (kekal)
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Adam Adli Abd Halim (kekal)
26) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Dr Zaliha Mustafa (bertukar portfolio, sebelum ini Menteri Kesihatan)
27) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Datuk Armizan Mohd Ali (bertukar portfolio, sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas])
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Fuziah Salleh (kekal)
28) Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Johari Abdul Ghani (baharu)
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Chan Foong Hin (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan)
29) Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (baharu)
Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Lukanisman Awang Sauni (kekal)
30) Menteri Digital
Gobind Singh Deo (kementerian baharu, pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital)
Timbalan Menteri Digital
Datuk Ugak Anak Kumbong (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas])
31) Menteri Sumber Manusia
Steven Sim Chee Keong (baharu)
Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (bertukar portfolio, sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya)
Moga Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2023 (Kerajaan Persekutuan) yang dilantik dapat membawa kemajuan Malaysia ke arah negara yang maju. Tahniah kepada YB dilantik, semoga Malaysia terus maju aman dan makmur di bawah pimpinan parti baharu yang memerintah.
Related : tengku datuk seri dr dzulkefly ahmad, undang dan reformasi institusi, kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri, timbalan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal agama datuk, sabah sarawak dan kelestarian alam datuk seri huang tiong sii, tengku datuk seri alexander nanta linggi,