Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Kelantan Tahun 2024/ 1445H. Panduan buat warga Kelantan yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak untuk puasa Ramadhan tahun ini. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan untuk tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah.
Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak Negeri Kelantan. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024.
Senarai Isi Kandungan
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan Tahun 2024/ 1445H
Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa dan Imsak Kelantan 1445H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Kelantan untuk tahun 2024 yang dibahagikan kepada 2 zon iaitu :-
Zon 1
Jajahan Kota Bharu. Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, (Daerah Chiku)
NOTA: Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Kelantan)
* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Zon 2
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Negeri Kelantan Zon 2:-
Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas & Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa
Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-
i) Bersahur dan mengakhirkan sahur
Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-
- “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-
- “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya
- “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air
ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari
Sabda Rasulullah SAW maksudnya
- Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah
iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan
Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan
iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,
v) Tadarus al-Quran
Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Kelantan 2024 boleh dijadikan panduan buat warga Kelantan yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadhan.