Senarai Aplikasi KPM Online Beserta Pautan Laman Web. Pautan URL aplikasi penting kementerian pendidikan malaysia untuk guru, murid, sekolah, peperiksaan dan nama aplikasi,

Senarai Aplikasi KPM (Murid, Guru, Sekolah, Peperiksaan)

Berita baik buat semua rakyat Malaysia khususnya warga sekolah. Adakah anda seorang murid, guru atau kakitangan sekolah? Tahukah anda tentang pemakluman senarai aplikasi di bawah KPM yang merangkumi aplikasi untuk kegunaan murid, guru, sekolah, peperiksaan dan lain-lain? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Aplikasi KPM di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia  berkaitan Murid, Guru, Sekolah dan Peperiksaan beserta laman web buat rujukan semua.

Terdapat pelbagai aplikasi yang diperkenalkan di bawah KPM yang dibangunkan untuk memenuhi pelbagai jenis keperluan dan tujuan. Aplikasi untuk murid sahaja sudah mencecah 34 buah sistem, terdapat 18 aplikasi bagi para guru, 12 bagi sekolah, 23 aplikasi untuk peperiksaan dan 152 aplikasi bagi lain-lain tujuan.

Senarai Aplikasi KPM di bawah kementerian pendidikan malaysia

Senarai Aplikasi KPM Online (Pautan Laman Web)

Berikut dikongsikan sebahagian daripada senarai aplikasi KPM yang merangkumi aplikasi pelbagai tujuan untuk murid, guru, sekolah, peperiksaan dan lain-lain.

Maklumat yang dikongsikan termasuk nama aplikasi dan keterangan serta penggunaan.

i) Aplikasi Murid KPM

  1. Sistem Rancangan Pendidikan Individu (e-RPI) : Pelan Pendidikan Individu dan Rancangan Pendidikan Individu (PPI_RPI)
    • Sistem Rancangan Pendidikan Individu secara dalam talian melalui Projek Rintis RPI Online bagi MBK di bawah program kolaboratif KPM dengan United Nation Children’s Fund (UNICEF)
  2. Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)
    • Aplikasi ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada orang awam membuat permohonan dalam talian bagi urusniaga berikut:
    • Permohonan dan keputusan kemasukan ke tahun 1 bagi Negeri Selangor dan Putrajaya
    • Permohonan dan keputusan kemasukan tingkatan 1 ke sekolah kawalan
  3. Modul Pengurusan Murid ePKHAS : Sistem Pengurusan Kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Murid Berkeperluan Khas ke SMPK dan SMPKV (e-PKHAS)
    • Sistem ini dibangunkan untuk menyimpan, memproses dan mencapai maklumat pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 ke Sekolah Pendidikan Khas/ /SMPKV.
  4. Sistem Pengurusan Kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (e-SSeM) 
    • Sistem ini dibangunkan untuk menyediakan kemudahan bagi urusan kemasukan ke Sekolah Seni secara online daripada permohonan, temuduga, pemilihan dan tawaran kemasukan. Ianya dilaksanakan mengikut sesi kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.

ii) Aplikasi Guru KPM

Berikut adalah senarai aplikasi KPM untuk guru beserta pautan laman web :-

  1. Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) 
    • Dibangunkan bagi urusan NPQEL dan kenaikan pangkat Pengetua/ Guru Besar
  2. Modul Pengurusan Guru : Naik Pangkat & Semakan Naik Pangkat 
    • Sistem ini dibangunkan untuk urusan kenaikan pangkat dan semakan keputusan kenaikan pangkat
  3. Sistem Operasi Data (EOperasi)
    • Sistem ini dibangunkan untuk menyimpan, memproses dan mencapai maklumat Staf di Sekolah

iii) Aplikasi Sekolah KPM

  1. Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) 
    • Sistem ini dibangunkan untuk mengumpul maklumat prasekolah meliputi institusi, kelas, guru, PPM dan murid untuk agensi pelaksana KPM, swasta, KEMAS dan Perpaduan
  2. Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta (SMIPS) 
    • Sistem ini dibangunkan untuk urusan menyimpan, memproses dan mencapai maklumat Pendaftaran institusi pendidikan swasta
  3. Sistem Maklumat Penaziran (ENAZIR)
    • Turut dipanggil sebagai Sistem Maklumat Penaziran yang telah diwujudkan sebelum ini lagi. Sistem eNazir ini telah menjadi jemaah kualiti yang sangat penting dalam sistem pendidikan negara
  4. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) https://apdm.moe.gov.my/ 
    • Satu pangkalan data tunggal murid yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan data murid di KPM dan beberapa agensi awam. Boleh diakses oleh guru atau pegawai yang diturunkan tugas oleh pengetua atau guru besar untuk memasukkan segala data berkaitan murid seperti biodata, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan kehadiran murid-murid.

iv) Aplikasi Peperiksaan KPM

  1. Sistem Pengurusan Peperiksaan Awam (SISPPA)
    • Sistem ini dibangunkan bagi menguruskan proses peperiksaan perkhidmatan untuk tujuan pengesahan jawatan bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Lantikan SPP (PKP)
  2. Sistem Pendaftaran SPMU, SPM Persendiriian (SPPAT)
    • Untuk memasukkan maklumat pendaftaran calon persendirian SPMU dan SPM
  3. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPSNKRA)
  4. Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR, SPM, SPMU & STAM
    • Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Aplikasi Lain-Lain KPM

  1. Semak Cek dan EFT Batal (KWSG) 
    • Sistem ini dibangunkan untuk semakan secara online senarai cek & EFT yang belum dituntut
  2. Sistem Pengurusan Kumpulan Wang Sekolah (eSPKWS) 
    • Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk mengurus, merekod dan memantau pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah
  3. Sistem Permohonan Bantuan Yuran Persekolahan Swasta JPN Johor (YURAN)
    • Sistem Permohonan Bantuan Yuran Prasekolah Swasta

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan senarai penuh aplikasi KPM, klik pada pautan di bawah untuk download/ muat turun:

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Senarai Aplikasi KPM (Murid, Guru, Sekolah, Peperiksaan) ini dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga sistem aplikasi yang dibangunkan KPM dapat memudahkan urusan anda.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *