Contoh Soalan UKSBP Dan Semakan Ujian Kemasukan SBP 2020 Online, Cara semak keputusan nama layak menduduki UKSBP dan lokasi pusat ujian,

Contoh Soalan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Perhatian buat pelajar yang ada membuat application ke SBP ambilan tahun 2020. Berikut dikongsikan maklumat Semakan UKSBP 2020 Online beserta contoh soalan UKSBP Ujian Kemasukan SBP yang telah diperkenalkan pada beberapa tahun lepas. Murid yang memohon ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu menyemak pusat UKSBP atau keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada tarikh yang akan diumumkan samada layak terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang dijangka berlangsung sekitar Oktober 2019.

UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat diterima masuk ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4). UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan di mana tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Untuk tahun 2020, ianya digantikan dengan PKSK.

Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh selain perlu melepasi syarat masuk ke SBP. Prosedur pemilihan baru ini mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.

Semakan UKSBP dan contoh soalan ujian kemasukan sbp

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP.

Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2020

Semakan UKSBP 2020 :-

Tingkatan 1 pada 4 Oktober 2019

Pautan : Semakan Layak UKSBP Form 1

Tingkatan 4 pada 11 Oktober 2019

Pautan : https://sst4.moe.gov.my/

FAQ Permohonan SBP 2020

Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.

Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP

Tarikh Ujian UKSBP Tahun 2020

Tarikh ujian adalah pada

1. UKSBP bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019

2. Untuk Tingkatan 4 pula, UKSBP akan dilaksanakan secara serentak di 69 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019

Ujian Kelayakan Kemasukan Ke SBP

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan SBP beserta dengan maklumat lanjut contoh soalan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Tarikh Penting Permohonan SBP 2020 Tingkatan 1 dan 4

Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September

Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September

Nota : Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM

Berpakaian lengkap sekolah dan membawa pen/ pensel

Hadir sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sesi bermula untuk urusan pendaftaran

Pertukaran pusat/ hari/ sesi TIDAK dibenarkan kecuali kecemasan

Tidak membawa alat komunikasi di pusat ujian

Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.

SQ : Ukuran kemampuan jiwa dalam menangani kehidupan seharian

EQ : Ukuran kemampuan emosi sendiri dan terhadap orang lain

IQ : Ukuran kemampuan intelektual, rasional dan logik

SSQ : Ukuran kemampuan rohani individu

Soalan terbahagi kepada 5 komponen:

A. IQ : 10 Soalan

B. EQ : 10 Soalan

C. SQ : 10 Soalan

D. SSQ : 10 Soalan

E. Pengetahuan Am. 10 Soalan

Jumlah: 50 Soalan

NOTA : Komponen di atas adalah berdasarkan kepada UKSBP ambilan tahun 2019 dan tertakluk kepada perubahan dari KPM untuk ambilan tahun 2020

Untuk ujian melibatkan secara dalam talian dan temuduga bersemuka (khas untuk SBP ULUL ALBAB – SBP TERARAH KEAGAMAAN) pastikan murid-murid mahir dalam ilmu tajwid, bacaan lancar dan hukum Al Quran

Contoh Soalan UKSBP

Berikut adalah beberapa contoh soalan UKSBP tahun sebelumnya yang berkisar kepada pengetahuan am, sejarah, isu semasa, matematik, psikologi, sains dan sebagainya:-

Labu sayong asal dari negeri mana

Adat Pepatih negeri mana

Pencipta Jalur Gemilang

Produk keluaran Proton

Tindakan jika anda dibuli oleh kawan

Tindakan anda jika adik mengoyakkan kerja sekolah anda

Siapa pengasas Facebook

Tindakan jika kawan Facebook ajak temujanji

Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas

Namakan bapa kemodenan Malaysia

Huraikan tentang Fotosentisis

Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa

Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?

Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang

Wau dari mana?

Pulau Pangkor terletak di mana?

Kaum terbesar di Sabah

Gelaran buat jaguh pecut basikal negara

Nama pemain bolasepak Sepanyol

Soalan menguji pelajar berkaitan tinggal di asrama

Tasik terkenal di Terengganu

Tarikh penubuhan Malaysia

Math : Soduko, operasi bergabung, nisbah

Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat

Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda

Apakah nama ibu negara Malaysia

Le Tour de Langkawi sukan apa

Kalau tak sesuai duduk di asrama nak buat apa

Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda

Kalau tersepak bola kena tingkap nak buat apa

Berikut diantara FAQ berkaitan UKSBP 2020 yang perlu diberikan perhatian serta rujukan buat para pelajar dan ibu bapa.

1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

2. Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

3. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?

Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan melalui laman sesawang (seperti perkara 1) pada 4 Oktober 2019 bagi tingkatan 1 (satu) dan pada 11 Oktober 2019 bagi Tingkatan 4 (Empat)

4. Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?

UKSBP bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019

UKSBP bagi Tingkatan 4 (Empat) pula akan dilaksanakan secara serentak di 69 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019

Nota Penting UKSBP

Murid yang memohon untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada tarikh yang telah ditetapkan.

Selain UKSBP yang kali kedua diadakan, pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 juga akan berdasarkan merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Prosedur baharu diharapkan dapat melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.

Maklumat pertanyaan lazim SBP, sila klik FAQ Permohonan SBP 2020

Semoga perkongsian maklumat dan maksud Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) bermanfaat buat semua pemohon. Kepada pelajar yang layak, sila hadir ke UKSBP pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan bagi membolehkan hasrta untuk memasuki SBP tercapai.

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Selain syarat pemilihan murid Tingkatan 1 dan 4 yang dikongsikan di bawah ini, murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan, pemilihan pelajar ke Tingkatan 1 juga adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pemilihan Murid Tingkatan 1

Murid mestilah warganegara Malaysia

Murid Sekolah Kebangsaan (SK)

Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP

Murid cemerlang akademik

Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

Murid mestilah warganegara Malaysia

Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP

Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)

Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)

Murid aktif dalam kokurikulum

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam Semakan UKSBP 2020 Online Ujian Kemasukan SBP. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP yang dihajati.

Related : murid perlu contoh soalan ujian kemasukan sekolah berasrama penuh uksbp tahun 2018 salah satu syarat kemasukan kementerian pendidikan malaysia, senjata kebesaran diraja syarat kemasukan ke sbp, 3 muka surat kerja, contoh soalan pksk, eq sq dan ssq, menjawab soalan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *