Cara Semak Status Permohonan Kad Pengenalan MyKad Dan MyKid Online. Panduan buat mereka yang ada membuat permohonan kad pengenalan atau IC di Malaysia. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan sistem Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid secara online dan SMS. Ianya sekaligus membantu pemohon untuk mengetahui status permohonan Kad Pengenalan MyKad dan MyKid mereka samada sudah siap atau belum. Semakan juga boleh dibuat untuk permohonan MyPR dan MyKAS.
Sistem online semakan ini memudahkan rakyat Malaysia dalam urusan dengan pihak berkaitan dengan lebih pantas. Ianya sekaligus memudahkan pengguna untuk tidak perlu datang ke Pejabat JPN hanya sekadar untuk menyemak status permohonan mereka.
Senarai Isi Kandungan
Cara Semak Status Kad Pengenalan Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan kad pengenalan mykad/ mykid online dan sms. Diantara kaedah semakan yang boleh digunakan oleh pengguna adalah seperti berikut :-
TERKINI: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan bahawa permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) dibuka semula bermula 29 Julai 2024.
Permohonan dibuka semula selepas permohonan ditangguhkan sementara kerana isu bekala cip bagi kad MyKid tersebut. Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid, tetapi cetakan ditangguh, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di Portal Rasmi JPN sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih. Tempoh untuk membuat semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai 2024 hingga 31 Oktober 2024. Selepas tempoh tersebut, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
A. Semakan Status Permohonan MyKad Dan MyKid Online Dan SMS
Untuk makluman, MyKad adalah kad pengenalan untuk Warganegara Malaysia. MyPR adalah untuk pemastautin tetap manakala MyKAS untuk pemastautin sementara. MyKid adalah untuk kanak-kanak.
1. Semakan Online MyKad, MyPR & MyKAS
Satu laman web khas untuk kemudahan pemohon dalam menyemak status permohonan kad pengenalan mereka.
Skrin utama akan dipaparkan apabila pengguna berjaya mengkases sistem semakan.
- Masukkan No KP anda di ruangan yang disediakan. No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan
- Contoh : 501212113343
- Isikan CAPTCHA dan tekan butang SEMAK
- Status permohonan akan dipaparkan
2. Semakan Status Permohonan MyKid Online
Untuk kanak-kanak, semakan status permohonan juga ada disediakan.
Klik MyKid untuk membuat semakan
- Masukkan No KP anda di ruangan yang disediakan. No KP boleh didapati dari resit rasmi permohonan
- Contoh : 090705020223
- Isikan CAPTCHA dan tekan butang SEMAK
- Status permohonan akan dipaparkan
B. Semakan Melalui Kaedah SMS
Status permohonan juga boleh disemak melalui kaedah perkhidmatan MySMS dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut.
1) MyKad
Taip JPN<jarak>MYKAD<jarak>No Kad Pengenalan
Hantar SMS ke 15888
Contoh JPN MYKAD 501212113343
2) MyKid
Taip JPN<jarak>MYKID<jarak>No MyKid
Hantar SMS ke 15888
Contoh JPN MYKID 151212113343
Caj perkhidmatan sebanyak RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran. Caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20.
Maklumat Lanjut
Untuk panduan lengkap, klik Manual Pengguna semakan status kad pengenalan untuk rujukan. Selain itu, JPN ada menyediakan khidmat JPN Zoom : Serahan MyKad secara pandu lalu di JPN Putrajaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara, sila layari laman Facebook JPN.
Selamat membuat Semakan Status Permohonan MyKad/ MyKid Online. Semoga dengan adanya sistem semakan ini dapat memudahkan dalam mengetahui status permohonan kad pengenalan anda dengan pantas dan mudah.