Bagaimana cara semak saman (check saman polis/ jpj) samada anda mempunyai saman tertunggak atau tidak? Kini semuanya lebih mudah dan pantas untuk membuat semakan saman secara online iaitu saman trafik PDRM (Polis DiRaja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES). Pemandu atau pemilik kenderaan mempunyai pilihan samada menggunakan semakan secara atas talian/ online ataupun menggunakan perkhidmatan semakan melalui SMS selain secara manual di kaunter jabatan terbabit.
Perkhidmatan check saman yang moden dan canggih ini sekaligus dapat memudahkan para pengguna untuk menyemak jika ada kesalahan jalanraya yang dilakukan oleh mereka samada di jalan biasa atau lebuhraya. Lokasi kamera AES/ AWAS boleh dirujuk pada content di bawah ini. Ianya sekaligus memudahkan mereka untuk membuat pembayaran saman.
Senarai Isi Kandungan
Cara Semakan Saman Trafik PDRM JPJ AES Online Dan SMS
Berikut dikongsikan beberapa kaedah semak saman PDRM, JPJ dan AES melalui semakan atas talian dan SMS. Terdapat banyak kaedah check saman yang disediakan dan pengguna pastinya tidak menghadapi masalah dalam membuat semakan status saman mereka.
Diskaun Saman
TERKINI Disember 2023: Bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, PDRM akan melaksanakan program diskaun kompaun saman trafik sehingga 50% mulai 8 hingga 10 Disember 2023. Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di Stadium Nasional Bukit Jalil.
April 2023: Perdana Menteri mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman oleh PDRM sempena sambutan Aidilfitri. Setiap saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya boleh dilunaskan pada kadar harga RM50 bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023. Kadar ini walaubagaimanapun tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023.
KEMASKINI: PDRM menawarkan diskaun saman polis sehingga 60% mulai 20 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada saman terpilih. Kaedahnya melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara. Ianya bersempena Hari Polis Ke-216. Untuk info lanjut rujuk Facebook JSPT KL.
KEMASKINI: PDRM menawarkan diskaun saman polis sehingga 50% mulai 10 Januari 2023 sehingga 12 Januari 2023 (8.30 pagi hingga 4.30 petang). Tempatnya terletak di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee, 50000 Kuala Lumpur. Untuk info lanjut rujuk Facebook JSPT KL.
Diskaun Saman JPJ:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun pembayaran saman sebanyak 80 peratus bagi semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) bermula 9 Disember 2021 sehingga 12 Disember 2021 sempena Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Bagaimanapun, tawaran itu tidak terpakai bagi kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan. Urusan pembayaran notis saman boleh dibuat di tempat acara tersebut diadakan iaitu KLCC, semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).
Diskaun Saman PDRM : Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Polis Diraja Malaysia, (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80% bermula dari 9 hingga 12 Disember 2021. Pembayaran saman boleh dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman dan di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah seluruh negara selama tempoh (4) hari sahaja
Tempoh pembayaran saman trafik dengan diskaun sehingga 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keputusan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat.
Menurutnya, tempoh lanjutan itu juga bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.
A) SEMAKAN SAMAN POLIS TRAFIK ONLINE (CHECK SUMMONS ONLINE)
Empat (4) portal semakan yang ada menyediakan perkhidmatan untuk menyemak saman trafik secara online dan percuma adalah seperti berikut :-
1.MyBayar Saman (PDRM)
Ketua Polis Negara telah melancarkan sebuah aplikasi untuk membayar saman PDRM pada 25 Mac 2021. Pengguna yang baharu mendaftar aplikasi MyBayar Saman melalui portal RASMI atau aplikasi di Google playstore, Apple store atau Huawei AppGallery. Muat turun aplikasi pada pautan:
Selepas mendaftar masuk ke aplikasi myBayar Saman, sistem akan memaparkan saman-saman yang perlu dibayar dan klik “Bayar” pada butiran saman yang dikehendaki. Pembayaran saman hendaklah dibuat secra online
2. Portal Rasmi JPJ (mySIKAP)
Anda juga boleh membuat semakan secara online tanpa perlu register terlebih dahulu melalui Portal rasmi semakan Jabatan Pengangkutan Jalan. Namun semakan hanya memaparkan saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja.
JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan camera (gambar dan video).
Layari Portal Rasmi JPJ (mySIKAP)
Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan aplikasi mySIKAP dengan mengikuti langkah seperti berikut:
1.Klik pautan Daftar/ Log Masuk Kali Pertama
2. Lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan dan klik Teruskan
3. Kemaskini maklumat berkenaan pengguna yang dipaparkan dan pastikan ianya betul dan tepat
4. Klik Teruskan dan skrin pengesahan akan dipaparkan
5. Klik Ya dan paparan pendaftaran anda berjaya akan terpapar
6. Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara di halaman utama untuk menyemak dan membayar saman daripada JPJ
3. MyEG Services
Saman yang dikeluarkan oleh JPJ dan AES juga boleh disemak di Laman Web MyEG. Berikut adalah cara-cara check saman dengan mudah serta pantas dan yang pentingnya langganan servis adalah percuma:-
Layari Laman Web MYEG.
Pengguna baru perlu membuat pendaftaran sekiranya pertama kali menggunakan MYEG.
Setelah mendaftar, Login menggunakan nama (ID dan NO) dan kata laluan.
Pengguna sediada boleh terus login masuk dengan gunakan nama serta kata laluan sediada
Seterusnya Klik eServices pada menu. Pilih jabatan yang berkaitan samada JPJ atau PDRM (Pengguna akan dibawa ke laman MyBayar). Untuk saman AES, sila pilih JPJ.
Pilih pautan yang berkenaan untuk membuat semakan jika terdapat sebarang saman. Anda juga boleh membayar saman kenderaan anda.
MYEG ada juga menyediakan perkhidmatan menghantar peringatan ke email sekiranya terdapat saman baru buat pengguna.
B) CHECK SAMAN : SMS
Untuk makluman, perkhidmatan semak saman melalui SMS diberhentikan buat masa ini. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di bawah adalah maklumat semakan melalui SMS terdahulu sebagai rujukan untuk orang ramai.
Perkhidmatan semak saman polis trafik PDRM, JPJ dan AESonline juga boleh dibuat menggunakan khidmat mySMS. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.
Contoh semak saman Polis : Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan. Hantar ke 15888 atau 32728
Berikut dikongsikan cara untuk semak saman trafik melalui SMS:
1) Semak Saman PDRM Melalui SMS
Taipkan mesej berikut pada telefon mudah alih anda,
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan
Seterusnya, hantarkan SMS ke 15888 atau 32728.
Contoh:
POLIS SAMAN 881110112663 atau POLIS SAMAN WWP4567
Untuk maklumat jawapan yang terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan OR No kenderaan<jarak>email
dan hantarkan ke 32728. Perincian maklumat saman akan dihantar ke alamat email yang telah berikan.
Contoh:
POLIS SAMAN 881110112663 azroy88@gmail.com
2. Semakan saman JPJ melalui SMS
Semak Saman JPJ juga boleh disemak secara SMS seperti berikut :-
Taipkan JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Kad Pengenalan atau No kenderaan
Hantar SMS ke 15888
Contoh:
JPJ SAMAN 881110112663 atau
JPJ SAMAN WWP4567
Hantar ke 15888
Senarai Kesalahan Utama Op Selamat
Op Selamat 16 akan diadakan bermula dari 18 Januari 2020 sehingga 1 Februari 2020 secara ‘Total Enforcement and Services’. 6 kesalahan utama Op Selamat iaitu :
i) Memandu melebihi had laju;
ii) Memandu di lorong kecemasan;
iii) Memotong di garisan berkembar;
iv) Memotong Queue;
v) Tidak mematuhi lampu isyarat; dan
vi) Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.
Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan jalan raya tersebut, di mana saman maksimum RM300 akan dikenakan serta-merta kepada mereka.
Senarai Kadar Kompaun Saman
Berikut adalah senarai harga asal saman bagi setiap kesalahan dan harga ini akan meningkat jika lewat bayar.
Polis
1.Tiada Lesen Kend Motor RM150
2. Pandu Guna Alat Komunikasi RM150
3. Tidak Pamer “P” Depan/ Belakang RM70
4. Potong Secara Bahaya-Potong Q RM150
5. Memandu Di Lorong Kecemasan RM300
6. Kesalahan Lampu Merah RM150
7. Halangan Lalulintas RM150
8. Tak Boleh Buat Pusing U RM150
9. Lampu Isyarat Kenderaan RM100
10. Larang Letak Kenderaan RM150
11. Larang Memotong RM150
12. Tidak Pakai Topi Keledar RM100
13. Melebihi Had Laju RM150
SUMBER : Laman Interaktif Trafik PDRM
JPJ
Muat turun senarai kadar kompaun dalam PDF
Lokasi AES/ AWAS (Hadlaju)
Berikut dikongsikan senarai lokasi camera awas di seluruh malaysia meliputi lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 110 KM/J:
- KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Aarah Kuala Terengganu)
- KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)
- KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)
- KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)
- KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)
- KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan)
- KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)
- KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)
- KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)
- KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)
Di bawah pula adalah lokasi penguatkuasaan bagi hadlaju 90 KM/J dan ke bawah
- KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
- 301.6 KM Lebuhraya PLUS (Arah utara)
- KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)
- KM 6.6 Lebuhraya SKVE : 80 KM/J
- KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya : 70 KM/J
Lokasi Kamera AES/ AWAS (Lampu Isyarat)
Berikut adalah 16 lokasi kamera iaitu jenis penguatkuasaan lampu isyarat (Traffic lights).
- Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
- KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)
- KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
- KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth
- KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut)
- KM 11 Jalan Sitiawan-Ipoh
- KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh)
- KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur)
- KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)
- KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth
- KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)
- Jalan Pasir Putih, Ipoh
- Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
- KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)
- KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang
- KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)
Semakan Senarai Hitam JPJ Secara Online Dan SMS
Diblacklist atau disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah perkara yang perlu dielakkan oleh setiap pemandu kenderaan di Malaysia. Hendak tahu Cara Semak Senarai Hitam JPJ? Semakan status senarai hitam JPJ boleh disemak secara online dan melalui perkhidmatan semakan SMS.
Untuk mengelak dari disenaraihitamkan, pemandu boleh menjelaskan saman trafik PDRM/ JPJ dan agensi lain dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pemandu juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalanraya dan pelesenan kenderaan bagi mengelak dari disaman.
Dengan kecanggihan teknologi masa sekarang, semakan status senarai hitam JPJ dan semak saman kini lebih mudah dan pantas. Hanya di hujung jari anda sahaja, Berikut 2 kaedah semakan dalam mengetahui anda disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Road Transport Department) atau tidak.
A. Cara Semak Senarai Hitam JPJ Secara Online
Sila layari Portal Rasmi JPJ di Laman check status blacklist JPJ
1.Melalui Menu * Jenis Senarai Hitam, Klik menu dropdown dan pilih “Kenderaan” atau “Lesen”
2. Pilih * Sumber Senarai Hitam : JPJ atau Agensi
3. Sila masukkan nombor ID (MyKad / MyPR / Paspot / Polis / Tentera / Syarikat / Pertubuhan) dan masukkan nombor plat pendaftaran kenderaan.
4. Masukkan kod sekuriti dan tekan butang “SEMAK”
5. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah borang semakan, di bawah tajuk “HASIL CARIAN”.
Nota Semakan
Sila pilih Nombor ID dan Nombor Pendaftaran Kenderaan.
(Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).
Yang bertanda * wajib diisi.
B. Check Blacklist JPJ Melalui SMS
Semakan status senarai hitam melalui SMS adalah menggunakan khidmat mySMS. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat semakan SMS.
JPJ<jarak>BLACKLIST<jarak>No. Kad Pengenalan atau No pendaftaran kenderaan
Hantarkan SMS ke 15888
Contoh semakan
JPJ BLACKLIST 810104056623 atau JPJ BLACKLIST BEP4567
Caj perkhidmatan sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan caj 20 sen untuk penerimaan setiap mesej.
Maklumat Lanjut
Sistem transaksi dalam talian JPJ juga menyediakan semakan seperti berikut yang tdiak memerlukan daftar masuk serta ianya percuma:-
1.Cek Saman
2. Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
3. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
4. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
5. Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1
6. Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini
Walaupun perkhidmatan Semak Saman Trafik PDRM JPJ AES Online Dan SMS kini lebih mudah dan pantas, pengguna adalah dinasihatkan untuk memandu dengan berhemah untuk mengelakkan dari disaman.
Kepada mereka yang ada mempunyai saman tertunggak, sila selesaikan saman bagi mengelak dari dimasukkan nama ke dalam senarai hitam PDRM atau JPJ. Semoga perkongsian cara check saman ini bermanfaat buat semua. Selamat membuat semakan secara online dan SMS.
Rel : nombor kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, sebarang caj, cara untuk menyemak saman, taip polis jarak saman jarak no kad pengenalan atau no plat kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728, aes secara online dan sms, rangkaian interaktif laman elektronik kerajaan, nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888 atau 32728, sistem keselamatan kesedaran automatik awas, klik pada menu search by kemudian pilih semak saman,