Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma. Kategori B40 BSH iaitu check myfreeview online serta sms meliputi syarat kelayakan.

Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV Online. Siaran TV Digital bertaraf dunia Myfreeview? Bagaimanakah cara untuk membuat semakan nama samada layak atau tidak untuk mendapatkan Dekoder MYTV secara PERCUMA? Berikut dikongsikan cara membuat Semakan MYTV Online iaitu Nama Penerima Dekoder Percuma yang layak dan tidak perlu memohon. Semakan secara SMS dan menghubungi khidmat pelanggan juga ada disediakan.

Untuk makluman, penerima Unit Dekoder Percuma adalah dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) dan beralamat di kawasan liputan DTT.

Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma

Siaran TV Digital – myFreeview

Kerajaan Malaysia telah merancang untuk menutup siaran TV analog pada tahun 2018. Penduduk Malaysia yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ini ditutup. Oleh itu, anda perlu menyemak status samada anda penerima dekoder percuma MYTV atau tidak secara online.

Sebagai alternatif, jika anda tidak layak menerima dekoder percuma, anda boleh membeli dekoder DVB-T2 atau IDTV yang sah menerusi Wakil Penjual (kedai-kedai elektrik) berdekatan dengan anda.

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Semakan MYTV Online : Semak Nama Penerima Set Dekoder Percuma B40 Terpilih

Berikut dikongsikan cara membuat semakan MYTV iaitu senarai nama penerima dekoder percuma MYTV secara online.

  1. Layari Laman Web MYTV
  2. Cari Set Dekoder Percuma BSH
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK
  4. Jika anda layak :-
    • Anda akan menerima Surat Notifikasi
    • Set Dekoder Percuma dihantar oleh Pos Malaysia

*Nota : Semakan Penghantaran Dekoder juga boleh disemak melalui pautan diatas. Namun ianya hanya untuk mereka yang telah mengemaskini alamat sahaja.

Daftar Minat Dan Kemaskini MyTV

TERKINI : Menerusi makluman Laman Web MYTV Broadcasting, untuk Isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma, sila daftar minat dengan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 31 Mei 2020. Klik pautan berikut untuk mendaftar :-

  • Isi Rumah B40 : B40
  • OKU yang berdaftar dengan JKMM : OKU

Maklumat lanjut, sila rujuk siaran akhbar SKMM

Cara Semakan MYTV Melalui SMS Dan Hotline

Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan melalui khidmat SMS dengan :-

  • Menghantar MYTV Dekoder NoKP ke 15888

Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1 300 80 6988 atau 1800 18 1088 untuk sebarang pertanyaan.

NOTA : Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi MYTV di Pusat Khidmat Pelanggan MYTV disebabkan jumlah panggilan yang tinggi, anda boleh menghantar mesej melalui Facebook MYTV, emel ke careline@mytvbroadcasting.my atau Whatsapp/ SMS ke 0115 200 6988

Soalan Lazim Dekoder Percuma B40

Program set dekoder MYTV percuma merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40). Seramai 2 juta penerima telah terpilih dari senarai B40 yang telah disaring untuk menerima Set Dekoder Percuma. Disebabkan kesukaran sesetengah kawasan menerima siaran analog dan DTT, sebahagian daripada penerima telah dipilih untuk menerima alat penerima DTH secara percuma.

Set Dekoder Percuma B40 walau bagaimanapun tidak boleh dipindah milik, tetapi penerima boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun, penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.

Saluran TV Digital Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai nama saluran beserta nombor saluran yang boleh ditonton :-

  1. TV1 (HD) 101
  2. TV2 (HD) 102
  3. TV Okey 110
  4. RTM Sports HD 111
  5. RTM Bes HD 123
  6. TV3 (HD) 103
  7. CJ Wow Shop (Melayu) 104
  8. CJ Wow Shop (Cina) 106
  9. NTV7 107
  10. 8TV 108
  11. TV9 109
  12. TV Al-Hijrah (HD) 114
  13. Astro Go Shop 120
  14. Bernama News Channel 121
  15. Drama Sangat 105
  16. Awesome TV 112

Saluran Radio

  • Nasional FM 701
  • Traxx FM 702
  • Minnal FM 703
  • Ai FM 704
  • Klasik FM 705
  • Asyik FM 706
  • Sabah FM 707
  • Sabah VFM 708
  • Sarawak FM 709
  • Wai FM 710
  • Hot FM 721
  • Kool FM 722
  • Fly FM 723
  • One FM 724

* Saluran akan ditambah dari masa kesemasa

Apakah Televisyen Terestrial Digital (DTT)?

Menurut Laman Web MYTV, berikut dikongsikan apa itu DTT? Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off – ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.

Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11. Sumber

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
  • Pusat Khidmat Pelanggan
    • 800 pagi hingga 1000 malam (Isnin hingga Ahad)
      1800-18-1088
      careline@mytvbroadcasting.my

Selamat membuat Semakan MYTV secara online, SMS dan khidmat pelanggan. Moga nama anda tersenarai sebagai salah seorang penerima dekoder percuma MYTV. siaran digital myfreeview, permohonan mytv, rasmi mytv, isi rumah b40 dan oku, mytv untuk, untuk golongan b40, penerima bsh

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *