Perhatian buat lepasan Lepasan SPM, STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf yang berminat memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menerusi makluman Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, Permohonan UPSI Second Intake ke program Diploma dan program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf sesi 2024-2025 akan di buka bermula tarikh yang dikongsikan di bawah.
Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan secara online sebelum tarikh tutup permohonan. Sebanyak 21 program Ijazah Sarjana Muda UPSI dan 4 program Diploma ditawarkan untuk sesi kemasukan kali ini.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Ijazah Sarjana Muda & Diploma UPSI Kemasukan Ambilan Kedua 2024-2025
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan ambilan kedua 2024-2025 secara online. Selain UPSI, Universiti Awam lain yang ada menawarkan pengambilan kedua (Second Intake) adalah UiTM, UUM, UTHM dan UiAM.
Tarikh Penting Pengambilan Ijazah Sarjana Muda UPSI
- Permohonan Buka : 2 Disember 2024
- Permohonan Tutup : 29 Disember 2024
Tarikh Penting Pengambilan Diploma UPSI
- Permohonan Buka : 4 November 2024
- Permohonan Tutup : 20 November 2024
*Nota : Permohonan dibuka mulai jam 1200 tengahari. Tarikh yang dinyatakan adalah tarikh RASMI. Sebarang perubahan pada tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa
A. Permohonan UPSI Ambilan Kedua Ijazah Sarjana Muda
Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree) yang ditawarkan untuk pengambilan kedua :-
- Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) Dengan Kepujian
- Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan) Dengan Kepujian
Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI
Permohonan kemasukan ke UPSI ambilan Mac 2025 adalah terbuka kepada :-
- Warganegara Malaysia sahaja
- Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM dan setaraf
Berikut adalah syarat am kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di UPSI :-
Syarat Am Kemasukan
- Lulus SPM dengan Gred C dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Melayu Kertas Julai dan Lulus Sejarah (Mulai SPM tahun 2013)
DAN
- Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
ATAU
- Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
ATAU
- Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;
ATAU
- Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;
DAN
- Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Band Dua (2).
Syarat Tambahan Kemasukan
Syarat tambahan kemasukan ini adalah bagi permohonan Program Pendidikan untuk perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berikut adalah syaratnya:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Pemohon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun ketika tahun memohon
- Pemohon mestilah telah disahkan mempunyai tubuh badan yang sihat hasil Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih
Syarat Khusus Kemasukan Mengikut Program
Sila rujuk pautan di bawah untuk syarat kemasukan khusus mengikut program yang ditawarkan
B. Permohonan UPSI Ambilan Kedua Diploma
Program Yang Ditawarkan
- Diploma Sains Sukan dan Kejurulatihan
Syarat Kemasukan UPSI Program Diploma
Syarat Am Permohonan
Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda mempunyai syarat kelayakan am/ akademik seperti berikut :-
- Lulus SPM dengan Tiga (3)
Lima (5)kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)
i) Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana 5 mata pelajaran SPM
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik
ii) Diploma Teknologi Makmal
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
- Gred E dalam Bahasa Inggeris
iii) Diploma Sains (Matematik)
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ dan
- Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan
iv) Diploma Sains
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam
- Gred E dalam Bahasa Inggeris
Rujuk pautan berikut untuk maklumat penuh berkaitan syarat-syarat yang ditetapkan:
Cara Membuat Permohonan Ambilan Kedua UPSI Sesi 2024-2025 Online
Untuk makluman, PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA berharga RM26.00 (Pin Bitara ID Ijazah Sarjana Muda) terdapat di Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Disember 2024.
Berikut adalah langkah/ cara membuat permohonan :-
- Pelajar/ Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui www.upsi.edu.my/online bermula tarikh di atas
- Pemohon dinasihatkan untuk check syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan atas talian.
- Pemohon mesti membeli no Bitara ID Ijazah (RM26.00) dengan menggunakan kad pengenalan (IC) pemohon (bukan wakil) di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.
- Sila pastikan no Bitara ID Ijazah yang dibeli adalah tertera di Slip pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. bitara, TIADA pemulangan bayaran.
- Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (minggu keempat kuliah) adalah dianggap tidak berjaya
Nota Penting
Semua program ISMP adalah program berbentuk pasaran terbuka (Open Market) iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang tiada jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kemneterian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian kelak.
Iklan Permohonan
Maklumat lanjut sila rujuk kepada iklan permohonan Diploma dan Sarjana Muda UPSI 2023-2024 di grafik yang disertakan ini sebagai rujukan.
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
- Unit Promosi Dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim Perak - No Telefon : 015-4879 7982/ 7872/ 7992 015-48797982/7872/7975/7992 @ 013-4153016
Laman Facebook : https://www.facebook.com/UPSIMalaysia/
Check Status Permohonan Ambilan Kedua UPSI 2024-2025
Berikut adalah Tarikh penting ambilan kedua UPSIi bagi tahun 2024-2025 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Panduan cara check boleh dirujuk di CHECK UPSI ONLINE.
- Check Panggilan Ujian MEDSI : ?
- Ujian MEDSI :?
- Check panggilan temuduga dan ujian khas : ?
- Temuduga dan Ujian Khas : ?
- Hebahan jaya : ?
- Permohonan e-Rayuan : ?
- Pendaftaran Pelajar : ?
- Check keputusan rayuan : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar rayuan : akan dikemaskini
* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.
Selamat membuat Permohonan Second Intake. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPSI dalam Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma ini nanti.