Cara Semakan Keputusan Tingkatan 6 Sesi 2024/ 2025 Online Dan SMS. Panduan buat lepasan SPM tahun 2022 yang berhajat menyambung pelajar di Tingkatan Enam (6). Berikut dikongsikan tarikh semakan Tingkatan 6 iaitu check keputusan tawaran Form 6 tahun 2024 buat panduan pelajar. Untuk makluman, pelajar tidak perlu membuat application ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan. Pelajar yang layak masuk Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik.
Tingkatan 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar menyambung pengajian selepas Tingkatan 5 selain memasuki Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui UPU. Pada kelazimannya, semakan tawaran Tingkatan 6 boleh dibuat melalui applikasi semakan online KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas result SPM diumumkan. Pelajar adalah disarankan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini semakan.
Senarai Isi Kandungan
Semakan Tingkatan 6 2024 Online Dan SMS
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2024 yang melibatkan tarikh rasmi semakan, applikasi semakan dan malumat lanjut Form 6.
Tarikh Rasmi Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Online
Untuk makluman, tarikh keputusan semakan tawaran kemasukan tahun 2024 dan untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-
1. 2024 : 21 Jun 2024
Pemohon dikehendaki untuk menyemak tawaran pada tempoh ini serta membuat pndaftaran dan pengesahan secara online.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan akan dibuka pada 21 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024.
Hebahan keputusan appeal ke tingkatan 6 adalah pada 14 – 23 Julai 2024
2. 2023 : 3 Julai 2023
Pemohon dikehendaki untuk menyemak tawaran pada tempoh ini serta membuat pndaftaran dan pengesahan secara online.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan akan dibuka pada 3 hingga 17 Julai 2023.
Hebahan keputusan appeal ke tingkatan 6 adalah pada 25 Julai 2023
3. 2022 : 7 Julai 2022
Pemohon dikehendaki untuk menyemak tawaran pada tempoh ini serta membuat pndaftaran dan pengesahan secara online.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, tawaran akan dibuka pada 7 hingga 24 Julai 2022.
Hebahan keputusan appeal ke tingkatan 6 adalah pada 1 Ogos 2022
Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2023-2024 yang akan dimaklumkan di Portal KPM.
Cara Semak Tawaran Ke Tingkatan Enam Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sesi 2024-2025
Berikut dikongsikan cara membuat semakan tawaran Tingkatan 6 sesi 2024-2025. Semakan boleh dibuat melalui kaedah berikut :-
i) Semakan Keputusan Tingkatan 6 Secara Online
Keputusan tawaran masuk ke Tingkatan 6 boleh disemak di pautan berikut :-
Pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dan proses pendaftaran akan dilakukan oleh mereka.
ii) Semak Keputusan Tingkatan 6 Melalui SMS
Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah semakan seperti berikut:-
Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
Contoh cara semak tawaran tingkatan 6 melalui sms adalah seperti berikut :-
Pemilihan Pelajar Ke Tingkatan Enam
Pelajar yang layak memasuki Tingkatan 6 adalah seperti kriteria berikut :-
1. Berumur diantara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2024
2. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Sijil Pelajaran Malaysia)
3. Kelayakan khas Tingkatan 6 untuk jurusan Sains, Sains Sosial, Aliran Agama boleh dirujuk di KELAYAKAN UMUM DAN KHAS FORM 6.
Cara Merayu Dan Semak Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2024/ 2025
Untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran pada ambilan pertama, anda boleh membuat rayuan dengan merujuk kepada :-
Tarikh rayuan :
2024 : 21 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024
2023 : 3 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023
2022 : 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022
Pelajar yang telah membuat rayuan Form 6 – Tingkatan 6, semakan tawaran rayuan Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2024 2025 dijangka akan diumumkan pada :-
2024 : 14 – 23 Julai 2024
2023 : 24 Julai 2023
2022 : 1 Ogos 2022
Aplikasi semakan keputusan rayuan adalah di pautan di Keputusan Rayuan
Syarat Kemasukan Terkini Ke Tingkatan 6 2024
Menyambung pengajian ke Tingkatan 6 (Enam) atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar lepasan SPM. Jadi apakah Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini meliputi syarat am dan khas kemasukan terkini? Dan apakah jurusan pengajian yang ada ditawarkan?
Umum sedia maklum yang pelajar lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6. Pelajar yang melepasi syarat kelayakan kemasukan akan ditawarkan secara automatik. Pelajar yang ingin mengetahui status tawaran kemasukan boleh membuat semakan secara online melalui applikasi SST6 KPM dan juga melalui semakan SMS. Keputusan pada kebiasaannya diumumkan selepas tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 terkini yang dikongsikan dari Applikasi SST6 KPM. Antara maklumat yang dikongsikan adalah syarat am kemasukan, syarat khas dan jurusan.
Syarat Kemasukan Tingkatan 6 (Syarat Am)
Syarat am kemasukan ke Tingkatan 6 terkini adalah seperti berikut :-
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2024.
Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6
1. BIDANG SAINS
Untuk jurusan Sains, pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Matematik / Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Pengajian Agroteknologi/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal
Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian
2. BIDANG SAINS SOSIAL
i. Sekolah Menengah Harian
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
- Sejarah
- Geografi/ Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) – Pembinaan Domestik/Membuat Perabot/Kerja Paip Domestik/Pendawaian Domestik/Kimpalan Arka dan Gas/Menservis Automobil/Menservis Motosikal/Menservis Peralatan Penyejuk dan Penyaman Udara/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Rekaan dan Jahitan Pakaian/Katering dan
Penyajian/Pemprosesan Makanan/Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut/Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak/Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik/Landskap dan Nurseri/Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/Tanaman Makanan/Seni Reka Tanda/Hiasan Dalaman Asas/Produksi
Multimedia/Grafik Berkomputer - Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
- Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun / English For Science And Technology
- Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
ii. Sekolah Menengah Agama
a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. DAN mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak lebih 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu / Literature in English
- Sejarah
- Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
Syarat Kemasukan Tingkatan 6. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian beserta jumlah mata gred tidak lebih 14 unit untuk 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
- Sejarah
- Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik / Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
- Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)
- a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;
- b) Berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2024
Syarat Khas Murid Berkeperluan Khas
1. Bidang Sains
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian beserta jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit untuk 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:
- Matematik/ Matematik Tambahan
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian Agroteknologi
- Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian
2. Bidang Sains Sosial
Syarat Kemasukan Tingkatan 6
i. Sekolah Menengah Harian.
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikan Seni Visual
- Komunikasi Visual
- Seni Halus
- Teater
- Reka Bentuk
- Pendidikan Muzik
- Muzik
- Tari
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
- Matematik/ Matematik Tambahan
- Prinsip Perakaunan
- Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science
- Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
- Bahasa Arab/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ English for Science and Technology
- Pengajian Keusahawanan/ Sains Sukan/ Sains Rumah Tangga/ Sains Komputer/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Ekonomi/ Perniagaan
ii. Sekolah Menengah Agama
a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran DAN Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.
Syarat Kemasukan Tingkatan 6. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab DAN Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut :
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab
- Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran
Cara Pengiraan Mata Gred Kemasukan Ke Tingkatan 6
Berikut adalah jadual nilai mata gred yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6.
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Tingkatan 6 2024/ 2025
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang diperolehi, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada tarikh 15 Julai 2020 (Tahun lepas pada 2 Mei 2019 ).
Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.
Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2023, rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi akademik Tahun 2024.
Untuk mendapatkan Surat Tawaran Tingkatan 6 (Enam bagi tujuan pendaftaran masuk, surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan.
Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.
Pelajar boleh Soalan Lazim (FAQ) sebagai panduan :-
Berikut dikongsikan soalan lazim kemasukan Tingkatan 6 terkini (FAQ) tahun 2024 buat rujukan semua. Pelajar lepasan SPM yang layak dan melepasi syarat kelayakan akan ditawarkan kemasukan secara automatik tanpa perlu pelajar untuk memohon. Lepasan SPM boleh mengetahui samada ditawarkan atau tidak dengan membuat check tawaran kemasukan Form 6 secara online.
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh disemak melalui sistem applikasi Portal rasmi KPM. Ianya boleh juga dibuat melalui kaedah perkhidmatan SMS.
Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 Tahun 2024 (Soalan Yang Biasa Ditanya Mengenai Kemasukan Murid Ke Tingkatan 6)
Pasti ramai pelajar yang ingin memasuki Tingkatan 6 mempunyai banyak soalan atau persoalan berkaitan kemasukan ke Tingkatan 6. Diantara soalan-soalan lazim yang sering di tanya adalah seperti berikut :-
1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Checking boleh dibuat dalam laman web KPM iaitu selepas keputusan SPM diumumkan.
2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak dari laman web KPM selepas 30 hari keputusan SPM diumumkan. Maklumat tawaran termasuk lain-lain maklumat yang berkaitan akan dinyatakan dalam surat tawaran yang dimuat turun.
3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
- Syarat am (kecuali Murid Berkeperluan Khas) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2024.
- Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM.
4. Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?
Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?
Calon yang layak dikehendaki mendaftar di sekolah yang ditawarkan terlebih dahulu. Kemudian, lengkapkan Borang Appeal Tukar Jurusan Tingkatan Enam (T6BRTJ) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang moe.gov.my. Selepas lengkap diisi semua borang mesti mendapat pengesahan Pengetua sekolah asal. Alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan perlu kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan ‘Tidak Berminat’ dan seumpamanya tidak diterima.
Hantar borang T6BRTJ yang telah lengkap ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen. Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
6. Sekiranya jumlah mata kognat melebihi sepatutnya (tidak layak), bolehkah merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Anda boleh membuat permohonan rayuan dengan menggunakan Borang Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Tahun 2024 Bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) yang diisi dalam laman sesawang https://sst6.moe.gov.my. Borang tersebut hendaklah disi secara online atau dihantar melalui sekolah asal di mana SPM diambil mengikut borang yang ditetapkan. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut.
Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada:
- (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
- (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
- (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
7. Bolehkah lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?
Lepasan SPM dari calon persendirian/ sekolah swasta/ Sekolah Menengah Agama Negeri boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan Enam Tahun 2024 Bagi Calon Persendirian, Sekolah Swasta & Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan pada borang tersebut.
Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:
- (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
- (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
- (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
8. Seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar sekolah pusat atas sebab-sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya. Bagaimanakah caranya?
Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara]. Serahkan borang tersebut kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing untuk pertimbangan. Sekiranya pertukaran melibatkan pertukaran daerah/ negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin dimohon itu berada.
- (a) Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian dan Program Pendidikan Khas Integrasi
- (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk rayuan kemasukan ke SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
- (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan Enam?
Bagi murid bukan warganegara ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh di Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN.
Pastikan segala butiran diisi dengan lengkap. Dokumen-dokumen yang diperlukan perlu disahkan seperti Surat Beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa serta pasport murid, ibu dan bapa. Jika ibu bapa murid bekerja di negara ini, sila kemukakan bersama salinan pas pengajian, salinan pas tanggungan dan surat majikan yang telah disahkan. Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Sekiranya permohonan bukan dari ibu bapa murid, sila kemukakan dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan.
10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?
Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.
11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?
Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Boleh dengan berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/ jenis jubah/ maksi, two-piece/ three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan.
Jeans, cargo pants, seluar pendek, atau leggings tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).
12. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?
Calon yang menolak tawaran Universiti Awam /IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.
13. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
Calon tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS boleh membuat rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 1 Julai 2024. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak dipertimbangkan.
14. Saya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam, bolehkah saya memohon penangguhan kerana kerjaya/ kursus/ masalah peribadi/ kesihatan?
Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Tiada penangguhan/ pengulangan untuk masuk ke Tingkatan Enam. Calon hanya boleh masuk ke Tingkatan Enam bermula dengan Semester Satu (1) setiap tahun. Jika anda tidak menerima pada tawaran pada tahun semasa, bermakna anda menolak tawaran tersebut. Bagi calon yang menolak tawaran pada tahun semasa anda boleh membuat permohonan rayuan memasuki Tingkatan Enam pada tahun berikutnya tertakluk kepada syarat am dan syarat khas yang telah ditetapkan serta kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam.
15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dimohon menerusi Sekolah Integriti masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.
Permohonan Pengurusan Kemasukan Murid Bukan Warganegara
Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6. Bagi murid BUKAN WARGANEGARA ke Tingkatan Enam adalah merujuk kepada Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 [PU(A) 275/1998] serta tertakluk kepada syarat am kemasukan ke Tingkatan Enam dan kekosongan tempat.
Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah.
(1) Kategori murid yang berikut yang bukan warganegara boleh diterima masuk ke sekolah:
- a) anak kakitangan kedutaan asing;
- b) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;
- c) anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau
- d) kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negara kanak-kanak itu.
(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) sebelum diterima masuk ke sekolah hendaklah :-
- a) memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen;
- b) membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan
- c) mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Sumber : KPM
Selamat membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2024/ 2025 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
Related : calon yang tidak mempunyai capaian internet
tarikh semakan keputusan tawaran tingkatan 6 sesi 2023-2024
berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran tingkatan 6 sesi 2023-2024
alasan yang tidak mempunyai capaian internet
modul pendaftaran di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan
1 adakah salah satu pilihan buat pelajar
3 hingga 20 tahun pada 1 januari tahun
mendaftar di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan
pemilihan pelajar boleh membuat semakan melalui sms dengan mengikuti langkah