Cara semak result keputusan PT3 & Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3. Bilakah tarikh keputusan peperiksaan PT3 2019 (Pentaksiran Tingkatan 3) akan diumumkan? Perhatian buat pelajar Tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan PT3 pada 30 September hingga 8 Oktober 2019 yang lalu. Mengikut rekod tarikh tahun-tahun lepas, Semakan Keputusan PT3 2019 Online dijangka diumumkan pada minggu kedua atau ketiga bulan Disember 2019 dan tertakluk kepada perubahan. Tarikh rasmi result PT3 2018 diumumkan adalah pada hari Khamis, 13 Disember 2018 jam 1000 pagi,
Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Bahagian Pemberitahuan untuk tarikh rasmi keputusan PT3 2019 diumumkan. Untuk makluman, tiada pengumuman secara berpusat akan dilbuat pada tahun ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Sebagai rujukan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah atau PMR.
Senarai Isi Kandungan
Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2019 Diumumkan
Berikut dikongsikan informasi berkaitan Semakan Keputusan PT3 2019 yang memaparkan tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Pentakisran Tingkatan 3.
- 19 Disember 2019 (Khamis, 8/9/10 pagi)
*Nota : Tarikh RASMI
Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh rasmi Keputusan PT3 diumumkan dari tahun 2014 hingga tahun 2017.
- 2018 : 13 Disember 2018 (Khamis)
- 2017 : 14 Disember 2017 (Khamis)
- 2016 : 19 Disember 2016
- 2015 : Hari Isnin, 14 Disember 2015
- 2014 : 22 Disember 2014 (Isnin)
Semakan Keputusan PT3 2019 Online Dan SMS
Untuk makluman, pengumuman keputusan PT3 tidak dibuat secara berpusat selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Oleh itu, tarikh pengumuman keputusan peperiksaan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing dimana pihak sekolah akan memaklumkan dalam majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada calon yang terbabit pada tarikh yang ditetapkan.
Cara mendapatkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 adalah seperti berikut :-
- Untuk calon sekolah, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing mulai jam 8:00/ 9:00/ 10.00 pagi (bergantung pada sekolah) pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
- Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3
- Untuk calon persendirian, anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat anda membuat pendaftaran peperikaan dahulu.
- Gred pemarkahan PT3 boleh dirujuk di Julat Markah
Berdasarkan kepada tahun 2015/ 2016/ 2017/ 2018, TIADA semakan secara online ataupun SMS ada disediakan. Calon perlu datang mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda.
Semak Keputusan PT3 2019 Melalui SMS
Tiada semakan melalui SMS disediakan tahun ini.
Calon juga boleh menyemak ringkasan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS)
Taip PT3 <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888
Maklumat Lanjut PT3 2019
Untuk makluman, peperiksaan PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.
Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka. Untuk keputusan PT3, pelajar adalah dinilai berdasarkan kepada empat jenis penilaian merangkumi perkara berikut:-
- Keputusan keseluruhan
- Penghuraian keputusan mata pelajaran
- Laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
- Laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.
Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki sekolah dan kolej yang dinyatakan untuk ambilan 2019 Tingkatan, sila rujuk kepada maklumat penting permohonan di bawah ini :-
- Permohonan MRSM Tingkatan 4
- Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
- Permohonan Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Teknik
Nota : Permohonan boleh dibuat sebelum keputusan PT3 diumumkan
Permohonan Semak Semula Keputusan PT3 2019
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan semakan semula keputusan PT3 2019 yang memaparkan prosedur permohonan, borang permohonan, bayaran fee dan tarikh permohonan dan keputusan.
1. Pernyataan Dasar
Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 berkuatkuasa pada 1 Januari 1998. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 67, 68 dan 69 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
Bahagian III Perkara 14 – Penyemakan semula
- (1) Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu
- (2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan dan disertai dengan fee
Bahagian II Perkara 7
(1) Fee hendaklah dibayar bagi maksud-maksud yang berikut:
- (d) penyemakan semula keputusan peperiksaan
2. Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3 2019
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan PT3 2019 diumumkan, Berikut adalah maklumat penting lain permohonan semak semula:-
- Penyemakan Semula Keputusan PT3 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyemakan Semula Keputusan PT3. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses
a) Borang permohonan boleh didapati dari:
- Sekolah
- Sektor/ Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN
- Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lp.moe.gov.my
- Muat turun atau download Borang LP
b) Dokumen Yang Diperlukan
- Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu salinan Pernyataan Keputusan PT3
- Semua dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Guru Besar/ Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A
- Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf ditulis atas nama Akauntan Negara Malaysia
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
c. Alamat Penghantaran
Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
- Calon Sekolah : Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calon
dikeluarkan - Calon Persendirian : Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (Negeri calon menduduki PT3)
Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan PT3 tidak akan diproses. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima
d. Bayaran Semak Semula
- Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian
- Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran
- Bayaran fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf atas nama AKAUN NEGARA MALAYSIA. Cek persendirian tidak diterima
PERINGATAN
Calon Sekolah
- Calon hendaklah merujuk kepada pihak sekolah untuk semua urusan Penyemakan Semula Keputusan PT3
- Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh sekolah
- Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon
- Calon hendaklah menyerahkan Pernyataan Keputusan yang lama kepada pihak sekolah apabila mengambil pelaporan yang baharu
Calon Persendirian
- Pelajar/ Calon hendaklah merujuk kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk semua urusan Penyemakan Semula Keputusan PT3
- Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh JPN
- Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon
- Calon hendaklah menyerahkan Pernyataan Keputusan yang lama kepada pihak JPN apabila mengambil pelaporan yang baharu
Sumber Lembaga Peperiksaan KPM
Selamat membuat Semakan Keputusan PT3 2019. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3.