Setiap individu yang bekerja tidak kira swasta atau kakitangan awam inginkan peningkatan dalam kerjaya mereka. Salah satu daripada cara meningkatkan kerjaya adalah melalui kenaikan pangkat. Oleh itu bagaimana cara hendak mengetahui keputusan kenaikan pangkat guru/ cikgu secara online? Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru secara Online sistem ePangkat buat panduan warga pendidik semua.
Umum sedia maklum yang urusan ini bukanlah satu urusan yang mudah dalam sebuah organisasi yang besar seperti Guru. Pasti akan akan wujud perasaan tidak puas hati sama ada di kalangan yang tidak berjaya dan juga dikalangan yang berjaya. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mereka yang tidak berjaya dinaikkan pangkat.
Senarai Isi Kandungan
epangkat: Cara Login Semakan Kenaikan Pangkat Guru KPM Online
Berikut dikongsikan maklumat-maklumat penting berkaitan semakan status guru secara online melalui epangkat.
Daftar Masuk Login epangkat online
Sebelum anda dibolehkan menggunakan sistem, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan mengikuti langkah di bawah:
- Sila layari portal Modul Pengurusan Guru Naik Pangkat
- Klik butang Belum Berdaftar
- Isikan maklumat yang dikehendaki dan cipta kata laluan yang mudah untuk diingati.
- Klik hantar setelah selesai mengisi ruangan yang diberikan.
Login epangkat KPM
Setelah mendapat mesej bahawa pendaftaran anda berjaya, ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan sistem:
- Kembali ke halaman utama
- Kemudian log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan
- Pastikan nama, jawatan dan tempat bertugas yang betul
- Pilih modul iklan untuk melihat iklan kenaikan pangkat yang ditawarkan
- Pilih modul permohonan untuk membuat permohonan
- Cara memohon yang lengkap akan dikemaskini sebaik sahaja manual pengguna dikongsikan oleh portal
Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat Guru
Semak secara atas talian (online) : Dipetik dari applikasi semakan KPM – Semakan boleh di buat secara online.
- Buka laman web ePangkat MOE
- Log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan
- Pilih modul iklan dan lihat paparan Status Permohonan Kenaikan Pangkat
- Kemskini maklumat yang perlu dan hanya boleh dibuat dalam tempoh iklan masih dibuka di peringkat pemohon
- Klik Slip permohonan dan cetak sebagai rujukan
Nota Penting
Panduan buat mereka yang berkenaan :-
- Semakan keputusan urusan naik pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan
- Urusan naik pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini
- Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1)
- Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan, tuan/puan boleh menyemak status Surat Penyiaran Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas 30 hari bekerja dari Tarikh Muat Naik Data.
Maklumat Lanjut Naik Pangkat MOE
Sebarang pertanyaan dan masalah bolehlah dialamatkan kepada
- Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E12 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA .
Tel: 03-88847963/7863/7816
Emell: cnp@moe.gov.my - Sekiranya terdapat masalah teknikal sila kemukakan ke emel: epangkat@moe.gov.my
Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.
Selamat membuat Semakan. Semoga nama anda tersenarai sebagai salah seorang gur yang berjaya dinaikkan pangkat. Selamat maju jaya.
Related : urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat, semakan online, pendidikan ppp dan anggota, 8 tahun, pangkat kpm, kementerian pendidikan malaysia, sistem kenaikan pangkat, kementerian pelajaran malaysia kpm, pangkat bagi pegawai perkhidmatan, memenuhi keperluan, sistem e pangkat, satu sistem maklumat kenaikan pangkat, nombor kad pengenalan, urus setia, ditawarkan mengikuti prestasi dan kecemerlangan semasa, data naik pangkat, reset kata,