Panduan buat para pelajar yang telah membuat application ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari / Julai 2025. Tarikh Semakan Keputusan IKM KKTM Januari 2025 boleh disemak pada bulan November 2024 manakala sesi Julai pada Mei 2025.
Pemohon adalah disarankan untuk melayari Facebook eKemahiran untuk maklumat lanjut berkaitan dengan informasi terkini Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII).
Senarai Isi Kandungan
Keputusan IKM Dan KKTM Sesi Januari & Julai 2025 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan IKM dan KKTM Sesi Januari & Julai 2025 meliputi tarikh dan applikasi semakan. Maklumat bagi tahun 2025 akan dikemaskini.
Aplikasi Semakan
Semakan Keputusan IKM KKTM 2025
Januari 2024
- Tarikh Semakan : 18 November 2024
- Tarikh Semakan Rayuan : akan dikemaskini
Julai 2024
- Tarikh Semakan : 1 Julai 2024
- Tarikh Rayuan : 1 hingga 10 Julai 2024
- Tarikh Semakan Rayuan : 12 Julai 2024 (3 petang)
MAKLUMAN: Sistem Semakan Tawaran Kemasukan ke IKM, KKTM/MJII tidak dapat diakses pada 5 Julai hingga 9 Julai 2024 berikutan kerja peningkatan sistem.
Tarikh akhir untuk semakan dan penerimaan tawaran serta permohonan rayuan kemasukan akan dilanjutkan sehingga 10 Julai 2024.
Keputusan rayuan boleh disemak bermula 12 Julai 2024 (3 petang)
Semakan Keputusan IKM KKTM setiap sesi, pemohon yang gagal boleh membuat rayuan di mana maklumat erayuan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas keputusan diumumkan.
Cara Apply IKM, KKTM dan MJII Online
Kepada pelajar yang berminat untuk memohon sesi berikutnya, berikut dikongsikan maklumat ringkas mengenai pengajian kemahiran ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-TVET sebagai panduan.
- Pengambilan adalah di buka dua (2) kali setahun iaitu pada SESI JANUARI dan APRIL/JULAI
- Application perlu dibuat secara ONLINE
- Sesi JANUARI adalah melalui www.tvetmara.edu.my dan ianya adalah percuma
- Sesi APRIL/JULAI adalah melaui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.tvetmara.edu.my – percumaㅤ
Senarai IKM/ KKTM Dan Kursus Yang Ditawarkan
Maklumat senarai lokasi dan kursus yang ditawarkan di IKM dan KKTM adalah seperti berikut:-
Syarat Am Kelayakan Memasuki IPMA
Berikut adalah syarat kelayakan memasuki IPMa iaitu KKTM, IKM,dan MJII berdasarkan kepada program pengajian :-
Program Sijil
- Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2015 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Program Diploma
- Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi unit dan nombor berikut :-
- Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510
Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
- KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
GMI : 03-8921 9047 / 9288
KKTM : 03-261 34605/ 34612
KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
Selamat membuat Semakan Keputusan IKM KKTM April/ Julai dan sesi Januari 2025 secara online. Tahniah kepada pelajar yang berjaya menerima tawaran ke IPMa. Pengajian kemahiran anda bermula di sini.