Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol & Permohonan Rayuan PSP. Cara semak kelayakan PSP secara online bantuan subsidi bersasar minyak petrol bermula Januari 2020 untuk pemilik kereta dan motorsikal yang berkelayakan

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol Online & Permohonan Rayuan PSP

Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan tergolong dalam kumpulan B40. Kerajaan baru sahaja melancarkan inisiatif subsidi minyak bersasar seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 dikenali sebagai Program Subsidi Petrol (PSP). Namun, hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan diberikan bantuan ini. Berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) serta maklumat lanjut yang berkaitan termasuk permohonan rayuan PSP.

Sememangnya tugas kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat lebih-lebih lagi golongan rakyat yang tidak berkemampuan. Banyak program-program kerajaan telah diperkenalkan demi untuk mengurangkan beban dihadapi rakyat. Program Subsidi Petrol merupakan salah satu daripadanya bertujuan meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dengan menjalankan pengagihan semula subsidi petrol RON95. Bantuan dalam bentuk kewangan ini akan membantu rakyat yang disasarkan dalam membiayai sebahagian perbelanjaan penggunaan petrolnya.

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol

Menerusi manifesto ketika Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu, Pakatan Harapan (PH) berjanji akan memberikan subsidi minyak petrol secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1300cc dan ke bawah serta pemilik motosikal 125cc ke bawah terhad kepada sejumlah 100 liter sebulan.

Pada masa ini subsidi petrol yang sedia ada adalah secara pukal dan dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan juga pendapatan.

Justeru, pengenalan PSP dibuat dengan prinsip pengagihan semula subsidi yang saksama serta dasar berpandukan data dengan harapan subsidi hanya akan diberikan kepada golongan sasar yang layak. Mereka adalah warganegara Malaysia yang amat memerlukan bantuan sebegini iaitu golongan berpendapatan rendah B40.

Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Seperti yang diketahui umum, kerajaan amat menitikberatkan bahawa setiap bantuan kerajaan itu sampai kepada golongan yang disasarkan. Setelah melalui proses penyaringan data yang teliti secara silang semak data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Bantuan Sara Hidup, Kementerian Kewangan, seramai lebih kurang 2.9 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan PSP. Ianya membabitkan kos tanggungan kerajaan berjumlah RM65.4 juta sebulan.

Info Terkini Program Subsidi Petrol ( PSP)

Pelaksanaan Subsisdi Petrol Ditangguhkan : Kerajaan telah mengumumkan bahawa pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya mula dilaksanakan pada Januari 2020 akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan diumumkan kemudian. Antara sebab penangguhan adalah untuk memberi ruang terhadap proses pendaftaran bagi penerima yang tergolong dalam golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40% iaitu M40 yang akan diuruskan Kementerian Kewangan

Belanjawan 2020 : Pada 11 Oktober 2019, Belanjawan 2020 telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan yang turut mengumumkan mengenai Program Subsidi Petrol (PSP). Pengumuman tersebut termasuklah perkara berikut:

1. Kenderaan mewah tidak layak menikmati subsidi bersasar ini

2. PSP akan dilancarkan bermula Januari 2020 di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan iaitu:

Bukan penerima BSH yang berkelayakan.

Penerima BSH (B40) yang berkelayakan.

3. Bagi penerima BSH (B40), subsidi akan diberikan:

Sebanyak RM30 sebulan (kereta) dan RM12 sebulan (motosikal).

Dalam bentuk pemindahan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank setiap empat bulan sekali.

*Pembayaran pertama akan dilakukan pada bulan April 2020 (untuk subsidi tempoh Januari sehingga April 2020)

4. Untuk pemandu dan penunggang yang layak tetapi bukan penerima BSH, Kad95 akan diberikan iaitu:

Akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020.

Membolehkan penerima menikmati subsidi petrol 30 sen per liter dengan had 100 liter sebulan (kereta) dan 40 liter sebulan (motosikal).

5. Subsidi layak diberikan sekiranya price pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Price Automatik (APM) lebih daripada RM2.08 seliter dan sekiranya price di bawah RM2.08 seliter, tiada subsidi diberikan.

6. Peruntukan sebanyak RM2.2 bilion diberikan kerajaan bagi skim PSP dijangka memanfaatkan kira-kira 8 juta pemandu dan penunggang.

7. Sabah dan Sarawak masih terus menikmati petrol bersubsidi dengan price siling RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 (diesel) tetapi jika kerajaan Sabah dan Sarawak ingin menyertai skim PSP, Kerajaan Persekutuan siap siaga untuk menerima permintaan mereka.

Portal Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyediakan sebuah portal khusus bagi semakan kelayakan Program Subsidi Petrol. Portal tersebut turut menyediakan maklumat lanjut mengenai bantuan PSP. Penerima boleh mula membuat semakan di portal tersebut bermula tarikh yang dinyatakan di bawah:

Cara Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol

  1. Layari pautan yang disediakan di atas dan tekan ‘Semak Kelayakan’
    Semakan kelayakan program subsidi petrol
  2. Tandakan ‘Checkbox’ untuk mula menyemak
  3. Masukkan No. MyKad di ruangan kosong yang disediakan
  4. Tekan ‘Semak’
  5. Setelah itu, keputusan kelayakan akan ditunjukkan dan anda boleh mengemaskini maklumat Nombor Akaun dengan tekan ‘Kemas kini’

Semakan kelayakan program subsidi petrol

  1. Pilih ‘Nama Bank’ dan masukkan No. Akaun Bank Baru
  2. Tekan ‘Kemas kini No. Akaun’
    Semakan kelayakan program subsidi petrol
  3. Masukkan No. Akaun yang telah didaftarkan di BSH terdahulu sebagai pengesahan.
  4. Tekan ‘OK’
    Semakan kelayakan program subsidi petrol
  5. Pilih Maklum balas jenis bantuan
  6. Tekan ‘Simpan’ untuk menyiapkan proses semakan kelayakan
    Semakan kelayakan program subsidi petrol

Bagi mereka yang membuat semakan kelayakan program subsidi petrol dan mendapati tidak layak menerima PSP, sekiranya memenuhi syarat kelayakan PSP bolehlah membuat rayuan melalui portal seperti pautan di atas sebaik sahaja permohonan rayuan dibuka. Kategori rayuan termasuklah pengemaskinian pemilikan kenderaan atau alamat rumah.

Kriteria Kelayakan Program Subsidi Petrol

Program Subsidi Petrol hanya layak diterima oleh mereka yang melepasi syarat dan kriteria kelayakan PSP seperti yang digariskan oleh (KPDNHEP) iaitu:

  1. Adalah seorang penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu yang berpendapatan seisi rumah RM4,000 dan ke bawah serta beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Mempunyai kenderaan persendirian yang yang berdaftar atas nama sendiri serta memiliki Lesen Kenderaan Motor yang masih sah tempoh laku.
  3. Had pemilikan kenderaan individu adalah dua (2) buah kereta dan dua (2) buah motosikal.
  4. Kriteria Kelayakan adalah berdasarkan kepada salah satu daripada kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
    • Kereta : 1,600 cc dan ke bawah
    • Kereta : Melebihi 1,600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas
    • Motosikal : 150 cc dan ke bawah
    • Motosikal : Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas

*Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga merupakan penerima bantuan BSH dan memiliki kenderaan seperti kriteria yang ditetapkan adalah layak untuk mendapat bantuan PSP

Nota: Tiada kriteria kelayakan berdasarkan data daripada TNB bagi menentukan kelayakan penerima subsidi petrol seperti yang pernah diwar-warkan dalam akhbar sebelum ini.

Jumlah Bayaran Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Program Subsidi Petrol (PSP) yang telah dilancarkan pada 7 Oktober 2019 masih mengekalkan jumlah atau kadar bayaran bantuan subsidi bersasar seperti yang diumumkan ketika Belanjawan 2019 iaitu:

Kadar Bayaran Program Subsidi Petrol

1) Kereta

  • 1, 600 cc dan ke bawah
  • Melebihi 1, 600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas
  • RM30 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 100 liter)

2) Motorsikal

  • 150 cc dan ke bawah
  • Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas
  • RM12 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 40 liter)

Kaedah bayaran akan dibuat secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima PSP. Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, mereka hendaklah membuka akaun bank dan mengemas kini maklumat tersebut di dalam Portal PSP bermula 15 Oktober 2019. Pembayaran akan dibuat secara empat (4) bulan sekali sebagai contoh bagi bulan Januari hingga April 2020. Jumlah yang akan dikreditkan ke akaun adalah seperti berikut:

  • Kereta : RM120 setiap 4 bulan sekali
  • Motosikal : RM48 setiap 4 bulan sekali

*Tiada bayaran lebih awal sekiranya subsidi bagi empat bulan tersebut telah habis digunakan.

Maklumat yang telah dikemaskini berkaitan Program Subsidi Petrol (PSP) selepas pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 termasuklah perkara berikut:

  1. PSP akan dilaksanakan mulai Januari 2020 di Semenanjung Malaysia. Dua kategori yang akan menikmati subsidi tersebut adalah:
    • Penerima BSH (B40) yang berkelayakan
    • Bukan penerima BSH yang berkelayakan
  2. Maklumat Pembayaran Program Subsidi Petrol :
    • Penerima BSH (B40) : RM30 sebulan (kereta)/ RM12 sebulan (motosikal) Pelaksanaan : Dalam bentuk pemindahan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank setiap empat bulan sekali
    • Bukan penerima BSH : 30 sen per liter dengan had 100 liter sebulan (kereta)/ 30 sen per liter dengan had 40 liter sebulan (motosikal) Pelaksanaan : Dalam bentuk KAD95
  3. Bagi penerima BSH, pembayaran pertama akan dilakukan pada bulan April 2020 (untuk subsidi tempoh Januari sehingga April 2020)
  4. Bagi pemegang KAD95 pula, pembayaran subsidi akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020
  5. Peruntukan sejumlah RM2.2 bilion diberikan kerajaan bagi skim PSP dijangka memanfaatkan kira-kira 8 juta pemandu dan penunggang
  6. Subsidi layak diberikan sekiranya price pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Price Automatik (APM) lebih daripada RM2.08 seliter dan sekiranya price di bawah RM2.08 seliter, tiada subsidi diberikan
  7. Sabah dan Sarawak masih terus menikmati petrol bersubsidi dengan price siling RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 (diesel) tetapi jika kerajaan Sabah dan Sarawak ingin menyertai skim PSP, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menerima permintaan mereka

Nota: Bagi mereka yang mempunyai kenderaan lebih daripada satu buah (terhad kepada maksimum 2 buah kereta dan 2 buah motosikal), hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol psp

Sebagai makluman, kuota bulanan subsidi petrol ini ditentukan dengan jumlah 100 liter sebulan bagi pengguna kereta serta 40 liter sebulan bagi motosikal berdasarkan kajian jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja. Ia juga termasuk keperluan harian yang selainnya iaitu sejauh 50 kilometer sehari atau 1,500 kilometer sebulan. Julat kadar subsidi yang ditanggung kerajaan melalui subsidi secara pukal pada masa ini juga turut dikekalkan tetapi diberikan kepada yang lebih memerlukan iaitu sebanyak RM0.30 seliter.

Pengapungan Price Jualan Runcit RON95

Dengan pelaksanaan subsidi secara bersasar ini dan penghapusan subsidi secara pukal, ini bermaksud price bagi jualan runcit petrol RON95 akan diapungkan semula sebaik sahaja PSP dijalankan iaitu bermula tahun 2020. Namun begitu, price akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan price pasaran.

Sementara itu, price petrol akan dikekalkan pada RM2.08 sehingga 31 Disember 2019. Semasa tempoh pengapungan semula price jualan runcit petrol RON95 secara berperingkat ini, semua orang masih lagi menikmati subsidi petrol secara pukal, namun subsidi tersebut adalah pada kadar yang lebih rendah sahaja.

Pengecualian PSP bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Menyedari keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan adalah berbeza di mana mereka lebih banyak menggunakan kenderaan dengan kapasiti enjin besar serta menggunakan diesel. Kerajaan telah memberi pengecualian bagi mereka daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol serta pengapungan price jualan runcit petrol RON95.

Keputusan ini juga dibuat dengan mengambil kira penggunaan petrol di Sabah dan Sarawak bagi bot  kecil dan genset di rumah panjang. Untuk tujuan tersebut, rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dapat menikmati subsidi petrol RON95 secara pukal pada price runcit semasa iaitu pada kadar RM2.08 seliter.

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Adakah anda ingin atau layak menikmati bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) tetapi mendapat status TIDAK LAYAK semasa membuat semakan kelayakan PSP online?

Sekiranya begitu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat Permohonan Rayuan Subsidi Petrol (PSP) iaitu secara atas talian/ online.

Permohonan Rayuan psp

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan rayuan Subsidi Petrol yang merangkumi pautan permohonan online, cara-cara membuat permohonan dan sebagainya.

Tarikh Permohonan Rayuan Subsidi Petrol (PSP)

Tarikh permohonan rayuan PSP dibuka adalah sama dengan tarikh semakan kelayakan terima PSP iaitu bermula pada tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka Permohonan : 15 Oktober 2019
  • Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2019

Cara Membuat Permohonan Rayuan PSP

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk melengkapkan permohonan rayuan Subsidi Petrol (PSP) :

  1. Untuk membuat permohonan rayuan, para pemohon perlu melengkapkan proses semakan kelayakan dahulu bagi menyemak samada nama tersenarai sebagai penerima bantuan
  2. Sekiranya status kelayakan pemohon adalah LAYAK, ia bermakna pemohon akan menerima bantuan subsidi petrol bermula suku pertama tahun 2020 nanti dan TIADA permohonan rayuan Subsidi Petrol perlu dibuat

*Nota: Kepada mereka yang mendapat status TIDAK LAYAK setelah melakukan semakan kelayakan, anda boleh membuat permohonan rayuan PSP seperti di bawah

PERMOHONAN RAYUAN SUBSIDI PETROL (PSP)

Permohonan Rayuan Subsidi Petrol (PSP)

  1. Permohonan rayuan PSP hanya boleh dilakukan sekiranya status kelayakan yang terpapar setelah klik SEMAK adalah TIDAK LAYAK
  2. Alasan status kelayakan akan dipaparkan. Contoh: KOD01 – TIADA REKOD PENERIMA BSH 
  3. Klik Ingin Merayu untuk memulakan permohonan rayuan

  1. Kemaskini maklumat permohonan seperti Nama, Nama Bank dan No. Akaun. 
  2. Klik Simpan
  3. Rekod rayuan pemohon akan disimpan di dalam sistem

Pengemaskinian maklumat adalah berbeza mengikut KOD Alasan tidak layak. Berikut dikongsikan maklumat yang perlu dikemaskini berdasarkan KOD Alasan tidak layak masing-masing:

Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Mengikut Kod:

KOD01 :

  • Tiada rekod sebagai penerima BSH
  • Nama Pemohon, Nama Bank, No. Akaun Terkini

KOD02

  • Alamat pemohon di Sabah/Sarawak/Labuan
  • Alamat Pemohon, Negeri, Poskod

KOD03

  • Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
  • Jenis Kenderaan, No. Pendaftaran Kenderaan Terkini

KOD04

  • Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
  • Jenis Kenderaan, No. Pendaftaran Kenderaan Terkini

KOD05

  • Melebihi Kelayakan Pemilikan Kenderaan

Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol

Setelah selesai melengkapkan permohonan rayuan, keputusan rayuan tersebut boleh diketahui pada tarikh berikut:

  • Tarikh Buka Semakan : Akan dikemaskini

Kesan Terhadap Kenaikan Price Barangan Lain

Pihak KPDNHEP amat mengambil berat tentang kebajikan masyarakat khususnya pengguna di Malaysia. Justeru itu sekiranya terdapat sebarang kenaikan price yang tidak munasabah atau pencatutan bagi barangan lain, orang ramai boleh membuat laporan kepada saluran aduan KPDNHEP seperti berikut:

    • Talian Aduan: 1-800-886-800
    • Aplikasi Telefon Pintar: EzADU
    • Portal Aduan : e-aduan
    • Whatsapp KPDNHEP : 019-2794 317
  • Alamat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan PSP, sila rujuk manual penggunaan, soalan lazim yang disediakan oleh KPDNHEP atau terus layari Portal PSP dan Facebook Rasmi KPDNHEP seperti pautan berikut:

Semoga perkongsian cara membuat semakan kelayakan program subsidi petrol dan permohonan rayuan PSP dapat memudahkan para penerima bantuan Program Subsidi Petrol untuk membuat semakan kelayakan secara atas talian. Diharapkan PSP ini dapat memberi manfaat kepada golongan yang disasarkan seterusnya meringankan beban mereka dalam menghadapi tekanan hidup yang mendatang.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *