Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM Online. Cara membuat semakan status pendaftaran produk kesihatan atau ubat yang berdaftar.

Semak No Pendaftaran Produk Dan Ubat Dengan KKM Online

Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang sering menggunakan produk kesihatan atau kosmetik serta ubat-ubatan. Adakah anda ingin mengetahui samada produk yang anda gunakan itu mengandungi bahan-bahan terlarang atau tidak? Bagaimana caranya untuk anda memastikan bahawa produk tersebut selamat untuk digunakan? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara untuk Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM secara online.

Pasti ramai yang sedia maklum bahawa nombor pendaftaran produk kosmetik atau kesihatan serta ubat-ubatan boleh disemak menerusi portal rasmi NPRA secara atas talian. Selain itu, bersempena Persidangan Kebangsaan Regulasi 2018, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah melancarkan satu aplikasi yang membolehkan orang ramai mengenalpasti status pendaftaran produk kesihatan yang ingin dibeli dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Semak Nombor Pendaftaran Produk Atau Ubat Dengan KKM Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Nombor Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM Online:

Pautan Aplikasi Online Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM

Untuk membuat semakan nombor pendaftaran produk menggunakan sistem online, klik pada pautan di bawah:

Panduan Membuat Semakan No Pendaftaran Produk Dengan KKM

Langkah-langkah membuat semakan nombor pendaftaran produk dengan KKM menggunakan aplikasi NPRA adalah seperti berikut:

  1. Setelah mengakses pautan semakan, di ruangan Product Category, pilih samada anda mahu menyemak produk kesihatan (Pharmaceutical) atau kosmetik (Cosmetic)Semak No Pendaftaran Produk/ Ubatt KKM
  2. Carian lebih terperinci boleh dilakukan dengan membuat pilihan di ruangan Search By. Antara pilihan yang ada ialah:
    • Nama produk
    • Nombor pendaftaran produk
    • Nama syarikat
    • Nama pengilang
    • Pengimport
    • Bahan aktif
  3. Masukkan maklumat di ruangan Search
  4. Klik pada petak captcha dan klik Searchpaparan carian
  5. Sistem akan memaparkan maklumat berkaitan produk termasuk nombor pendaftaran atau nombor notifikasi, nama produk dan nama syarikat

*Nota : Sekiranya produk yang dicari tidak dijumpai, itu bermakna produk tersebut tidak berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM, sekaligus menandakan bahawa produk tersebut berisiko atau tidak selamat untuk digunakan

Kod Rujukan Produk

Sistem nombor pendaftaran produk dirangka dengan cara berikut:

  • Produk Kesihatan (Pharmaceutical) : Bermula dengan huruf “MAL”
  • Produk Kecantikan (Cosmetic) : Bermula dengan huruf “NOT”
  • Selepas itu diikuti dengan lapan digit nombor dan berakhir dengan kod rujukan

Contoh nombor pendaftaran adalah seperti berikut:

Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat

Kod Rujukan Serta Maksud

Setiap kod yang berada di akhir nombor pendaftaran membawa maksud yang tersendiri :

  1. A : Scheduled Poisons
  2. X : Non-scheduled Poisons (over the counter products)
  3. T : Traditional Medicines
  4. C : Contract Manufactured
  5. E : Export Only
  6. R : Repacked
  7. S : Second source
  8. N : Health Supplement
  9. H : Veterinary
  10. Z : Zero Rated GST
  11. Y :  Orphan Products

Kesan Bahan Terlarang Dalam Kosmetik

HYDROQUINONE

  1. Kulit kemerahan
  2. Kulit menjadi hypersensitif
  3. Menghalang proses pigmentasi
  4. Kulit menjadi hypersensitif
  5. Menghalang proses pigmentasi

TRETINOIN

  1. Pedih dan menggelupas
  2. Hipersensitif kepada matahari
  3. Kulit tidak selesa

MERKURI

  1. Merosakkan buah pinggang dan sistem saraf
  2. Kulit ruam dan keradangan
  3. Mengganggu perkembangan otak kanak-kanak (jika produk meresap ke dalam kulit)

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Semak No Pendaftaran Produk/ Ubat Dengan KKM Online ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat membuat semakan dan semoga produk yang anda gunakan adalah selamat. memastikan produk, mengandungi bahan terlarang, kementerian kesihatan malaysia kkm, pengilang pengimport, perkhidmatan farmasi

Related : selamat digunakan untuk memantau

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *