Berikut dikongsikan maklumat berkaitan peta lakar iaitu cara melukis peta dan mentafsir peta buat rujukan pelajar PT3 dalam menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi mereka. Tajuk folio tugasan Geografi tahun 2018 adalah berkaitan dengan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah pelajar.
Antara lain kajian peta harus merangkumi perkara seperti melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian. Calon pelajar seterusnya perlu mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.
- Kesan Guna Tanah Terhadap Alam Sekitar
- Faktor Mempengaruhi Guna Tanah
- Cara Mengatasi/ Mengurangkan Kesan Guna Tanah
Senarai Isi Kandungan
Cara Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar
Peta adalah gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
Ianya digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan di mana simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.
Oleh itu peta mengambarkan ciri-ciri geografi sesuatu kawasan.
Ciri Fizikal
Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi
- Bentuk muka bumi
- Saliran
- Tumbuh-tumbuhan semula jadi
- Contoh – Gunung, sungai, hutan
Ciri Budaya
Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, kemudahan asas, pengangkutan, perhubungan dan penggunaan tanah
- Melibatkan ciri buatan manusia
- Perhubungan dan pengangkutan
- Kegiatan ekonomi
- Petempatan
- Contoh – Jambatan, jalan raya, sekolah
Sifat Peta Yang Lengkap
Peta yang lengkap mempunyai :-
- Tajuk
- Skala
- Petunjuk
- Mata angin utara
- Rangka peta
Peta dilambangkan oleh :-
- Simbol
- Singkatan
- Warna
Simbol Fizikal
Mewakili ciri-ciri semulajadi. Contohnya bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi.
Simbol Budaya
Mewakili ciri-ciri buatan manusia
Contohnya : petempatan, tanaman, perhubungan, perindustrian, perniagaan, perlombongan
Singkatan
Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi dan kemudahan awam lain yang terdapat dalam peta.
- T.A. = Tali air
W.P. = Wakil Pos
Pdg. = Padang
B.P. = Balai Polis
Kg. = Kampung
P.D. = Pejabat Daerah
Pt. = Parit
Bt. = Bukit - Kb. = Perkuburan
K. = Kuala
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos
Hosp. = Hospital
Warna
Warna juga memainkan peranan bagi menunjukkan ciri Geografi yang terdapat dalam peta dengan lebih tepat.
Contoh
- Jalan Raya = Merah
- Tanah Tinggi = Oren/ Coklat
- Kawasan Perairan = Biru
- Tumbuh-tumbuhan = Hijau
- Petempatan = Hijau
Lorekan pula digunakan untuk menggambarkan keluasan, kepadatan dan taburan
Cara Melukis Peta Lakar
Langkah-langkah dalam membuat atau melukis peta lakar adalah seperti berikut :-
- Lukiskan sebuah peta rangka kawasan
- Peta Lakar kebiasaannya tidak memerlukan skala. Sekiranya mahu menunjukkan skala peta ianya dibolehkan
- Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan yang menjadi pilihan kajian
- Lukis simbol dan diwarnai dan serta singkatan bagi setiap ciri Geografi yang mahu dimasukkan dalam peta lakar
- Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk. tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta
Panduan Melukis Peta Lakar
- Meninjau dan memerhati kawasan yang dipilih sebagai kajian bagi mengumpul maklumat, buat catatan, kenalpasti jenis-jenis ciri geografi yang terdapat di kawasan kajian merangkumi ciri fizikal dan budaya
- Lukiskan sebuah peta rangka kawasan kajian berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan
- Lukis simbol fizikal dan budaya yang telah dikenalpasti terdapat di kawasan kajian mengikut kedudukannya
- Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin. skala peta (jika mahu sertakan) dan tajuk peta yang bersesuaian bagi menunjukkan gambaran ringkas tentang kawasan peta
Ciri perlu ada dalam peta lakar
- Tajuk
- Arah mata angin
- Simbol fizikal
- Kedudukan iaitu label nama jalan raya atau bangunan
- Bingkai
- Simbol budaya
- Petunjuk
Contoh peta lakar adalah seperti dibawah :-
Tajuk : Peta Kawasan Pekan Mawar
Cara Mentafsir Peta Lakar
Langkah-langkah mentafsir peta lakar adalah seperti berikut :-
- Tinjau peta secara kesleuruhan untuk mendapatkan gambaran umum tentang kawasan dalam peta
- Perhatikan tajuk peta
- Lihat penujuk arah mata angin
- Perhatikan penunjuk peta
- Perhatikan skala
- Kenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya
- Tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dengan ciri budaya
- Membuat rumusan yang sesuai
Moga perkongsian Cara Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pelajar PT3 dalam menghasilkan tugasan Geografi yang berkaitan dengan cemerlang.