Cara mohon dan panduan mengisi borang UPU online sesi 2024/2025? Berita baik buat lepasan SPM/ STPM dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran tinggi mereka. Pendaftaran Permohonan UPU 2024-2025 secara online untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA – dahulunya IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2024/2025 dijangka akan dibuka pada bulan Februari 2024 dan kemaskini pemilihan program pada Jun 2024.
Untuk makluman, permohonan kemasukan bagi sesi akademik 2024/ 2025 tiada pendaftaran tetapi memerlukan pembelian nombor pin. Berdasarkan kepada proses permohonan tahun sebelumnya, pendaftaran permohonan tidak memerlukan pembelian pin kerana ditanggung oleh kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membuat permohonan dan mengkases borang UPUonline semasa proses pemilihan program, pelajar perlu membeli Pin Unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon dengan memilih kursus pengajian berdasarkan kepada kelayakan calon dan minat.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan UPU Online 2024 Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Sesi 2024/2025
Berikut dikongsikan maklumat beserta tarikh tarikh penting Permohonan online UPU sesi akademik 2024/2025 untuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti serta ILKA buat panduan pelajar semua.
Nota: Bermula dari Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diganti dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.
1. Tarikh Penting Permohonan Sesi 2024/2025
Tarikh penting 2024 adalah seperti berikut:
Sistem permohonan Online UPU akan dibuka seperti tarikh berikut:-
i) 29 Februari 2024, 1200 pm : Permohonan Online 2024
ii) 29 Mac 2024, 500 pm : Permohonan Online DITUTUP
iii) 29 April 2024, 1200 pm sehingga 9 Jun 2024, 500 pm : Permohonan Fasa 2
Nota : Tarikh yang dinyatakan adalah dari sumber portal rasmi UPU dan tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa
2. Kategori Pemohon : Siapa Yang Layak Memohon?
Kategori senarai program pengajian yang ditawarkan dan calon yang layak untuk memohon UA Politeknik Kolej Komuniti berdasarkan kelulusan mereka adalah seperti berikut :-
A. Calon Lepasan SPM/ Setaraf : Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti & ILKA
Semua calon yang berkelulusan
i) SPM tahun semasa sahaja (Kategori A)
ii) SPM bukan tahun semasa (Kategori B)
adalah layak dan berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam UA Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan dan minat.
B. Calon Lepasan STPM/ Setaraf : Program Ijazah Sarjana Muda Di UA Dan Politeknik Premier
Kategori pemohon untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-
1. STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-
i) Kategori A • Aliran Sastera
ii) Kategori S • Aliran Sains
2. Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J). Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:-
i) Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
ii) Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
iii) Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM • Kategori U
iv) Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
v) Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
vi) Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM • Kategori J
3. Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)
i) Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :-
DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
DIPLOMA POLITEKNIK
ii) Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN:-
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
DIP LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
iii) Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :-
A LEVEL
INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
AUSMAT/ SAM / ADFP
FOUNDATION IPTS
4. Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja
3. Kemaskini UPU
Fasa Pengemaskinian UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2024/2025 boleh dibuat pada :-
i) Minggu Pertama Jun 2024
Untuk lepasan STPM/ setaraf, pemohon boleh mengemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil interview dan/atau ujian
4. Cara Isi Borang UPU 2024/ 2025 Online
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) dan ILKA adalah melalui Laman web UPUonline (Permohonan atas talian). Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan ke UA, Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO, ILKA dan Kolej Komuniti (Daftar UPU).
- Klik carta alir/ proses permohonan untuk maklumat lanjut
A. Pin Unik UPU
Pemohon perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU terlebih dahulu di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum dapat mengakses borang UPUonline untuk mengisi permohonan. Tarikh pembelian Pin Unik ID UPU adalah seperti berikut :-
- 28 Februari 2024 : Tarikh mula
- 8 Jun 2024 : Tarikh Tutup
Harga nombor PIN Unik ID adalah RM10.60 untuk kedua-dua kategori permohonan iaitu lepasan SPM/ Setaraf dan lepasan STPM/ Setaraf.
B. Isi Borang UPUonline
Pemohon boleh mengkases borang permohonan di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di URL berikut :-
Sistem applikasi permohonan hanya akan diaktifkan pada tarikh permohonan dibuka. Pemohon pertama kali atau pemohonan baharu perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUonline. Mereka yang telah mendaftar boleh login masuk ke applikasi permohonan dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah di daftarkan.
Nota : Sila pastikan anda mencetak slip permohonan dan menyimpannya sebagai bukti yang permohonan online UPU telah dibuat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada 14 tips panduan permohonan beserta grafik panduan kemasukan 2024/2025 UPU di bawah ini yang akan dikemaskini.
Tips Permohonan
1. Beli Pin Unik ID UPU di BSN yang berharga RM10.60
2. Pastikan kategori anda SPM/ STPM/ Diploma
3. Buka Portal Rasmi UPU di upu.mohe.gov.my
4. Semak kecenderungan anda di website UPUtag
5. Sila semak syarat kelayakan AM/ KHAS di e-panduan upuonline
6. Semak syarat e-Panduan dengan teliti
7. Isi permohonan secara ONLINE (Daftar UPU)
8. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
9. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
10. Isi borang sampai habis
11. Klik “SAH & HANTAR”
12. Cetak slip permohonan
13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
14. Check dan Kemaskini permohonan adalah tanpa had tapi ingat jangan tunggu sehingga saat akhir
5. Syarat Am Kemasukan
Berikut adalah Syarat Am permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi Program Pengajian Lepasan SPM tahun sebelum ini :-
A. Lepasan SPM (SPM 2023, 2022 & 2021)
i) UA/ Politeknik Premier
- Program Asasi
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
- Lulus Sejarah
- Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
- Lulus Sejarah
ATAU
ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA
- Program Diploma
- Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
- Lulus Sejarah
- Program Sijil
- Pemohon mestilah :-
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Boleh menulis, membaca dan mengira
- Pemohon mestilah :-
B. Program Lepasan STPM/ Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
Kelayakan Daftar UPU
i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
ATAU
ii. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
Kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM seperti berikut:
- Kepujian Bahasa Melayu 1104;
- PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
- PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
- Kompeten semya modul vokasional; dan
- Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013 – 2016
DAN
iii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am
ATAU
iv. ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
v. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;
ATAU
vi. DIPLOMA / SETARAF
- Mempunyai kelulusan Diploma UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau
- Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau
- Lulus peperiksaan STPM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
- Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
- STAM tahun 2016 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
- Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2015.
6. Syarat Khas – Kursus Pengajian Yang Layak Dimohon
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA/ bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf. MUET band 1 sebagai syarat khas kemasukan masih dilaksanakan oleh UA bagi program-program yang berasaskan bakat dan kecergasan.
Terdapat banyak program pengajian dan kursus yang ditawarkan di UPU. Untuk membuat checking syarat kelayakan berdasarkan kepada kelulusan akademik anda, sila rujuk kepada Applikasi online Sistem check Syarat Kelayakan/ Kemasukan di bawah ini.Senarai kursus pengajian yang layak di mohon akan dipaparkan berdasarkan kepada result peperiksaan SPM/STPM pemohon.
- Universiti Awam (IPTA) :
- Politeknik Premier, Konvensional dan METrO :
- esemak Politeknik
- ePanduan TVET
7. Maklumat Lanjut Permohonan UPU
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2024/2025 Online termasuk rayuan upu, sila layari :-
Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
TikTok : @bkpaupu
Telegram : UPUONLINE CHANNEL
Instagram : @kemasukanbkpa
YouTube : bkpaUPU
Talian UPU di 03-8684 2363
Selain talian HOTLINE UPU, SISTEM MAKLUM BALAS telah disediakan untuk membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai UPUOnline. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi
Pelajar juga disarankan untuk datang ke Karnival Jom Masuk U/ IPTA untuk mendapatkan maklumat berkaitan Universiti dan kursus pengajian yang bersesuaian dengan pemohon. Tarikh dan Lokasi klik Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2024
Selamat membuat Permohonan untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Moga daftar UPU anda untuk menyambung pengajian tinggi tercapai. aplikasi mobile
Rel : ditawarkan kepada lepasan spm, 20 universiti awam ua 36 politeknik 105 kolej komuniti dan 4 institusi latihan kemahiran awam ilka, atm bsn di 350 kaunter cawangan bsn 700, pembelian nombor pin upuonline boleh dibuat melalui bank simpanan nasional bsn di 350 kaunter cawangan bsn 700, perbankan internet mybsn, pengajian ditawarkan kepada lepasan, pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian, program asasi sijil diploma, lepasan spm dan 1,111, bsn dan perbankan internet,