Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 SMKA/ KAA Putrajaya Ambilan 2025 Online. Berita baik buat pelajar Tingkatan Tiga 2024 yang ingin memasuki Tingkatan Empat (4) Sekolah Kawalan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA); Wilayah Persekutuan Putrajaya tahun 2025. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Tingkatan 4 SMKA Putrajaya 2025/ KAA yang dibuka sehingga sekitar bulan Disember meliputi borang permohonan online, syarat kemasukan dan tarikh penting.
Untuk makluman, untuk tahun sebelumnya permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Putrajaya untuk kemasukan ke Tingkatan 1 telah ditutup pada bulan Disember juga. Tarikh dan sebarang maklumat terkini akan dikemaskini di bawah setelah diumumkan
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan : SMKA/ KAA Putrajaya 2025 Tingkatan 4 Online
Berikut adalah panduan dalam membuat Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 SMKA Putrajaya 2025/ KAA secara online.
A. Tarikh Permohonan Tingkatan 4 SMKA Putrajaya 2025
Bermula tahun 2021, kemasukan SMKA adalah melalui satu sistem Sekolah Khusus KPM selaras dengan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Tentera Diraja. Tarikh permohonan bagi sesi 2025 adalah seperti berikut:
- Tarikh Buka : 1 Ogos 2024
- Tarikh Tutup : 8 September 2024
- Pemohon perlu semak keputusan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) pada 13 September hingga 17 Oktober 2024
B. Syarat Asas Kemasukan SMKA/ KAA Putrajaya Form 4
“Syarat bagi kemasukan tahun 2025 akan dikemaskini”
Berikut adalah syarat umum permohonan bagi tahun 2018 buat rujukan ibu bapa dan pelajar :-
- i. Warganegara Malaysia
ii. Murid dari :
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);
- Kelas Aliran Agama (KAA);
- SABK : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- SMAN : Sekolah Menengah Agama Negeri
- SMAR : Sekolah Menengah Agama Rakyat
- SMAS : Sekolah Menengah Agama Swasta dan
iii. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).
C. Syarat Kelayakan Akademik
“Syarat kelayakan akademik bagi kemasukan tahun 2024 akan dikemaskini”
SMKA : Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA Tingkatan Empat adalah seperti berikut:
i. Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
- a. Memperolehi Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran;
- b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Arab/ Al-Lughah Al-Arabih Al-Muasirah (Lisan atau Penulisan);
- c. Mencapai tahap minimum (Gred E) dalam mata pelajaran lain
- d. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.
ii. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.
KAA : Syarat akademik bagi pengambilan murid ke KAA adalah seperti berikut:
i. Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
- a. Memperolehi Gred A dalam mana-mana 3 mata pelajaran;
- b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Matematik dan Sains;
- c. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Arab;
- d. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.
- e. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.
D. Borang Permohonan Tingkatan 4 SMKA/ KAA WP Putrajaya 2024 Online
- Pautan Permohonan Tingkatan 4 SMKA
- Cara memohon boleh disemak melaui pautan berikut: Permohonan Sekolah Khusus 2025 PKSK Online
- Klik Borang Online KAA (akan dikemaskini)
i) Arahan Kepada Pemohon
- Pastikan butang “SUBMIT” ditekan dan seterusnya cetak borang yang disalinkan ke emel pemohon.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut pada atau sebelum — Disember 2019 (Akan dikemaskini).
- Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya,
- Blok E2, Tingkat 7, Lobi 2. Parcel E,
- Putrajaya
ii) Dokumen Yang Diperlukan
Sila lampirkan bersama dokumen berikut semasa membuat permohonan SMKA/ KAA :-
- Sijil Kelahiran (SALINAN)
- Kad Pengenalan Pemohon dan Ibubapa yang disahkan (SALINAN)
- Keputusan PT3, PBS, PAJSK dan Psikometrik yang disahkan (SALINAN)
E. Semakan Keputusan Tingkatan 4 SMKA Putrajaya 2025
- Keputusan kemasukan ke SMKA Putrajaya Tingkatan 4 ambilan tahun 2025 akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2025. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya.
Semakan Keputusan KAA 2025
- Keputusan kemasukan ke KAA Putrajaya Tingkatan 4 ambilan tahun 2025 akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Mac 2025 (Jangkaan). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya.
Sumber : Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Selamat membuat Permohonan secara online. Moga permohonan anda untuk memasuki Sekolah Kawalan Putrajaya untuk tahun 2025 berjaya.