Permohonan Ke Tingkatan 1 SMKA Putrajaya (Sekolah Kawalan) Dan Kelas Aliran Agama (Kelas Kawalan) WP Putrajaya 2025. Berita baik buat pelajar Tahun Enam 2024 yang berminat untuk memasuki SMKA dan KAA di WP Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memaklumkan maklumat Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya 2025 SMKA Putrajaya (Sekolah Kawalan) Dan Kelas Aliran Agama (Kelas Kawalan) WP Putrajaya ambilan tahun 2025 pada satu tarikh.
Sebelum ini, permohonan terbahagi kepada 2 kategori iaitu permohonan bagi murid Putrajaya melalui pengisian borang secara manual. Untuk murid dari luar Putrajaya, permohonan perlu dibuat secara online selepas keputusan UPSR 2019 diumumkan sekitar minggu terakhir bulan November 2019. Bermula tahun 2021, SMKA dikategorikan sebagai sekolah khusus KPM dan permohonan adalah melalui sistem permohonan sekolah khusus KPM.
- Cara Mohon kemasukan ke Tingkatan 4 SMKA/ KAA Putrajaya klik Sekolah Kawalan Form 4
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Tingkatan 1 SMKA Putrajaya Dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Tahun 2025
Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya tahun 2025 melibatkan permohonan TMUA yang meliputi syarat permohonan kemasukan, applikasi dan borang permohonan dan tarikh penting yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Juga dikongsikan maklumat berkaitan permohonan kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA) Putrajaya.
Permohonan Tingkatan 1 & 4 SMKA Putrajaya 2025
Berikut adalah maklumat berkenaan permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya seperti tarikh dan cara permohonan.
- Tarikh buka permohonan : 1 Ogos 2024
- Tarikh tutup permohonan : 8 September 2024
- Semakan pusat PKSK : 13 September hingga 17 Oktober 2024 (Tingkatan 1) 13 September hingga 3 Oktober 2024 (Tingkatan 4)
- Pelaksanaan PKSK : 7 hingga 17 Oktober 2024 (Tingkatan 1) dan 23 September hingga 3 Oktober 2024
- Tarikh Keputusan Tawaran PKSK : 31 Januari 2025
- Tarikh Rayuan : ?? (Tahun lepas: 24 Mac – 10 April 2023)
Calon perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagai syarat untuk layak memohon kemasukan ke sekolah khusus KPM. Permohonan boleh dibuat melalui:
Informasi lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Senarai Sekolah Untuk Permohonan Kemasukan
Berikut adalah senarai sekolah yang terlibat dalam permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan JP WP Putrajaya.
1. SEKOLAH KAWALAN WP PUTRAJAYA
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
- SMKA Putrajaya
No 1, Jalan P11C,
Presint 11, 62300,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
2. KELAS KAWALAN WP PUTRAJAYA
Kelas Aliran Agama (KAA) (Penempatan KAA adalah mengikut alamat murid)
- 1. SMK Putrajaya Presint 8(1)
- 2. SMK Putrajaya Presint 9(2)
- 3. SMK Putrajaya Presint 11(1)
- 4. SMK Putrajaya Presint 16(1)
- 5. SMK Putrajaya Presint 18 (1)
Syarat Dan Peraturan Am Permohonan Ke Tingkatan 1 SMKA Putrajaya Dan Kelas Aliran Agama 2020
Berikut adalah syarat permohonan kemasukan bagi tahun 2020 yang perlu dipatuhi oleh pemohon/ pelajar :-
- Warga negara Malaysia
- Cemerlang dalam UPSR, PPSR, Program j-QAF dan UPKK/ UPSRA
- Aktif di dalam aktiviti Ko-Kurikulum
- Lulus dengan cemerlang di dalam Ujian Saringan Hafazan/temuduga
- Telah tamat/khatam Al-Quran serta boleh membaca Al-Quran dengan fasih/
- Mampu membaca serta menulis tulisan Jawi dengan baik.
- Terbuka kepada murid dari semua jenis sekolah rendah KPM dan Swasta
- Permohonan ke Kelas Aliran Agama hanya terbuka kepada murid-murid Putrajaya sahaja
Peringatan: Penempatan ke Kelas Aliran Agama adalah berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon di Putrajaya serta bergantung pada kekosongan.
Cara Membuat Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya Tahun 2020
Terdapat 2 kaedah permohonan yang disediakan iaitu untuk murid Putrajaya dan luar Putrajaya.
A. Murid Putrajaya
- 1. Dapatkan borang permohonan dari guru kelas sekolah rendah masing-masing.
- 2. Isi dan hantar borang untuk guru membuat pengesahan di dalam sistem APDM
- 3. Tarikh/ tempoh permohonan (untuk ibu bapa/ penjaga): 9 September hingga 20 September 2019
- 4. Tarikh/ tempoh permohonan (untuk guru kelas mengisi permohonan ke APDM): 21 September hingga 31 Oktober 2019
Peringatan: Proes permohonan adalah sama seperti tahun lalu iaitu permohonan ibu bapa diisi oleh guru kelas dalam sistem APDM. (Borang permohonan telah di-emel ke semua sekolah rendah)
B. Murid Luar Putrajaya
Permohonan adalah secara online.
- Isi borang atas talian melalui laman http://jpwpp.moe.gov.my/v2/
- di pautan UR Borang : http://jpwpp.moe.gov.my/smka/
- Tarikh pengisian: 21 November hingga 28 November 2019
Maklumat Temuduga Dan Ujian Saringan Hafazan
Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan (bagi SMKA) pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak JPWPP. (Tarikh dalam kurungan adalah bagi tahun lepas):
- Semakan Layak Ke Ujian Saringan Hafazan : 5 Disember hingga 9 Disember 2019
- Ujian Saringan Hafazan SMKA Putrajaya : 10 Disember 2019
- Ujian Saringan Hafazan KAA Putrajaya : akan dimaklumkan oleh pihak sekolah
Maklumat Lanjut Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya 2020
Semakan keputusan adalah secara online melalui http://jpwpp.moe.gov.my/v2/ (Applikasi sama untuk permohonan kemasukan murid luar Putrajaya). Tarikh semakan pada 23 Disember 2019 dan tertakluk kepada perubahan jika ada.
Pemohon yang gagal boleh membuat rayuan dengan mengisi borang permohonan yang sama pada 23 Disember hingga 20 Disember 2019.
Selamat membuat Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Putrajaya 2024. Semoga permohonan anda ke SMKA Putrajaya (Sekolah Kawalan) Dan Kelas Aliran Agama (Kelas Kawalan) berjaya.