Cara Mohon Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir Dan Jordan) Sesi 2024/ 2025. Berita baik buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja menerima result STAM dan juga pelajar lepasan SPM serta Diploma Qiraat. Permohonan Timur Tengah secara online sesi ambilan 2024/ 2025 akan dibuka. Pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam perlu membuat permohonan secara atas talian/ online melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Juga dikongsikan tarikh semakan kelyakan permohonan.
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2024/ 2025 (Mesir & Jordan)
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan Timur Tengah iaitu permohonan pengajian ke Mesir dan Jordan untuk lepasan SPM dan STAM meliputi tarikh penting permohonan, applikasi permohonan dan maklumat lanjut.
Tarikh Permohonan Timur Tengah 2024
Berikut adalah tarikh permohonan online atau atas talian buat panduan pemohon.
- Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : Tarikh dibuka bermula dari 4 Jun 2024 (Selasa), dan akan ditutup pada 28 Jun 2024 (Jumaat)
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Diploma Qiraat : Tarikh buka pada 4 Jun 2024 (Selasa), dan akan ditutup pada 28 Jun 2024 (Jumaat)
- Selepas result SPM dan STAM diumumkan, pemohon adalah diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian. Sistem permohonan tersebut akan kekal dibuka hingga tarikh akhir permohonan.
Applikasi Permohonan DOHE MOHE
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah melalui KPM hanya ditawarkan di dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja. Semakan syarat kelayakan, maklumat tawaran kemasukan serta pautan applikasi permohonan Timur Tengah boleh dirujuk di :-
Pemohon adalah dinasihatkan maklumat dan panduan berikut sebelum membuat permohonan kemasukan secara atas talian.
Applikasi permohonan boleh diakses di pautan berikut :-
Panduan Permohonan Pengajian Timur Tengah 2024
Berikut adalah diantara maklumat penting dan panduan permohonan kemasukan ke Timur Tengah yang perlu diberi perhatian oleh pemohon bagi tahun 2024.
- Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan atas talian. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat.
- Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem e-timurtengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan
- Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Pemohon juga dinasihati supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar.
- Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh akhir permohonan.
- Pastikan permohonan dihantar dengan menekan butang hantar selewat-lewatnya pada tarikh akhir permohonan.
- Anda dikehendaki mencetak borang permohonan sebagai rujukan.
Peringatan Kepada Pemohon
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tekan butang hantar tidak akan diproses dan akan ditolak sama sekali.
- Anda dinasihatkan untuk membuat terjemahan Sijil Lahir dan keputusan SPM/ STAM lebih awal bagi mengelakkan kelewatan penerimaan terjemahan
- Bagi pemohon lepasan STAM, sijil asal STAM (Bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksan Malaysia TIDAK BOLEH LAMINATE. Hanya sijil asal STAM yang diterima oleh Universiti Al-Azhar.
- Terjemahan SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam Bahasa Arab boleh dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia
- Terjemahan sijil SPM / STAM dan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri
Semua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A) / Ahli Dewan Undangan Negeri / Pesuruhjaya Sumpah / Pengetua / Guru Besar / Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu.
- Pelajar STAM yang layak sahaja perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem mengikut tarikh yang telah ditetapkan
- Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu perlu DIHANTAR SECARA (POS LAJU / POS BERDAFTAR / SERAHAN TANGAN) kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi
- Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan
- Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
- Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu perlu DIHANTAR SECARA (POS LAJU /POS BERDAFTAR / SERAHAN TANGAN) kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi
- Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan
- Pemohon WAJIB mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2024/2025 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan
- Jika dokumen sokongan tidak dimuat naik melalui sistem pada tarikh yang telah ditetapkan, secara automatik permohonan anda terbatal.
Semakan Kelayakan
Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Kelayakan bagi permohonan kategori lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Qiraat Pengajian 2023/2024 dibuka pada :
- Tarikh buka semakan : 22 Julai 2024, mulai jam 12.00 tengahari
- Tarikh tutup semakan : 31 Julai 2024, jam 5.00 petang
Sehubungan itu, pemohon boleh menyemak keputusan berkenaan melalui pautan
Hanya permohonan yang layak sahaja perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan (rujuk senarai semak setiap negara dan bidang yang dipohon).
Pemohon yang layak perlu memuat naik dokumen sokongan melalui sistem ini.
Pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian ke Mesir (termasuk lepasan STAM dan SPM) perlu menduduki Imtihan Qabul(IQ) secara dalam talian di bawah seliaan pihak Rabitah Malaysia di Markaz Syeikh Zayed Al-Azhar,Kaherah,Mesir.
Kos bagi menduduki IQ berkenaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelajar. Sekiranya pelajar tidak memenuhi syarat seperti yang telah ditetapkan, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab yang telah disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri (pada muka hadapan danbelakang);
- Terjemahan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab yang telah disahkan oleh Bahagian Konsular,Kementerian Luar Negeri(pada muka hadapan danbelakang);
- Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disahkan;
- Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
- Salinan passport Malaysia yang telah disahkan;
- Borang pengakuan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah(Mesir dan Jordan) bagi sesi kemasukan 2024/2025;
- Borang pengakuan tanggungan kos rawatan dan kesihatan ke Timur Tengah bagisesi 2024/2025; dan
- Bank Draft mengikut kadar yang telah ditetapkan berdasarkan pilihan negara serta bidang pengajian yang telah dimohon.
Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang berkaitan seperti yang dinyatakan di perenggan 5(a) sehingga (h) hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak Bahagian Education Malaysia sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:
- Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
U.P : Seksyen Koordinasi Pelajar Malaysia di Luar Negara (OL)
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai proses permohonan ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Education Malaysia dengan menghubungi talian 03-88706217/6226 atau e-mel kepada tt.bem@mohe.gov.my
Semakan Keputusan Timur Tengah
Semakan bagi kemasukan tahun 2024/2025 akan dikemaskini. Tarikh semakan surat tawaran bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Qiraat Pengajian 2023/2024 ke Mesir boleh disemak bermula :
- Tarikh buka : 15 Ogos 2023, mulai jam 1230 tengah hari
- Tarikh tutup : 29 Disember 2023, jam 5 petang
Pemohon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian pada pautan :
Calon yang layak diingatkan untuk memuat naik semua dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan dihantar ke Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini
Maklumat Lanjut Permohonan Timur Tengah 2023
Peringatan buat pelajar yang ingin menggunakan khidmat agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah. Sebarang masalah yang timbul kelak adalah atas tanggung jawab pelajar atau ibu bapa sendiri kerana KPT TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Untuk keselamatan pelajar di sana kelak, pelajar dinasihatkan untuk membuat permohonan melalui KPT.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti maklumat berikut:
- Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6217 / 6226 / 6635
No. Faks : 03-8870 6853 - Emel : tt.bem@mohe.gov,my
Diucapkan selamat membuat Permohonan Pengajian ke Timur Tengah sesi 2024/ 2025 secara online untuk pelajar lepasan STAM/ SPM yang berminat dan berkelayakan. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti di Timur Tengah.