Perhatian buat pelajar lepasan Tahun 6 2024 dan sedang mencari peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah, di sini ada berita baik buat anda yang berkelayakan. Permohonan untuk kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak bagi ambilan 2025 akan dibuka. Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan SMAN Perak 2025 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 secara online.
Seperti kebanyakan negeri di Malaysia yang lain, Negeri Perak juga mempunyai Sekolah Menengah Agama Negeri yang diletakkan di bawah pemantauan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Di samping menjalankan Kurikulum Arus Perdana, terdapat dua jenis aliran yang ditawarkan mengikut sekolah iaitu Kurikulum Bersepadu Dini di 3 Sekolah Menengah Agama Negeri dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz di 5 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan
Senarai Isi Kandungan
Tarikh Penting Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan SMAN Perak ambilan tahun 2025 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 :-
- 1 Oktober 2024 : Tarikh buka permohonan
- 31 Oktober 2024 : Tarikh tutup permohonan
- 18 November 2024 : Tarikh semak permohonan
- 7 Disember 2024 : Ujian bertulis
- 20 Disember 2024 : Semakan status panggilan Ujian Hafazan
- 11 Januari 2025 : Ujian Hafazan bagi calon yang memilih Aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz
- 31 Januari 2025 : Semakan Keputusan dan Tawaran
- Akan dikemaskini : Rayuan permohonan
- Akan dikemaskini : Pendaftaran pelajar
Syarat Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
Berikut adalah syarat pada tahun ini sebagai rujukan:
1. Warganegara Malaysia dan Tahun Enam tahun 2024 (12 tahun)
2. Memperolehi sekurang-kurangnya 5A dalan UPKK 2024 termasuk mata pelajaran Bidang Al-Quran dan Lughatul Quran
Senarai Nama Sekolah Menengah Agama Negeri Perak
Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Perak untuk kemudahan para pemohon:
SMAN (SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI) – ALIRAN KBD
- 1. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
- 2. Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (P)
- 3. Sek. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah (L/P)
SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN – ALIRAN KBT
1. Sekolah. Menengah. Tahfiz Darul Ridzuan, Manjung (L)
2. Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Tambun (L)
3. Sekolah. Menengah. Tahfiz Darul Ridzuan, Lenggong (L)
4. Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Kerian (P)
5. Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Batang Padang (P)
Cara Membuat Permohonan SMAN Perak Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Perak 2025
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak bagi ambilan 2025 boleh dilakukan secara atas talian (online) bermula pada 1 Oktober 2024 melalui pautan aplikasi permohonan dan semakan keputusan tawaran seperti berikut:
- Portal Rasmi SMAN Perak (https://e-smanperak.my/)
- Klik Pautan Permohonan Online
MAKLUMAN!
Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport.
Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI,
NOTA: Permohonan adalah secara online. Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh semak secara online di laman permohonan atau ke pejabat di alamat berikut:
Tingkat 7, Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh, Perak.
Makluman
- Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
- Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport
- Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI
Semoga berjaya buat calon-calon yang membuat permohonan SMAN Perak 2025 dan semoga apa yang dikongsikan dapat sedikit sebanyak membantu memberi panduan kepada yang berminat untuk memohon.