Berita baik buat pelajar yang telah melepasi pengajian Tahun 6. Mereka yang berkelayakan adalah berpeluang untuk memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ). Permohonan kemasukan ke SMA Negeri Johor akan dibuka dan bakal ditutup pada tarikh yang dikongsikan di bawah ini. Juga dikongsikan panduan dalam membuat permohonan SMAN Johor untuk kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi ambilan tahun 2025.
Sekolah Menengah Agama Negeri Johor merupakan sekolah di bawah pemantauan Bahagian Pendidikan Islam Negeri Johor. Sekolah ini melaksanakan sistem dwi aliran iaitu aliran kebangsaan seperti yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta aliran agama yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Senarai Isi Kandungan
Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ)
Semua murid Tahun 6 sesi 2024 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di;
1. Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru Johor
No Tel : 072232710 / 32
Menjalankan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
Pelajar lelaki sahaja
2. Maahad Johor Lil Banat
No Tel : 07 223 2732/ 223 2710
Cawangan Maahad Johor khas untuk pelajar perempuan
Menjalankan Kurikulum Bersepadu Azhari dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) KPM Pakej Sastera dan Kemanusiaan
Turut menawarkan hafazan Al Quran 15 juz dalam tempoh 5 tahun
Pengajian sementara di Sek. Men. Agama Kerajaan Johor, Kluang (kampus tetap di Johor Bahru dijangka pada 2023)
3. SMA Kerajaan Johor, Kluang
No Tel : 07 771 5482
Menjalankan Kurikulum Bersepadu Azhari dan aliran Sains KPM
Turut menawarkan hafazan Al Quran 15 juz dalam tempoh 5 tahun
4. Maahad Pontian
No Tel : 07 687 4470
Menjalankan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
5. SMA Parit Raja Batu Pahat
No Tel : 07 454 5710
Menjalankan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
6. SMA Bugisiah Tampok Pontian
No Tel : *074241910*
Menjalankan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
Turut menawarkan hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
7. Maahad Johor (MJ)
Secara ringkasnya, senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor untuk kemudahan para pemohon adalah seperti berikut:
1. Maahad Tahfiz Johor, Johor Bahru (terbuka untuk lelaki sahaja).
2. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor.
3. Maahad Johor Lil Banat (ditempatkan di SMAKL, Kluang Johor)
4. Maahad Pontian, Pontian Johor.
5. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Benut, Pontian Johor.
6. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
7. Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
Tarikh Permohonan Kemasukan Ke SMA Johor Ambilan Tahun 2025 (Ting 1)
Permohonan bagi kemasukan ambilan 2025 dibuka pada tarikh berikut:
i) Tarikh Buka : 28 Ogos 2024
ii) Tarikh Tutup : 2 Oktober 2024
Cara Membuat Permohonan SMA Negeri Johor 2025 Kemasukan Ke Tingkatan 1
Untuk membuat permohonan kemasukan bagi ambilan 2025, pemohon boleh membuatnya secara atas talian (online) dengan melayari portal rasmi SMAJ di pautan seperti berikut:
NOTA: Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan. Pautan permohonan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
Syarat Kemasukan ke SMAN Johor 2025 (Form 1)
Syarat kelayakan kemasukan untuk pengambilan tahun 2025 adalah seperti berikut :-
1. Warganegara Malaysia (Bangsa Johor akan diutamakan)
2. Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013
3. Mengikuti Kurikulum Darjah 5 Sekolah Agama Kerajaan Johor
4. Mempunyai Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
5. Mengikuti Kurikulum KSSR Darjah 5 Sekolah Kebangsaan KPM
Nota: Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN yang dijadualkan akan dijalankan pada;
i) 19 – 26 Oktober 2024
di tempat yang akan ditetapkan.
Sila semak tarikh panggilan Ujian Kelayakan bermula 9 Oktober 2024 hingga 18 Oktober 2024
Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 SMA Johor Sesi 2024
Permohonan kemasukan sesi 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk kemasukan ke Form 4 tahun 2024, berikut adalah maklumat yang berkaitan:-
1. Maahad Johor
2. SMA Kerajaan Johor
3. Maahad Pontian
4. SMA Parit Raja
akan dibuka bermula 1 Disember 2023, pemohon perlu berhubung terus dengan pihak sekolah untuk memohon dan maklumat lanjut
Untuk maklumat sekolah yang berkenaan, sila layari laman sesawang Form 4
Permohonan akan ditutup pada 21 Disember 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk makluman lanjut, sila hubungi :-
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAINJ
Tel : 07-228 2930/ 32/ 33/ 55
Semoga panduan yang disertakan di atas dapat membantu pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Negeri Johor. Calon yang telah memohon boleh membuat semakan tawaran kemasukan pada November 2024 di pautan pendaftaran. Tempoh rayuan dibuka juga pada tarikh yang sama dan semakan rayuan akan dibuka pada tarikh yang sama dan semakan rayuan boleh disemak pada Januari 2025. Selamat maju jaya diucapkan.