Berita baik buat pelajar lepasan Tahun 6 yang ingin menyambung pelajaran ke sekolah elit pertama di bawah kerajaan Negeri Terengganu iaitu Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT), permohonan kemasukan boleh dilakukan secara atas talian (Online). Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan dan maklumat penting lain untuk kemasukan tingkatan 1 ke SMIYT ambilan tahun 2025.
Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu merupakan sekolah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan IMTIAZ Yayasan Terengganu. Sekolah ini menawarkan pendidikan selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan (bidang sains) yang diintegrasikan secara bersepadu dengan hafazan Al-quran dan pendidikan agama.
Senarai Isi Kandungan
Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu
Berikut adalah senarai sekolah SMIYT :-
1. BESUT : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
2. KEMAMAN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
3. KUALA BERANG : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
4. KUALA TERENGGANU : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
5. SETIU : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
6. KUALA NERUS : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
7. MARANG : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
8. DUNGUN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu
Cara Membuat Permohonan Kemasukan ke SMIYT 2025
Permohonan bagi kemasukan ke SMIYT bagi tingkatan 1 ambilan 2025 boleh dilakukan secara atas talian (online) di pautan yang disediakan seperti berikut:
NOTA: Hanya calon yang bekelayakan dan memohon secara online sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga
Tarikh Permohonan Kemasukan Ke SMIYT Ambilan 2025
Tarikh Buka : 20 September 2024
Tarikh Tutup : 17 Oktober 2024
2024:
Tarikh buka : 25 Oktober 2023
Tarikh tutup : 25 November 2023
Syarat-Syarat Kemasukan SMIYT
Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat kemasukan ke SMIYT adalah calun lulus ujian kemasukan dan sesi temuduga yang akan diadakan
Di bawah adalah syarat kemasukan untuk ambilan tahun 2025. Tawaran kemasukan juga tertakluk kepada keputusan temuduga serta syarat kelayakan kemasukan lain seperti berikut:
1. Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
a) ibu atau/dan bapa dilahirkan di Terengganu; ATAU
b) ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tetap tinggal di Terengganu
2. Wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan Imtiaz serta sesi temuduga
3. Lulus dalam Ujian Kemasukan Imtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan Imtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi Ujian hafazan, penguasaan bahasa serta personaliti (Kecerdasan Intelektual dan Insaniah)
4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
5. Bersetuju menerima penempatan SMIYT yang ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan
Maklumat Lanjut Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2025
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi maklumat seperti berikut:
Telefon : 09-622 1733
Faks : 09-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Alamat : Pengarah, Yayasan Terengganu, Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200, Kuala Terengganu (u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz)
Iklan Permohonan SM Imtiaz YT 2025
Semakan Permohonan SM Imtiaz Yayasan Terengganu 2025 Tingkatan 1 bagi panggilan temuduga dan surat tawaran penempatan boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi SMIYT. Diucapkan selamat maju jaya buat calon-calon yang memohon dan semoga mendapat keputusan yang terbaik.