Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) Bukan Kakitangan Awam. Berita baik buat golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri. Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk bukan kakitangan kerajaan dengan bantuan maksimum sebanyak RM60,000 telah diwujudkan. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat rujukan pemohon.
SPP adalah salah satu usaha Kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini dapat memiliki rumah sendiri. Melalui kemudahan pinjaman SPP ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.
Senarai Isi Kandungan
Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Skim Pinjaman Perumahan atau SPP meliputi pautan Borang permohonan, syarat kelayakan, syarat pinjaman, syarat cagaran dan pembinaan rumah.
Cara Mohon Skim Pinjaman Perumahan (SPP)
Untuk makluman, permohonan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) bagi nilai pinjaman maksimum sebanyak RM60,000 akan dibuka bermula dari 1 Januari 2018. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Pinjaman SPP :-
Hantar Ke
Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara
Sumber pinjaman adalah dari Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).
Syarat Kelayakan Permohonan SPP
Untuk memohon, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan seperti berikut :-
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 70 tahun
- Bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
- Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
Syarat Pinjaman
Syarat-syarat pinjaman SPP adalah seperti berikut :-
- Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun
- Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
Syarat Pinjaman Generasi Kedua pula adalah seperti dinyatakan dibawah ini :-
- Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan
- Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
- Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
Syarat-syarat lain SPP adalah seperti berikut :-
Syarat Cagaran Tanah
- Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah
- Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman
- Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;-
- Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
- Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
Syarat Pembinaan Rumah
- Rumah kos rendah – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
- Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA
- Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
- Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
- Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Maklumat Lanjut
Peminjam perlu melantik kontraktor sendiri mengikut syarat pembinaan dan pelan rumah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Pemohon tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran Borang SPP yang telah lengkap diisi, sila rujuk kepada :-
- Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
- Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
- 62100 Putrajaya
MALAYSIA - Portal Rasmi Jab Perumahan Negara
No Telefon, Fax & Emel
- Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my
Selamat membuat Permohonan SPP Skim Pinjaman Perumahan untuk bukan Kakitangan Kerajaan dengan mengikuti panduan yang dikongsikan. Moga hasrat anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.