Berita baik buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang berhasrat untuk memiliki rumah atau tempat tinggal sendiri. Adakah anda tergolong dalam golongan pekerja yang tiada penyata gaji bulanan seperti petani, peniaga kecil, nelayan, operator kilang dan pekerja am serta ingin memiliki rumah? Usah risau, melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) anda berpeluang untuk memiliki rumah pertama berharga RM300 ribu dan ke bawah walaupun hanya bergaji bersih RM1,000 sebulan. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 buat rujukan semua.
Terkini : Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% harga belian
Senarai Isi Kandungan
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Buat makluman semua, Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan dan diperbadankan pada 6 Disember 2007.
Penubuhan SJKP oleh pihak Kerajaan merupakan suatu usaha untuk mengatasi kesukaran yang dialami golongan yang berpendapatan tidak tetap dalam memperoleh kemudahan kewangan untuk membeli rumah kediaman sendiri. Penubuhan SJKP dapat menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 yang merangkumi syarat /kriteria kelayakan, panduan permohonan dan senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP.
Juga dikongsikan kalkulator pembiayaan dan soalan lazim SJKP.
Kriteria Kelayakan Permohonan SJKP
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tidak tetap (sebagai contoh peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan) atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami
- Pembelian rumah kediaman baru atau di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan
- Pendapatan purata kasar bulanan sekurang-kurangnya RM1,000
- Mesti bermastautin dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan di mana permohonan dilakukan
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman kurang dari 65 peratus daripada pendapatan kasar
- Rekod tunggakan CCRIS kurang dari dua (2) bulan untuk tempoh 12 bulan terkini
- Tiada rekod buruk/negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini
Terma Dan Syarat Pembiayaan SJKP
- Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100 peratus daripada harga pembelian bergantung kepada pembiayaan maksima RM300 ribu (termasuk MRTA / MRTT)
- Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka Sahaja
- Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun (mana-mana yang terdahulu)
- Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
- Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan tiga (3) bulan bayaran setiap bulan
Proses Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Berikut dikongsikan panduan untuk membuat permohonan pembiayaan perumahan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP):
Langkah Memohon SJKP
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan memperoleh dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut perlulah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohon pembiayaan perumahan di mana-mana cawangan institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini
Kalkulator Pembiayaan Perumahan
Sekiranya anda ingin mengira jumlah pembiayaan perumahan, boleh gunakan Kalkulator Pembiayaan Perumahan di bawah:
- Akses pautan : Kalkulator Pembiayaan Perumahan SJKP
- Masukkan Jumlah Pembiayaan, Tempoh dan Kadar Faedah
- Klik butang Kira
- Ansuran Bulanan yang perlu dibayar akan dipaparkan oleh sistem
*Nota : Sila rujuk institusi kewangan anda untuk ansuran bulanan sebenar
Institusi Kewangan Yang Terlibat
Senarai institusi kewangan yang terlibat dengan SJKP Berhad adalah seperti berikut:
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- Affin Bank
- Affin Islamic
- Agro Bank
- Ambank Group
- AmIslamic Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- BSN
- Bank Rakyat
- Maybank
- Maybank Islamic
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
Maklumat Penting Permohonan SJKP
Berikut dikongsikan antara maklumat penting yang perlu diambil perhatian berkaitan SJKP:
- Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana sahaja tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000
- SJKP tidak hanya tertakluk kepada rumah-rumah yang dibina oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri sahaja tetapi terbuka juga kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta
- Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak hanya tertakluk kepada rumah yang baru dibina sahaja tetapi juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan
- Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan untuk tujuan pembiayaan semula
- SJKP khusus untuk pembelian rumah kediaman saja, tidak boleh memohon untuk membeli rumah kedai dan sebagainya
- Permohonan bersama (suami dan isteri) boleh dilakukan walaupun salah seorang mempunyai pendapatan bulanan yang tetap
Soalan Lazim SJKP
Untuk mengetahui maklumat tambahan berkaitan SJKP, klik pautan di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan SJKP 2020, rujuk butiran di bawah:
Alamat SJKP
- Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur
No. Tel
- 03-2096 5000
Faks
- 03-2096 5090
E-mel
- enquiry@sjkp.com.my
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya mendapatkan kediaman pertama anda.