Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 (eSSEM) & Semakan Tawaran. Cara mohon melalui borang online tahun enam (6) melalui e-SSEM.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 & Semakan Tawaran

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2025 Online. Perhatian buat Tahun Enam (6) yang berminat dan berkelayakan untuk memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2025. Berita baik buat anda, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia akan memaklumkan tarikh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online Tingkatan Satu (1) melalui applikasi e-SSeM pada satu tarikh pada bulan Julai 2024.

Kepada ibu bapa yang ingin tahu, Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi. Sekolah Seni Malaysia menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2022 Online Tingkatan Satu
Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025 Online Tingkatan Satu (1)

Pengambilan murid dilaksanakan setiap tahun melibatkan murid Tingkatan Satu yang akan ditempatkan di empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia dan satu (1) buah sekolah menengah yang menawarkan Program Pendidikan Seni.

Sebagai panduan buat ibu bapa dan pelajar, berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2025 yang boleh di mohon secara online.

  • Applikasi Permohonan : Klik e-SSeM

Pemohon boleh merujuk kepada dokumen berikut untuk panduan membuat permohonan :-

Tempoh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2025

  • Tarikh Buka : 15 Julai 2024
  • Tarikh Tutup : 15 September 2024

*Nota : Tarikh yang tepat (RASMI) seperti dimaklumkan di Portal Rasmi KPM

Check Tawaran ke SSeM

  • Januari/ Februari 2025, tahun sebelum ini semakan bermula 26 Februari 2024
  • Cara check status application Sekolah Seni Klik CHECK STATUS

Syarat Kelayakan Memohon Sekolah Seni Malaysia 2025 Form 1

Berikut adalah syarat permohonan eSSEM 2025 :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  4. Calon mesti dari sekolah kerajaan/bantuan kerajaan
  5. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Permohonan ini adalah terbuka kepada murid-murid Tahun Enam yang bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja

Syarat Kemasukan SSeM

  1. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan
  2. Lulus Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Semakan Tawaran Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2024 Online

Panduan buat pelajar UPSR (Tahun enam) 2023. Bilakah tarikh semakan sesi serlahan dan semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2024 ambilan Tingkatan 1? Berikut dikongsikan maklumat semakan status application ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ambilan tahun 2024 yang boleh disemak melalui applikasi semakan atas talian eSSEM.

Tarikh rasmi check status tawaran ke Sekolah Seni Malaysia akan diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bahagian pemberitahuan. Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal KPM dari masa kesemasa dalam mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2020 Online

Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia. Untuk makluman, application ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka bermula dari tarikh 3 Julai sehingga 15 September 2023.

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2024 Secara Online

Berikut adalah tarikh-tarikh penting pengambilan Sekolah Seni Malaysia 2024 secara Online meliputi semakan tawaran dan semakan serlahan seni serta rayuan.

Semakan Sesi Serlahan Seni Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2024 boleh disemak seperti berikut :-

A. Semakan Sesi Serlahan Seni

  • Tarikh semakan : 3 Oktober 2023

B. Semakan Tawaran Keputusan

Semakan tawaran keputusan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) sesi 2024 akan dibuka untuk semakan seperti maklumat berikut :-

  • Tarikh Semakan : 26 Februari 2024
  • Semakan Rayuan Ke Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2024 boleh dibuat pada :-
    • Tarikh : akan dikemaskini

Applikasi Semakan Sekolah Seni Malaysia

Keputusan Serlahan Seni dan Tawaran boleh disemak melalui applikasi semakan secara atas talian/ online di

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan. Anda boleh hubungi

  • Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Selamat membuat Permohonan & semakan. Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke SSeM seperti yang dihajatkan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *