Permohonan Sekolah Khusus 2025 Dan Semakan PKSK Online. Kaedah pentaksiran baharu ke form 1 & form 4 dan cara semak pusat pksk.

Permohonan Sekolah Khusus 2025 & Semakan PKSK Online

Perhatian kepada murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3 tahun 2024. Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah baharu bagi permohonan kemasukan melalui single-entry point. Sebagai panduan buat semua, berikut adalah perkongsian berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2025 termasuk semakan PKSK Online.

Untuk makluman, Sekolah Khusus KPM adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Justeru, bagi mereka yang berminat untuk menempatkan diri di salah satu Sekolah Khusus KPM hendaklah memohon melalui cara-cara permohonan yang dikongsikan di bawah. Tambahan pula, satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat pada Oktober 2024 digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Permohonan Sekolah Khusus permohonan PKSK Online

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2025 PKSK Online

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Di bawah adalah maklumat seperti tarikh-tarikh penting dan cara memohon kemasukan ke Sekolah Khusus 2024 PKSK Online serta berkaitan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus untuk rujukan semua.

Tarikh Penting Permohonan & Semakan PKSK 2025

TARIKH PENTING PERMOHONAN & SEMAKAN PKSK 2025
PERKARATINGKATAN 1TINGKATAN 4
Permohonan dalam talian1 Ogos hingga 8 September 2024
1 Ogos hingga 8 September 2024
Semakan Pusat PKSK13 September hingga 17 Oktober 202413 September hingga 3 Oktober 2024
Pelaksanaan PKSK7 hingga 17 Oktober 2024
23 September hingga 3 Oktober 2024
Keputusan Tawaran31 Januari 202531 Januari 2025
Pendaftaran Pelajar18 Februari 202518 Februari 2025
Rayuan Permohonan??
Keputusan Rayuan ??

Pautan Borang Online Sekolah Khusus

Seperti yang dinyatakan oleh KPM, pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus KPM bagi ambilan tahun 2025 perlu memohon melalui satu applikasi yang sama seperti di pautan https di bawah:

Semasa membuat permohonan, pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid (sama seperti APDM) dan nombor MyKad penjaga utama yang didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memasuki sistem. Hal ini supaya padanan dapat dibuat oleh sistem dengan maklumat murid yang terdapat dalam pangkalan data murid APDM.

Selain itu, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah sama ada SBP, SMKA, SMT, KV atau MTD, jenis aliran, pengkhususan sekolah, kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan dan pusat pentaksiran pilihan. Beberapa butiran lain yang perlu didaftarkan bagi memohon dan menduduki PKSK secara berpusat bagi kemasukan Tingkatan 1 2025 serta lepasan pelajar Tingkatan 3 2024 yang layak memohon setelah PT3 dibatalkan.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus akan menjalani satu pentaksiran berpusat sebagai proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Berdasarkan kenyataan media oleh KPM, sebanyak 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM.

Berikut merupakan format PKSK untuk rujukan pelajar:

1. Terdapat tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan).

2. Bahagian A adalah untuk mengenal pasti karakter murid yang mempunyai 30 soalan objektif. Tiada jawapan yang betul atau salah dan skor markah adalah 20%

3. Bahagian B pula adalah untuk mengukur tahap kognitif pelajar yang merangkumi IQ, Pengetahuan Am dan penyelesaian masalah. Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan & kefahaman manakala soalan matematik dan sains bersifat kualitatif & kuantitatif. Tempoh yang diberikan adalah 90 minit untuk menjawab 70 soalan objektif dan skor markah adalah 70%

4. Bahagian C pula menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai wajaran skor sebanyak 10%. Calon perlu memilih satu karangan daripada 3 tajuk karangan pilihan yang diberikan. Bahagian ini adalah untuk melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan.

5. Pelaksanaan PKSK akan dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Semakan Pusat PKSK1 & 4

Semakan Pusat PKSK bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat bermula 13 September 2024 di sistem permohonan sekolah khusus.

Pelajar diingatkan supaya semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan yang dinyatakan diatas dan patuhi tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan. Semakan status PKSK akan dilaksanakan adalah mustahak kerana tiada ujian ulangan. Di bawah adalah Jadual Sesi Pentaksiran Sekolah Khusus PKSK yang ditetapkan oleh KPM:

Jadual-Pentaksiran-Kemasukan-Sekolah-Khusus-permohonan-PKSK-2024

Sila bawa bersama kad pengenalan, slip dan alat tulis serta berpakaian seragam sekolah lengkap ketika menghadiri pentaksiran. Pastikan juga pelajar dalam keadaan sihat, tidak bergejala, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Semakan Keputusan Sekolah Khusus

Sekiranya pelajar berkelayakan dan terpilih untuk mendapat tempat di salah satu sekolah khusus yang dimohon, pelajar boleh melakukan semakan keputusan permohonan di:

Rayuan Permohonan Sekolah Khusus

Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan boleh membuat rayuan pada aplikasi yang sama untuk membuat semakan tawaran mengikut tarikh berikut:

1. Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 1 dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini (Tahun lepas: 24 Mac 2023 hingga 10 April 2023)

Keputusan rayuan permohonan akan diumumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan melalui aplikasi semakan

2. Rayuan permohonan kemasukan Tingkatan 4 dibuka pada tarikh yang akan dikemaskini (Tahun lepas: 24 Mac 2023 hingga 10 April 2023)

Keputusan rayuan permohonan akan diumumkan pada tarikh yang akan diumumkan melalui aplikasi semakan

Carta Alir Permohonan PKSK KPM 2024

Di bawah adalah carta alir bagi tahun 2024 sebagai rujukan. Carta bagi tahun 2025 akan dikemaskini.

carta-alir-permohonan-sekolah-khusus-2024-Tingkatan-1carta-alir-permohonan-sekolah-khusus-2024-Tingkatan-4kapasiti-permohonan-sekolah-khusus-2024

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan sebarang pertanyaan berkaitan permohonan bagi ambilan tahun 2025 sila rujuk pautan di bawah:

Info Sekolah Khusus Tingkatan 1

Info Sekolah Khusus Tingkatan 4

No. Telefon Bahagian Pengurusan SBP : 03 8217 400

No. Telefon Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional : 03 8884 5154

No. Telefon Bahagian Pendidikan Islam : 03 8321 7200

No. Telefon Unit Pengambilan Dan Promosi MTD :  03 8946 5562/ 5565

Selamat membuat Permohonan PKSK Online kepada pelajar yang berminat. Diharapkan permohonan anda berjaya diterima.

Related : pemilihan murid untuk kemasukan ke tingkatan satu, pentaksiran bagi tingkatan satu, memperkenalkan pentaksiran kemasukan sekolah, tujuan pemilihan murid untuk, membuat semakan pusat pentaksiran, murid tahun enam, lahir pada 2 januari 2008, pautan https spskt4.moe.gov.my, pksk secara dalam talian yang dipohon nama sekolah pilihan pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran, pembatalan ujian penilaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam apdm,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *