Berita baik buat pelajar Tahun Enam 2025 yang ingin memasuki Sekolah Kawalan Tingkatan 1 (Form 1). Bermula pengambilan tahun 2018, tiada lagi permohonan Sekolah Kawalan – KRK. SMKA. SABK. KAA secara atas talian/ online. Ibu bapa/ penjaga perlu mengisi permohonan melalui borang manual yang akan diedarkan oleh Sekolah Rendah dimana permohonan seterusnya akan dilengkapkan oleh Guru Kelas (Sekolah Rendah) melalui APDM.
Sekolah Kawalan Menengah meliputi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK).
Terkini: Berdasarkan Kenyataan Media, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun 2021 dan tahun-tahun seterusnya. Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat.
Senarai Isi Kandungan
Cara Membuat Permohonan Sekolah Kawalan Tahun 2025
Berikut dikongsikan panduan permohonan Sekolah Kawalan kemasukan Tingkatan 1 2025 untuk pelajar tahun enam 2024. Bagi tahun 2024, maklumat akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman dikeluarkan oleh KPM.
Permohonan SMKA 2025
Bagi tahun 2025, maklumat permohonan SMKA adalah seperti berikut:
- Mula : 1 Ogos 2024
- Tutup : 8 September 2024
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bagi tahun pengambilan 2025 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem aplikasi KPM seperti di bawah
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my
Berikut adalah keterangan mengenai perincian lanjut permohonan SMKA bagi ambilan tahun 2025:
Permohonan Sekolah Kawalan 2025 (Tarikh Penting)
- Mula : –
- Tutup : –
- Seperti dinyatakan, tiada lagi permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah secara dalam talian (online) bermula ambilan tahun 2018
- Semua calon akan diberikan borang permohonan manual KRK001 bagi tujuan pengisian pilihan sekolah, calon akan mengisi pilihan aliran yang dipohon dan perlu diserahkan kepada guru kelas masing masing untuk tindakan permohonan. Pengisian borang permohonan Sekolah Kawalan boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga. Tarikh borang permohonan dikeluarkan / diedarkan adalah bergantung kepada pengurusan sekolah anak masing-masing
- Pelajar hanya perlu mengisi maklumat pencapaian ko-kurikulum, pencapaian akademik dan mengisi pilihan permohonan. Maklumat asas pemohon telah diambil dari sistem pangkalan data murid dan murid tidak perlu mengisi maklumat asas permohonan KRK001 yang TIDAK dikembalikan akan dianggap sebagai calon tidak memohon
- Borang permohonan KRK001 yang TIDAK dikembalikan akan dianggap sebagai calon tidak memohon
*Nota : Tarikh permohonan adalah berbeza bagi setiap negeri. Pemohon perlu rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri bagi tarikh yang tepat.
Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan informasi berkaitan permohonan Sekolah Kawalan daripada pihak sekolah.
Senarai Negeri
- JOHOR
- KEDAH
- KELANTAN
- KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- PAHANG
- TERENGGANU
- PERAK
- PERLIS
- PULAU PINANG
- SABAH
- SARAWAK
- SELANGOR
Permohonan dan kemasukan ke program khas 2021 adalah berdasarkan kepada “State Base” dan “District Base”, permohonan dan penempatan adalah kawalan negeri sepenuhnya. Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah akan menyelaras permohonan, memproses dan menawarkan tempat kepada calon-calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Permohonan SMAN
Pelajar lepasan Tahun 6 juga boleh membuat permohonan kemasukan ke SMAN melalui pautan URL berikut :-
- JOHOR
- KEDAH
- KELANTAN
- KUALA LUMPUR
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- PAHANG
- TERENGGANU
- PERAK
- PERLIS
- PULAU PINANG
- PUTRAJAYA
- SABAH
- SARAWAK
- SELANGOR
Semak Tawaran Sekolah Kawalan 2025
Maklumat semakan bagi tahun 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Hebahan dan keputusan boleh disemak melalui laman web Pejabat Pendidikan Daerah yang menguruskan permohonan kemasukan (application). Calon calon yang layak juga boleh mencetak surat –surat tawaran melalui laman web tersebut diatas.
Pejabat Pendidikan Daerah juga akan mencetak semua surat tawaran dan akan mengedarkan melalui sekolah asal ( sekolah rendah asal) permohonan dibuat. Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Disember 2021.
Selamat membuat permohonan Sekolah Kawalan 2025. Moga permohonan anda berjaya.