Berita baik buat penduduk negeri Perak khususnya mereka daripada golongan keterbawahan,. Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sebuah program bantuan rakyat dalam infrastruktur pembangunan perumahan yang dikenali sebagai Program Sayangi Rumahku. Program ini mensasarkan golongan keterbawahan dengan membantu menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa. Berikut adalah cara membuat permohonan Sayangi Rumahku Perak meliputi syarat kelayakan, pautan borang serta kategori permohonan.
Sayangi Rumahku merupakan program di bawah kendalian Yayasan Perak yang menyediakan program bantuan baik pulih serta bina baru rumah tanpa bayaran khas buat rakyat Perak yang mempunyai rumah yang telah uzur ataupun mengalami kerosakan rumah. Bantuan diberikan kepada golongan keterbawahan tanpa mengira latar belakang supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan selesa. Ianya berbeza dengan projek perumahan rumah mampu milik Perak.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Program Sayangi Rumahku Perak (Yayasan Perak)
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Program Sayangi Rumahku Perak melalui pengisian borang permohonan berserta syarat-syarat kelayakan permohonan.
Maklumat lain yang berkaitan adalah kategori permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara hubungi.
Cara Mendapatkan Borang Permohonan Sayangi Rumahku Perak
Permohonan bagi Program Sayangi Rumahku Perak boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan memuat turun atau download di pautan berikut:
Cari Borang Permohonan Sayangi Rumahku
Selain itu, borang juga boleh didapati secara terus di pejabat-pejabat seperti dinyatakan berikut:
i) Pejabat Yayasan Perak.
ii) Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh, Perak.
iii) Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
iv) Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan (rujuk di bawah) hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Bahagian Pembangunan Sosial,
Yayasan Perak, Tingkat 3,
No. 26 C, Persiaran Greentown 6,
Greentown Business Centre,
30450, Ipoh, Perak
Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Program Sayangi Rumahku Perak:
1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
3. Sebut Harga (bagi permohonan Baik Pulih Rumah)
4. Salinan Geran Tanah (bagi permohonan Bina Baru Rumah)
5. Surat kebenaran menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain (bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja)
6. Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah
Syarat Permohonan Program Sayangi Rumahku Perak
Berikut disediakan syarat-syarat permohonan yang perlu dilepasi bagi melayakkan diri memohon Program Sayangi Rumahku Perak:
1. Merupakan warganegara Malaysia dan berkahwin
2. Berusia 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak serta bermastautin lebih daripada 10 tahun
3. Telah berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK
4. Status tanah kediaman adalah hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan kategori bina baru)
5. Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
6. Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan kategori Baik Pulih)
Kategori Program Sayangi Rumahku Perak
Seperti yang dimaklumkan, terdapat dua kategori dalam program Sayangi Rumahku Perak iaitu seperti di bawah:
A. Baik Pulih
1. Bantuan bagi kategori Baik Pulih akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
2. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina / baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain
3. Kos Baik Pulih maksima (paling banyak) adalah sehingga RM15,000
4. Tempoh proses baik pulih adalah antara 2 hingga 4 minggu
B. Bina Baru Rumah
1. Bagi kategori Bina Rumah pula, bantuan akan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur dan sudah tidak selamat untuk diduduki dan dan tidak ekonomi untuk dibaiki.
2. Jenis rumah bina baharu boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i) Bina Baru 1 Bilik
Mempunyai keluasan 340 kaki persegi (20′ x 17′)
Kos pembinaan berjumlah RM30,000
Lakaran pelan rumah adalah seperti berikut:
ii) Bina Baru 2 Bilik
Mempunyai keluasan 440 kaki persegi (20′ x 22′)
Kos pembinaan berjumlah RM40,000
Lakaran pelan rumah adalah seperti berikut:
iii) Bina Baru 3 Bilik
Mempunyai keluasan 640 kaki persegi (20′ x 32′)
Kos pembinaan berjumlah RM45,000
Lakaran pelan rumah adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Permohonan Sayangi Rumahku Perak, sila rujuk infografik yang disediakan, layari laman web rasmi Yayasan Perak seperti pautan di bawah atau hubungi talian seperti berikut:
Talian : 05-2460227 / 05-2537779 / 05-2552929
Laman Web Rasmi : Yayasan Perak
Semoga perkongsian mengenai permohonan Program perumahan ini dapat membantu memudahkan para pamohon untuk mendapatkan bantuan. Diharapkan para pemohon boleh mendapatkan bantuan ini dengan segera dan hidup dalam keadaan selesa.