Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Yang Hilang, cara dapatkan salinan sijil peperiksaan, borang permohonan sijil spm, sijil peperiksaan hilang,

Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Hilang

Cara Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan LPM. Pasti ada pelajar yang mengalami masalah di mana sijil peperiksaan atau slip keputusan mereka samada hilang, rosak, koyak dan sebagainya? Anda tidak perlu risau kerana pelajar boleh membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan SPM/ MCE dan slip keputusan PMR/ SRP/ LCE dengan mengikuti panduan dan langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut.

Permohonan salinan keputusan peperiksaan melalui Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah melalui borang yang boleh di muat turun secara online.

Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan Hilang

Cara Memohon Salinan Keputusan Peperiksaan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan salinan keputusan peperiksaan dari LPM. Menurut peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pendidikan Penilaian dan Peperiksaan) 1997 [P.U.(A)533/97] Sijil Peperiksaan/Pernyataan Keputusan Yang Hilang Atau Rosak :

  1. Pengarah Peperiksaan boleh, apabila permohonan dibuat oleh calon mengeluarkan satu surat memperakui keputusan peperiksaan bagi maksud penggantian sijil peperiksaan atau pernyataan keputusan yang hilang atau rosak.
  2. Sijil/pernyataan keputusan peperiksaan hanya akan dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.

Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan 

Berikut adalah langkah dan arahan dalam membuat permohonan slip pernyataan keputusan Peperiksaan :-

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan. Download Borang Permohonan secara percuma
  2. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan salinan keputusan dengan lengkap beserta dengan wang proses.
  3. Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.
  4. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang di tandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan
    pemohon yang telah disahkan.
  5. Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil, tidak dibenarkan.
  6. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan salinan kad pengenalan pemohon
  7. Bayaran proses mulai 1 Januari 2015 ialah RM30.00 (Ringgit : Tiga puluh sahaja) bagi setiap salinan terjemahan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.
  8. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima.

Cara Memohon Di Kaunter LPM

Pemohon boleh datang sendiri ke Kaunter urusan LP yang dibuka pada setiap hari bekerja dan beroperasi di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Waktu urusan di kaunter LPM adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi – 4.30 petang
  • Jumaat : 8.15 pagi – 12.00 tengahari
    2.45 petang – 4.30 petang
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP

Tempoh Masa Siap

Masa yang diambil untuk memproses permohonan salina pernyataan keputusna peperiksaan di Kaunter LP adalah seperti berikut :-

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1993 atau sebelum : Masa yang diambil 7 hari bekerja
  2. SPM 1994 atau selepas : 1 jam
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1997 atau sebelum : 7 hari bekerja
  4. PMR 1009 atau selepas : 1 jam
  5. Lain-lain salinan keputusan peperiksaan : 7 hari bekerja

Nota Penting Permohonan

Bayaran proses secara tunai diterima di Kaunter Urusan LP.

  • Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
  • Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.

Permohonan Melalui Pos

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos, Kiriman Wang atau Draf Bank secukupnya atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(Tel : 03-88843526 / 3528)

Panduan Permohonan mendapatkan salinan keputusan serta panduan permohonan terjemahan salinan keputusan peperiksaan serta pengesahan keputusan peperiksaan boleh dirujuk dalam PDF di LPM.

Semoga permohonan anda dalam mendapatkan salinan keputusan peperiksaan berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *