Pendaftaran Rumah Selangorku Online Kerajaan Negeri Selangor. Anda berpendapatan rendah serta sederhana dan ingin memiliki rumah mampu milik di Negeri Selangor? Berita baik buat anda. Mereka yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Rumah Selangorku Online menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna” adalah dasar perumahan Negeri Selangor.
Kategori Rumah Selangorku termasuklah Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik. Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.
Senarai Isi Kandungan
Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku (Borang Online & Manual)
Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku secara Online beserta dengan maklumat jenis rumah dan syarat-syarat kelayakan permohonan.
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) seperti berikut :-
Selaras dengan itu, LPHS telah menambah baik sistem pendaftaran Rumah Selangorku (SPPRS) dan Sistem Pendaftaran Permohonan Kedai/ Industri Mampu Milik (SPPKI) serta membuat penambahan syarat-syarat pendaftaran seperti berikut :-
- Semua permohonan yang berdaftar sebelum tahun 2008 yang belum ditawarkan rumah dan masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku perlu mendaftar semula sebagai permohonan baru.
- Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan jenis rumah sahaja samada jenis A, B, C atau D semasa membuat permohonan.
- Gaji minimum bagi permohonan rumah Jenis B, C dan D ditetapkan tidak melebihi RM10,000 sebulan
- Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015, tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan dalam SPPRS dan SPPKI adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku atau kedai/ industri mampu milik
- Pemohon yang telah menolak tawaran akan dijadikan TIDAK AKTIF untuk tempoh selama 2 tahun dan permohonan baru hanya boleh dibuat selepas tempoh 2 tahun
- Data permohonan yang TIDAK LAYAK akan terus dikekalkan dalam sistem. Sekiranya terdapat permohonan untuk mengemaskini status TIDAK LAYAK, pemohon perlulah mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan dan permohonan tersebut akan dinilai serta diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama.
- Bermula pada 1 Januari 2015, semua permohonan rumah Jenis B, C dan D serta permohonan kedai/ industri mampu milik hendaklah di buat secara online. Oleh itu permohonan yang menggunakan borang secara manual tidak akan diterima.
Borang Online
Pemohon Rumah Jenis B, C dan D serta permohonan kedai/ industri mampu milik boleh mendaftar Rumah Selangorku secara ‘online’ di
- Laman Web eHartanah LPHS
- https ehartanah.lphs.gov.my
- Pemohon baru perlu membuat pendaftaran di NEW USER
Borang Jenis A boleh diisi secara manual dengan
- Muat turun Borang Permohonan Manual (Jenis A)
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
- Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja samada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
- Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:-
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
Penyata KWSP (jika ada); dan - Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
Semakan Status Rumah Selangorku
Keputusan permohonan boleh disemak secara online di Semak LPHS.
- Isikan No Kad Pengenalan (Contoh : 900203041234)
- Dan Klik Butang SEMAK
Maklumat Lanjut
Pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim di FAQ untuk mendapatkan maklumat lanjut Rumah Selangorku. Manual permohonan dan semakan status boleh dirujuk di LPHS.
Semoga perkongsian informasi Permohonan Rumah Mampu Milik Selangor secara Online Dan Syarat Kelayakan ini dapat membantu mereka yang berkelayakan untuk memiliki rumah sendiri di Selangor. Selamat membuat Permohonan dan semoga permohonan anda berjaya.