Permohonan Rumah PPR Online Borang Program Perumahan Rakyat Seluruh Negeri. Cara mohon rumah sewa & jual PPR ikut negeri & Portal Teduh.

Permohonan Rumah PPR Online Borang Program Perumahan Rakyat Seluruh Negeri

Berita baik buat rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah dan belum memiliki rumah sendiri. Tahukah anda tentang Program Perumahan Rakyat (PPR)? Sudahkah anda membuat permohonan PPR? Sekiranya belum, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara membuat Permohonan Rumah PPR Online melalui Pejabat Perumahan Negeri ataupun melalui Portal TEDUH SPRN termasuk cara mohon, syarat permohonan dan langkah untuk membuat semakan status permohonan PPR Online.

Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan menjalankan Program Perumahan Rakyat ini bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah. Hal ini kerana rata-rata harga rumah sekarang adalah melampaui kemampuan rakyat. Justeru itu, ia menyebabkan kesukaran untuk seseorang individu memiliki rumah sendiri terutamanya yang terletak di bandar-bandar besar.

Permohonan Rumah PPR Online

Maka dengan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat, masalah kekurangan perumahan dapat diselesaikan. Pada masa yang sama, ia dapat membantu mengurangkan masalah setinggan yang dihadapi oleh masyarakat kerana program ini memberi keutamaan terhadap golongan B40. Ia juga untuk penempatan semula setinggan ke perumahan kos rendah seperti rumah pangsa.

Permohonan Rumah PPR Online Borang Program Perumahan Rakyat Setiap Negeri

Program kerajaan untuk penempatan kos rendah ini amat menggalakkan penyertaan golongan yang berpendapatan kurang dari RM 2,500 sebulan. Disebabkan sebuah rumah biasa pun sudah mencecah enam angka dalam harga pasaran, menerusi program inilah kelompok berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Hal ini kerana rumah-rumah PPR iaitu ppr disewa dan ppr dimiliki, disewa dan dijual dengan harga yang mampu dimiliki. Berikut merupakan kadar harga rumah PPR:

-Sewa: RM 124 sebulan (untuk golongan berpendapatan rendah)

-Jual: RM 30,000 – RM 35,000 seunit (rumah untuk dijual hanya dilaksanakan di negeri Pahang buat masa ini)

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sekiranya ingin membuat permohonan PPR:

1.Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun

3. Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah kurang dari RM 2,500

4. Pemohon mestilah belum memiliki rumah

5. Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Cara Membuat Permohonan Rumah PPR Online

Permohonan PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) secara dalam talian melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my atau melalui SUK Perumahan Negeri

Untuk membuat permohonan secara Online, sila rujuk kepada panduan di bawah.

i) Permohonan Program Perumahan Rakyat Melalui SPRN Sistem Pengurusan Rumah Negara (Portal TEDUH)

TEDUH merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyediakan satu gerbang utama perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta. TEDUH dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Highlights TEDUH adalah menyediakan maklumat peratusan pembinaan projek yang dikemaskini oleh pemaju, berfungsi sebagai One Stop Centre untuk carian Projek Perumahan Awam dan juga carian Pemaju Perumahan Swasta.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ adalah permohonan perumahan bagi memudahkan rakyat mengakses dan mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh JPN.

Pautan Rumah Mampu Milik yang terdapat dalam Portal TEDUH adalah :-

1.PPAM

2. MyHome

3. Rumah Transit

4. PPR Dimiliki

5. PPR Disewa

6. Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Untuk membuat permohonan program Rumah Mampu Milik yang dinyatakan diatas sila rujuk kepada pautan berikut beserta dokumen sokongan yang diinginkan :-

Laman Web Utama TEDUH

https teduh.kpkt.gov.my

Daftar akaun baharu SPRN

Log Masuk Pemohon

Manual Pengguna SPRN

Prosedur permohonan, syarat-syarat kemasukan serta cara/kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing

ii) Permohonan Melalui SUK Perumahan Negeri

Untuk negeri yang tidak menawarkan permohonan secara atas talian, pemohon hendaklah membuat permohonan secara manual dengan menghadirkan diri ke Pejabat Bahagian Perumahan negeri yang terlibat. Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan yang akan menguruskan Proses permohonan dan pengisian.

Untuk maklumat lanjut, klik pada pautan-pautan ini merupakan laman web rasmi pihak berkuasa tempatan SUK Perumahan untuk setiap negeri.

JOHOR

PAHANG

PERLIS

MELAKA

PERAK

PULAU PINANG

NEGERI SEMBILAN

KELANTAN

SARAWAK

SELANGOR

KEDAH

SABAH

KUALA LUMPUR

TERENGGANU

LABUAN

Semakan Status Permohonan Rumah PPR Online

Berikut dikongsikan maklumat serta cara membuat semakan status permohonan PPR Online bagi yang telah mengemukakan permohonan:

Klik pada pautan: Semakan Status Melalui SPRN

-Masukkan No Kad pengenalan Pemohon dan kata laluan

-Klik butang Semak

Ciri-Ciri Rumah PPR 

Ciri-ciri rumah PPR atau rekabentuk perumahan kos rendah mengikut Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005) adalah seperti berikut:

1.Rumah teres untuk kawasan pinggir bandar rumah PPR

2. Rumah 5 hingga 18 tingkat untuk rumah di kawasan bandar besar rumah PPR

3. Mempunyai tiga sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, sebuah ruang dapur dan dua buah bilik air

4. Memiliki keluasan 700 kaki persegi atau lebih

5. Dilengkapi dengan fasiliti asas. Antaranya adalah Surau, Ruang Niaga, Dewan Komuniti dan Ruang Sampah

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh kunjungi alamat, layari laman web atau hubungi nombor telefon yang disediakan di bawah:

Alamat: Pengarah, Bahagian Pembangunan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 30, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

No. Telefon: 03-88914356

Laman Web: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Semoga dengan perkongsian ini, urusan anda untuk membuat permohonan rumah PPR dipermudahkan. Selamat berjaya memiliki rumah Program Perumahan Rakyat.

Related : keluasan tidak kurang, projek ppr, pilih skim, memenuhi keperluan, tempat kediaman, jenis rumah, skim ppr, senarai projek, program ppr, skim perumahan mampu milik disewa, keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi, kawasan pinggir bandar jenis rumah teres, kedua dua program ppr, syarat kelayakan, kementerian perumahan kos rendah rumah pangsa, kawasan bandar bandar besar, standard perumahan kos rendah rumah pangsa binaan 3 bilik tidur 1 ruang tamu 1 ruang dapur 2 bilik air, bandar besar jenis rumah bertingkat, berumur 18 tahun ke atas, sistem pengurusan perumahan kos rendah rumah pangsa, sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan, penyewa akan diberikan notis enam 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah
jabatan perumahan kos rendah rumah pangsa, muat naik dokumen di dalam format hanya pdf dan saiz dokumen tidak melebihi 3mb, agensi pelaksana utama bagi projek projek, muatnaik dokumen sokongan seperti yang dipaparkan mengikut
kata laluan yang telah ditetapkan, terdapat maklumat pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *