Berita baik buat semua warga dan penduduk Negeri Perak yang berminat dan berkelayakan untuk memiliki program rumah Kos Rendah, Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik di Negeri Perak. Permohonan Rumah Perakku boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian/ online di Portal Rasmi PLHP (Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak).
Menyediakan rumah yang selesa, berkualiti, mampu dimiliki dan mencukupi untuk golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak dari masa kesemasa melalui LPHP.
Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku Perak (Bina Baru & Baik Pulih)
Senarai Isi Kandungan
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP)
Diantara peranan utama LPHP adalah seperti berikut :-
Melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa dan dimiliki
Menguruskan penjualan rumah PPR dimiliki
Memproses urusan pindah milik Rancangan Perumahan Awam
Membuat tawaran semula Rancangan Perumahan Awam
Mengurus penyewaan Program Perumahan Rakyat Disewa
Mendaftar permohonan membeli Rumah Kos Rendah melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT)
Borang Permohonan Rumah Perakku (Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Perak)
Berikut dikongsikan maklumat permohonan rumah mampu milik Perak meliputi borang permohonan, syarat permohonan, salinan dokuman yang diperlukan dan cara hubungi.
Kategori Rumah Dipohon
Berikut adalah kategori permohonan rumah mampu milik Negeri Perak :-
1.Sewa
2. Perumahan Perwira
3. Rumah Kos Rendah
4. Rumah Kos Sederhana
5. Program Perumahan Rakyat
6. Rumah Mampu Milik
7. My Beautiful New Home
Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan seperti berikut :-
Pra Syarat Permohonan
1.Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
3. Pendapatan isirumah tidak melebihi : RM 3,000.00 sebulan (Rumah Kos Rendah berharga RM70,000 dan ke bawah)
4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3, 001 hingga RM7,000 sebulan (Rumah Kos Sederhana berharga RM70,0001 hingga RM140,000)
5. Rumah Mampu Milik berharga RM140,0001 hingga RM250,000 : Pendapatan terbuka
Borang permohonan Program Perumahan Perakku boleh di akses melalui pautan berikut :-
Arahan Pengisian Borang Rumah Mampu Milik Perak
A. Sila pastikan borang diisi dengan sempurna
B. Sila lampirkan salinan dokumen yang diperlukan speerti berikut :-
1.Kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/ suami
2. Sijil nikah / Daftar perkahwinan
3. Sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan
4. Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
5. Slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/ suami
6. Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
7. Sekeping gambar warna Ukuran pasport (Terbaru).
Nota
Pemohon boleh mengimbas dokumen-dokumen di kedai fotostat berhampiran
Sekiranya borang tidak lengkap, permohonan akan ditolak
Pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
Semakan Status Rumah Perakku
Untuk menyemak status semakan permohonan, sila layari pautan berikut :-
Semakan Status
Senarai Projek Rumah Mampu Milik Perak
Melalui makluman Facebook LPHP, pihak LPHP akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di kawasan-kawasan berikut :
Chemor Ipoh Perak – Rumah Bandar (Town House) – 56 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
Tanah Hitam, Chemor – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
Malim Nawar Kampar Perak – 62 unit – Rumah Teres Setingkat – Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
Kg. Serdang Setiawan – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
Batu 10, Lekir Setiawan – 340 unit – Rumah Teres Setingkat – 340 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 85,000.00
Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak – Rumah Belia – Teres Setingkat – 92 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
Pihak LPHP sedang merancang banyak lagi pembangunan perumahan yang berharga RM 70,000 – RM 100,000.00 di setiap daerah di Negeri Perak.
Maklumat Lanjut & Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan atau pendaftaran boleh terus menghubungi atau faks kepada pihak LPHP melalui :-
Tel : 05 – 209 5540 / 05 – 209 5054 / 05 – 209 5053
Faks : 05 – 2530001
Selamat membuat permohonan pendaftaran rumah Mampu Milik Negeri Perak. Moga permohonan anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.
Related : kawasan bandar, rumah tidak melebihi rm, rumah pertama, maklumat pendaftaran perumahan, salinan sijil, alamat email pendapatan isi rumah tidak melebihi rm3,861 hingga rm7,000 sebulan rumah perakku i kos melebihi rm3,860 sebulan sila bawa dokumen asal pemohon digalakkan menggunakan komputer rm90,000 dan ke bawah sokongan semasa proses temuduga untuk membuat pendaftaran perumahan digalakkan menggunakan komputer untuk perakku i kos rendah komputer untuk membuat pendaftaran rumah tidak melebihi rm3,860, salinan kad pengenalan, selamat dan isteri suami dari ahli dewan undangan negeri, warganegara malaysia, digunakan supaya anda boleh menerima email daripada lphp selepas mendaftar, slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut turut dan penyata kwsp pemohon dan isteri suami dari ahli dewan undangan negeri, aras g bangunan perak darul ridzuan jalan panglima bukit gantang wahab, sila simpan maklumat ini ditempat, salinan sijil kelahiran kad pengenalan anak anak dan lain lain tanggungan, kos sederhana rm90,001 hingga rm180,000, warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas,