eRumah Johor – Borang Permohonan Online Dan Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMBJ/ RMMJ). Pernah dengar mengenai RMMJ? Berita baik buat rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan ingin memiliki rumah mampu milik sendiri. Berikut dikongsikan panduan cara membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara online. Maklumat yang dikongsikan termasuk borang permohonan atas talian, syarat permohonan dan cara mendaftar.
Umum sedia maklum yang rumah mampu milik adalah rumah yang dibina untuk keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Setiap negeri mempunyai Program Rumah Mampu Milik mereka sendiri. Contohnya Negeri Selangor dengan Rumah Selangorku. Wilayah Persekutuan melalui Majlis Agama Islam WP dengan Rumah RUMAWIP dan tidak terkecuali Pulau Pinang dengan eRumah dan Perak dengan Perakku.
Senarai Isi Kandungan
Cara Mohon Rumah Mampu Milik Negeri Johor (RMMJ)
Pembinaan Rumah Mampu Milik atau rumah mampu biaya johor (rmbj) masa kini amat diperlukan bagi membantu mereka yang sukar untuk membeli rumah terutama di bandar-bandar besar, Kos sara hidup dan keadaan ekonomi yang tidak menentu juga menyukarkan orang ramai untuk memiliki rumah sendiri. Rakyat Johor selain RMMJ, kini juga boleh mendaftar Rumah Impian Sultan Ibrahim (Rumah Impian Bangsa Johor) yang telah dilancarkan pada bulan Mac 2017 yang lalu.
A. e-Rumah Johor : Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Secara Online
Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor atau RMMJ kategori individu secara online. Menurut Portal Rasmi http://erumah.johor.gov.my/, Rakyat Johor yang layak boleh mendapatkan rumah mampu milik Negeri Johor dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara online. Sebarang permohonan yang menggunakan borang bercetak tidak akan diterima.
Langkah 1
- Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Pendaftaran hendaklah dibuat di DAFTAR AKAUN SEKARANG
Langkah 2
- Login ke Akaun SUKJ. Sila kemaskini akaun dan pastikan anda memberi maklumat diri yang betul dan tepat.
Langkah 3
- Pilih Mukim dan kategori rumah dan hantar permohonan
Langkah 4
- Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan serta membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.
B. Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor
Berikut adalah syarat-syarat permohonan RMMJ. Sila baca sebelum membuat permohonan secara atas talian/ online.
- Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM8,000
- Berkahwin / bujang layak memohon
- Hanya satu permohonan bagi pasangan suami /isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
- Pemohon/ pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
- Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/ RKSR/ PKJ A/ PKJ B boleh memohon RMMJ
- Mereka yang telah memiliki rumah kos sederhana/ mewah TIDAK LAYAK memohon
- Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/ BATAL
- Semua DOKUMEN SOKONGAN dan SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
- Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
- Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana Rendah di dalam Negeri Johor
- TEMPOH SAH pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaj boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon
C. Jenis Rumah RMMJ Dan Syarat Kelayakan Gaji
Berikut adalah senarai jenis rumah dan kedai yang ditawarkan beserta dengan syarat kelayakan gaji pemohon:-
1. Rumah Komuniti Jenis A
- Harga Rumah : RM 42000.00 (Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00)
2. Rumah Komuniti Jenis B
- Harga Rumah : RM 80000.00 (Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00)
3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah
- Harga Rumah : RM 150000.00 hingga RM 220000.00 (Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00)
D. Baucar RM1 Ribu
Kerajaan Negeri Johor telah mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah. Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Borang Permohonan Baucer RM1000 boleh didapati di kaunter Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).
- Borang Permohonan Baucar RM1Ribu
Bayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan tuntutan yang lengkap. Untuk syarat-syarat kelayakan pula, hanya pembeli yang membeli rumah jenis Perumahan Komuniti Johor (PKJ)A, (PKJ)B dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sahaja layak mendapat baucar. Pembeli hanya layak diberi sekali sahaja oleh pembeli dan pasangannya.
E. Maklumat Lanjut Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
Berikut dikongsikan link-link penting berkaitan permohonan RMMJ secara online
- Soalan Lazim Permohonan (FAQ) RMMJ
- Manual Pengguna RMMJ Dan Lot Bumiputera
- Semakan Permohonan, Klik Keputusan RMMJ
Adakah RMMJ Sama Dengan PR1MA?
- TIDAK. Rumah mampu milik Johor atau RMMJ adalah dibawah Kerajaan Negeri Johor. Penawaran rumah dibuat oleh SUKJ Bahagian Perumahan dan projek dibangunkan oleh pihak pemaju dan pengguna harus mendaftar di Portal eRumah Johor. Manakala PR1MA pula dibawah Kerajaan Persekutuan dimana penawaran rumah dan pembangunan projek dibuat oleh PR1MA sendiri. Pengguna mestilah mendaftar di Laman Web PR1MA. Panduan permohonan di MOHON PR1MA.
Cara Hubungi
Berikut adalah maklumat senarai cawangan Bahagian Permuahan di Negeri Johor untuk kemudahan pemohon. Pemohon yang ingin mengemaskini mukim pilihan dan kategori rumah mamu milik Johor perlulah datang mengunjungi kaunter :-
Bahagian Perumahan Negeri Johor
- Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261/ 07-2666263 - Laman Facebook SUKJ Bahagian Perumahan
Waktu Bekerja
- Ahad hingga Rabu : Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Khamis : 8.00 pagi hingga 3.30 petang
- Jumaat dan Sabtu : Tutup
ATAU
- Datang ke UTC Galleria Kota Raya atau Pejabat Cawangan SUKJ Perumahan di beberapa daerah seperti berikut :-
F. Senarai Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Cawangan Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan)
1. Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)
- d/a Majlis Perbandaran Muar
- 84000 Muar, Johor.
2. Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)
- No 3, Aras Bawah, Blok A
Rumah Pangsa Batu Pahat
83000 Batu Pahat
Johor
3. Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)
- d/a Pejabat Daerah Kluang
- 86000 Kluang, Johor.
4. Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)
- No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
- Jalan Dato’ Wan Idris,
- 85000 Segamat, Johor.
5. Bahagian Perumahan (Cawangan Tangkak)
- Pejabat Daerah Tangkak
Jalan Dataran 2
84000 Tangkak
SUMBER : ePerumahan Johor
Selamat membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara online melalui Portal eRumah Johor. Semoga permohonan untuk memliki rumah RMMJ sendiri berjaya diluluskan.
Related : cara permohonan, layak untuk memohon, cara permohonan bagi pasangan suami isteri, melebihi had pendapatan seisi rumah, menetap di johor sukj bahagian perumahan telah membangunkan sistem erumah sebagai portal hartanah negeri johor, pejabat setiausaha kerajaan johor sukj bahagian perumahan telah membangunkan sistem erumah sebagai portal hartanah negeri johor, pemohon pasangan yang telah memiliki rkr selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua rmb b, tempoh sah pendaftaran rumah adalah dua tahun dari tarikh pendaftaran,