Perhatian buat rakyat negeri Pahang yang kurang berkemampuan tetapi ingin memiliki rumah kediaman buat kali pertama. Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan satu lagi inisiatif bantuan dalam pemilikan rumah khusus buat golongan berpendapatan rendah iaitu Perumahan Awam Negeri Pahang Darul Makmur. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Rumah Kos Rendah Pahang secara Online termasuk pendaftaran rumah kos sederhana rendah.
Program Perumahan Awam Negeri Pahang Darul Makmur meliputi dua jenis kategori iaitu Perumahan Kos Rendah yang juga dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat serta Perumahan Kos Sederhana Rendah. Projek Perumahan Kos Rendah dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara yang merupakan agensi pelaksana utama projek-projek PPR di seluruh Malaysia. Manakala Projek Perumahan Kos Sederhana Rendah pula dilaksanakan oleh pemaju swasta.
Bagi Projek Perumahan Kos Sederhana Rendah, pemaju swasta telah disyaratkan untuk pembangunan tanah melebihi 5 ekar bagi pembangunan bercampur dengan mempunyai kadar 30% daripada jumlah unit kediaman yang dibina adalah perumahan kos sederhana rendah. Dasar Kerajaan Negeri juga menyatakan bagi penyediaan rumah ini ianya dikecualikan bagi Tanah Rizab Melayu.
Senarai Isi Kandungan
Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang dan Rumah Kos Sederhana Rendah Secara Online
Permohonan bagi projek Rumah Kos Rendah Pahang serta Rumah Kos Sederhana Rendah Pahang boleh dibuat secara atas talian sahaja iaitu menerusi laman sesawang sistem perumahan awam Pahang seperti pautan di bawah:
- Applikasi Sistem Perumahan Awam Pahang
- Pilih Permohonan Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah pada menu Permohonan
- Nota: Masukkan No. Kad Pengenalan Baru / Lama / Tentera / Polis untuk membuat pendaftaran baru atau mengemaskini permohonan dengan klik pada butang SEMAK
Syarat Permohonan Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan diberikan keutamaan buat rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
- Pendapatan seisi rumah berjumlah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
a) Perumahan Kos Rendah- Sudah berkahwin dan berusia 18 tahun ke atas
- Belum berkahwin tetapi berusia melebihi 25 tahun
b) Perumahan Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah
- Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas
- Tidak memiliki tanah (syarat tanah : bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan atas nama pemohon atau suami / isteri pemohon.
- Belum pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan / Swasta) atau kos sederhana rendah.
- Bukan terdiri daripada peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan.
- Telah tinggal dan menetap di Negeri Pahang secara berterusan selama tidak kurang daripada lima tahun.
- Pemohon atau suami / isteri tidak pernah tidak lulus atau batal pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
Arahan Dalam Membuat Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang Dan Sederhana Rendah
- Pemohon hendaklah memastikan anda melepasi syarat permohonan (seperti dinyatakan di atas) sebelum memohon.
- Pastikan pemohon melengkapkan borang ini dengan betul.
- Setiap medan bertanda * adalah wajib diisi.
- Pastikan pemohon klik pada butang SIMPAN selepas selesai mengisi borang.
- Pemohon dibenarkan mengemaskini semula borang selagi belum menekan butang HANTAR PERMOHONAN. Setelah siap mengisi borang, tandakan ruangan PENGAKUAN dan tekan pada butang HANTAR PERMOHONAN
- Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan cetak Slip Penerimaan Pendaftaran untuk dikemukakan bersama dokumen sokongan (seperti senarai semak di bawah) dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantarkan ke Bahagian Perumahan atau salah satu cawangan Pejabat Daerah dan Tanah sekitar Pahang. Klik pada pautan di bawah untuk melihat rujukan alamat yang lengkap.
Dokumen-dokumen yang Perlu Dikemukakan Untuk Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang/ Kos Sederhana Rendah
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan untuk Permohonan Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang :-
- Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
- MyKad / Kad Pengenalan Pemohon (Satu Salinan)
- Sijik Kelahiran Pemohon (Satu Salinan)
- Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya tiada slip gaji) – (Satu Salinan)
- Dokumen pembuktian tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Pahang) – (Satu Salinan)
- Surat Akuan Sumpah
Hantar Permohonan Kepada
Salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas hendaklah dikemukakan dengan lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran untuk tujuan pengesahan dan hantarkan ke:
- Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 1, Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan - Kaunter Perumahan, Pejabat Daerah dan Tanah (mengikut daerah pilihan sendiri)
Jenis Dan Spesifikasi Rumah Kos Rendah Pahang/ Sederhana Rendah
Teres
- RM 70,000 – RM90,000 / seunit
- 20′ x 60′ (800 kaki persegi)
- 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
- Spesifikasi binaan adalah sepertimana ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Pangsa
- RM 80,000 / seunit
- 1,100 kaki persegi
- 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air
- Spesifikasi binaan adalah sepertimanan ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Maklumat Lanjut
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Projek Rumah Makmur Pahang, sila hubungi maklumat berkenaan:
- Alamat: Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Wisma Sri Pahang, 25503, Kuantan, Pahang.
- Telefon: 09-5129412 / 09-5129415 / 09-5129416 / 09-5156303
- Faks: 09-5156106
- Email: webmast@pahang.gov.my
- Facebook : Kerajaan Negeri Pahang
Semoga berjaya bagi pemohon yang berminat untuk memohon memiliki rumah idaman anda. Diharapkan perkongsian Permohonan Projek Rumah Kos Rendah Pahang serta Sederhana Rendah ini dapat memudahkan para pemohon untuk membuat permohonan dan berjaya memiliki rumah pertama mereka.