Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA Dan FELCRA. Panduan buat mereka yang tidak memiliki rumah dari kalangan generasi kedua RISDA dan FELCRA. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra (RBN) beserta dengan maklumat syarat permohonan dan link borang permohonan.
Kerajaan menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN) RISDA dan juga FELCRA. Ianya merupakan salah satu inisiatif dari kerajaan menerusi RISDA/ FELCRA dalam membantu golongan yang memerlukannya untuk memiliki rumah sendiri.
Senarai Isi Kandungan
Rumah Bina Negara (RBN) RISDA Dan FELCRA
Program Rumah BN (RBN) mula diumumkan pada penghujung tahun 2016. Program Rumah Bina Negara atau dikenali sebagai Rumah BN adalah merupakan program perumahan mampu milik kepada golongan belia di kawasan luar bandar. Khususnya generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah seperti FELCRA Berhad dan RISDA
Ianya bertujuan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan belia luar bandar dengan keluasan asas 700 kaki persegi. Rumah mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air selain dilengkapi lampu serta kipas.
Apa itu Rumah Bina Negara?
Rumah Bina Negara dibina untuk generasi ke-2 luar bandar yang tidak memiliki kediaman sendiri. Objektif Rumah BN adalah untuk menyediakan perumahan selesa pada harga mampu milik kepada belia luar bandar. Objektif lain adalah untuk mengekalkan belia di luar bandar dan menarik lebih ramai belia di bandar kembali dan tinggal di luar bandar.
Syarat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN)
A. RBN RISDA
Harga RBN yang ditawarkan adalah RM45,000 dimana jumlah sebenar adalah RM65,000. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM20,000 menjadikan harganya lebih rendah.
Antara syarat-syarat permohonan bagi pemilikan Rumah Bina Negara adalah seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Generasi Kedua Luar Bandar
- Bermastautin di Luar Bandar
- Berumur 18 hingga 45 tahun
- Pendapatan seisi rumah sebulan RM4,000 dan ke bawah
- Sudah berkahwin
- Sebagai rumah pertama (Memiliki rumah usang)
- Mempunyai saiz tanah yang berseuaian
- Tanah milik sendiri/ Ibu/ Bapa (Terhad kepada 2 pemilik sahaja)
- Hanya 1 Lot Tanah utuk 1 Rumah sahaja
- Semua pemilik bersetuju untuk mencagarkan tanah
- Kos penyediaan tapak ditanggung oleh pemohon
- Kemudahan penyambungan dan pemasangan utiliti
- Pengesahan Pendapatan oleh Pemimpin Tempatan
Info Rumah Bina Negara RISDA (RBN)
Berikut dikongsikan informasi dan spesifikasi rumah Bina Negara RISDA (RBN) :-
- Saiz Rumah : 700 kaki persegi
- Komposisi : 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air Ansuran bulanan serendah RM250 sebulan
Spesifikasi RBN RISDA
Rumah sebuah satu tingkat itu memuatkan ruang tamu, ruang makan, dapur, ruang basuh dan balkoni hadapan. Spesfikasi lain RBN termasuk :-
- Kemasan lantai bersimen
- Dinding luar dan dalam bercat
- Bertingkap
- Berbumbung ‘metal deck’
- Bersiling
- Dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti elektrik, air, paip kumbahan dan longkang
Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA
Mereka yang layak dan berminat boleh memuat turun borang permohonan di Laman Web Risda di Download Borang Permohonan Rumah BN RISDA.
Borang-borang lain yang perliu diisi adalah seperti berikut :-
Berikut adalah senarai semak permohonan yang perlu diambil perhatian oleh pemohon sebelum menghantar borang ke Pejabat RISDA.
Senarai Semak Permohonan
- Borang Rumah BN1 yang telah diisi dengan lengkap
- Salinan Fotostat Kad Pengenalan Pemohon & Salinan Fotostat Kad Pengenalan (Pasangan)
- Sijil Perkahwinan/ Penceraian/ Kematian (Suami Isteri) : Salinan
- Salinan Slip Gaji/ Surat Pengesahan Pendapatan
- Sijil Carian Rasmi/ Cabutan Hakmilik Dari Pejabat Tanah Yang terkini (Salinan Asal)
- Surat Akujanji Pemohonan atau Surat Tidak Memiliki Rumah/ Mempunyai Rumah Yang Usang/ Tidak Sempurna Yang Disahkan Oleh Pemimpin Tempatan
Terkini : Julai 2017 – BELIA TANPA SLIP GAJI BOLEH PINJAM MILIKI RBN
Para belia luar bandar yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang memiliki kediaman sendiri menerusi skim Rumah Bina Negara (RBN) yang diperkenalkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
2. RBN FELCRA
Berikut dikongsikan pula maklumat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) FELCRA. Rumah Bina Negara Skim Penyusunan Semula Kampung diwujudkan untuk memenuhi keperluan warga desa dan generasi kedua. Projek dibangunkan di atas tanah Anugerah Kerajaan Negeri yang akan dimajukan oleh FELCRA Properties Sdn Bhd.
Harga jualan RBN Felcra adalah tidak lebih RM75,000 dengan ansuran bulanan tidak melebihi RM500.
Siapa Yang Layak Memohon RBN FELCRA
- Warganegara Malaysia
- Warga Desa dengan keutamaan kepada Generasi Kedua Felcra Berhad
- Bermastautin di penempatan Felcra yang terlibat
- Berumur 18 hingga 45 tahun
- Sudah berkahwin
- Tidak memiliki rumah sendiri
- Pendapatan bulanan di bawah RM4,000
- Pembelian rumah pertama
Pelan Lantai Dan Luas RBN FELCRA
Borang Permohonan Rumah Bina Negara FELCRA
Klik link bertanda merah untuk membaca panduan dan borang permohonan
Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi :-
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang
Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur
Tel : 03-42564022
Fax : 03-42576726
Email : webmaster[at]risda[dot]gov[dot]my
ATAU
Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
Phone: 603 – 4145 5000
Fax: 603 – 4142 8162
E-Mail: felcrabhd@felcra.com.my
Selamat membuat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan FELCRA. Semoga hajat anda untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa dan moden tercapai.