Berita baik buat golongan anak muda di Selangor. Kerajaan negeri telah mengumumkan satu lagi bantuan dalam bentuk subsidi khusus bagi mereka yang berkelayakan untuk mengambil lesen motor yang dikenali sebagai program Roda Darul Ehsan (RIDE). Inisiatif ini telah diperkenalkan semasa Belanjawan Selangor 2020 yang telah diumumkan pada tahun lepas. Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 iaitu Subsidi RM350 Pengambilan Lesen Motorsikal.
Kerajaan negeri Selangor amat mengambil berat tentang kesukaran yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di kawasan bandar khususnya anak-anak muda yang semakin tersepit dengan tekanan ekonomi. Justeru itu, kerajaan akan melaksanakan inisiatif RiDE bermula tahun 2020. Inisiatif ini adalah sebuah program subsidi lesen motor yang bernilai RM350 setiap seorang bagi mengurangkan beban kos mengambil lesen motor. Peruntukan sebanyak RM1 juta bakal dimanfaatkan oleh 3,000 warga kota.
TERKINI:
- Pada 13 Ogos 2020, kerajaan Negeri Selangor mengumumkan subsidi lesen B2 dan kursus e-hailing percuma buat anak muda Selangor. Selain permohonan subsidi lesen B2 bernilai RM350 serta kursus e-hailing bernilai RM200, pemohon juga akan menikmati caruman PERKESO setahun sebanyak RM70.
- Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pertambahan peruntukan RM1 juta lagi ke atas dana asal menjadikan RM2 juta sebagai jumlah keseluruhan peruntukan.
Senarai Isi Kandungan
Maklumat Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi Lesen Motor RM350
Berikut disediakan cara untuk membuat permohonan bagi tahun 2020. Ini termasuklah tarikh permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan serta maklumat lain berkaitan.
Keutamaan kelayakan penerima inisiatif RiDE ini akan diberikan kepada anak muda yang terdiri dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar. Menurut Menteri Besar Selangor, subsidi ini diberikan bukan sahaja bagi membantu anak muda memperolehi lesen motorsikal, tetapi untuk menggalakkan penerima menceburi bidang ‘e-hailing’ seperti Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Secara tak langsung ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.
Tarikh Permohonan RiDE 2020
Inisiatif ini telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2020 Selangor. Menurutnya permohonan akan dibuka pada Mac 2020. Berikut adalah tempoh permohonan bagi program Roda Darul Ehsan (RiDE) yang terkini diumumkan:
- 1 Ogos 2020 : Tarikh buka
- (akan dikemaskini) : Tarikh tutup
*Tarikh berikut adalah berdasarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020
Panduan Dan Borang Permohonan RIDE 2020 Roda Darul Ehsan
Seperti dimaklumkan oleh Portal Selangorkini, permohonan boleh dilakukan dengan cara pengisian borang permohonan di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk membuat permohonan tahun 2020, sila ikuti langkah yang disediakan seperti di bawah:
- Hadir ke mana-mana pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai tarikh permohonan dibuka, atau
- Muat turun borang permohonan pada laman web Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atau klik pautan di bawah:
- Anda dikehendaki menyertakan satu salinan dokumen berikut:
- MyKad pemohon
- Lesen Memandu Motorsikal B2 (P)
- Penyata Akaun Bank
- Penyata Gaji bagi yang bekerja (jika ada)
- Kad Pelajar (jika berkenaan)
- Lampirkan dokumen di atas bersama borang permohonan dan hantar terus ke pejabat MSNS di alamat berikut:
- Urus Setia RiDE
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. - Telefon : 03-55109063 / 03-55196380 (sambungan 143 – Generasi Muda)
- Faksimili : 03-55101377
- http www.msnselangor.gov.my
- Urus Setia RiDE
Syarat Kelayakan Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020
Program Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 ini dijangka memberi manfaat pada hampir 3,000 orang anak muda dari golongan miskin bandar.
Proses pemilihan akan dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:
Mereka Yang Layak Memohon RiDE 2020:
- Belia berumur 17 hingga 30 tahun sahaja pada tahun 2020 (lahir pada tahun 1990 hingga 2003)
- Pemohon merupakan anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Jika pemohon bermastautin, anda hendaklah mendapatkan pengesahan lokaliti kawasan masing-masing.
- Permohonan hanya bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu pemohon tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor.
- Pemohon juga mestilah menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan.
- Keutamaan diberikan kepada mereka yang bekerja dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.
- Pemohon bebas daripada senarai hitam dan saman JPJ/PDRM
NOTA: Syarat kelayakan adalah berdasarkan borang permohonan RiDE 2020
Kadar Bantuan Subsidi Lesen Motor Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020
Seperti yang telah diumumkan ketika Belanjawan Selangor 2020, kadar bantuan atau subsidi bagi lesen motorsikal di bawah Program Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah:
- Kadar Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) : RM350 seorang
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020, sila rujuk pautan yang disediakan berikut:
- Laman Web Rasmi Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor
- Laman Web Rasmi SSIPR
Semoga perkongsian mengenai Permohonan RIDE 2020 ini dapat membantu memudahkan para belia dan golongan muda di Selangor untuk membuat permohonan. Diucapkan selamat maju jaya bagi yang membuat permohonan dan semoga dapat membantu meringankan beban.